BAB 4

4.4K 115 0
                                    

Hazwani dan Puan Sri Anne tersandar di sebuah kereta proton saga.Kepala Hazwani yang berdarah telah dibalut oleh Puan Sri Anne menggunakan tuala tangan yang selalu tersedia di dalam tas tangannya.Sementara menunggu kedatangan Amelia dan Dania,Puan Sri Anne menawarkan diri untuk menemani Hazwani disitu.Wanita itu tetap sahaja berdegil walaupun berkali-kali Hazwanni menolaknya.

"Jadi sekarang Wani buntu sama ada nak ikut pilihan keluarga atau ikut kemahuan sendiri?"

Hazwani sekadar mengangguk.

"Entahlah aunty,saya rasa macam anak derhaka kalau tolak permintaan keluarga saya tu.Tapi say memang betul-betul belum bersedia untuk jadi seorang isteri.Otak saya pun belum penuh lagi.Inikan pula nak ada tanggungjawab yang besar macam tu.Aunty rasa apa yang patut sya buat?"

Puan Sri Anne terdiam seketika.Fikirannya bekerja keras untuk menolong gadis itu.Tetapi manakan bisa jika dia sendiri menginginkan anak terunanya memperisterikan seorang gadis sebaya Hazwani.

"Aunty sendiri pun tak tahu nak tolong Wani macam mana sebab aunty sendiri pun nak anak aunty sendiri kahwin dengan perempuan yang sebaya dengan Wani.Jadinya aunty takut nak bagi nasihat macam-macam",Puan Sri Anne menggenggam lembut tangan Hazwani.Hatinya berasa lega apabila ada juga insan yang berhati mulia menyelamatkan nyawanya.Kalau tiada sesiapa disitu pasti dia kempunan untuk melihat anak sulungnya itu berumah tangga.

Hazwani bingkas bangun apabila kelibat Amelia dan Dania mulai kelihatan.Dipeluk wanita yang baru dikenalinya itu dengan erat sekali.Dirinya berasa selesa apabila melakukan hal seperti itu kepada wanita tersebut.Dan dia berdoa semoga dapat bertemu kembali dengan wanita itu.

"Wani pergi dulu ye aunty.Aunty jaga diri bebaik ye.Ada masa kita jumpa lagi",sungguh berat Hazwani ingin melepaskan genggaman itu.Wajah Puan Sri Anne dipandangnya sayu dan hanya dibalas dengan senyuman yang cukup muram.

_____________

Peristiwa 3 hari lepas masih terbayang di kaca mata Hazwani.Sungguh menyesal dia tidak bertukar nombor telefon dengan wanita tersebut.Hatinya dipagut rindu.Tidak disangka bahawa ia bisa merindui orang selain keluarganya begitu dahsyat sekali.

"Wani",Datin Rosnina muncul di muka pintu menyedarkan Hazwani daripada lamunannya.

"Ye bu",sahut Hazwani lembut.

"Kawan ibu dah sampai tu,jomlah turun."

"Kejap lagi Wani turun ye bu.Nak siap kejap."

"Baiklah ibu tunggu kat bawah ye.Jangan lambat sangat."

Usai Datin Rosnina beredar,Hazwani segera bangun daripada tempat pembaringannya lalu mencari sehelai tudung yang tersidai kemas di dalam almari pakaiannya.Tudung bawal crepe berwarna mustard menjadi pilihannya.Lalu Hazwani menyapu sedikit bedak bedak kompak ke mukanya dan secalit lipstick berwarna nude ke bibirnya agar wajahnya kelihatan tidak terlalu pucat.

Hazwani segera turun ke bawah mendapatkan keluarga dan tetamunya.Langkahnya terhenti saat melihat rakan baik ibu dan bapanya itu.Wanita yang dia selamatkan 3 hari lepas dan semestinya wanita yang amat dirinduinya.

"Aunty Anne?",soal Hazwani kepada wanita yang membelakanginya itu.

"Wani?",Puan Sri Anne juga terkejut apabila gadis yang menyelamatkan nyawanya tempoh hari berada dihadapannya sekarang dan berkemungkinan Hazwani merupakan gadis muda yang bakal disatukan dengan anaknya.

"Do you know each other?",soal Datin Rosnina pula apabila suasana sunyi seketika dengan drama sinetron dihadapannya itu.

Hazwani dan Puan Sri Anne mengangguk tanda mengiyakan serentak.Tanpa melengahkan masa,Puan Sri Anne menarik Hazwani lalu dipeluknya.Tidak sangka bahawa gadis yang bakal menjadi menantunya itu adalah orang yang sama menyelamatkan nyawanya.

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now