BAB 29

3.5K 58 4
                                    

Setahun kemudian...

Zarith menghampiri Wani yang sedang leka menyiapkan anaknya yang berusia 9 bulan.Bayi gebu itu dinamakan sebagai Zarul Adham atas idea Zarith sendiri.Zarul dilahirkan sempurna dan normal tanpa ada masalah komplikasi apapun.Wani amat bersyukur kerana dia dapat membesarkan Zarul tanpa suami di sisi.Itulah ketabahan seorang wanita.

"Alololo comelnya anak buah pak long ni,kejap je dah besar",Wani hanya tergelak kecil apabila Zarith berkata begitu.

" Eh tengoklah siapa ummi dia.Comel jugak."

"Ummi dia daripada dulu memang comel", kata-kata pujian daripada Zarith membuatkan Wani tersipu-sipu malu.

Wani amat bersyukur kerana selama dia membesarkan Zarul,keluarga Mak Som banyak membantunya.Memandangkan sekarang cuti s biarlah dia menjaga Zarul untuk lebih lama.Wani merasakan dia telah banyak menyusahkan keluarga Mak Som kerana telah menjaga anaknya sepanjang ketiadaanya ke universiti.

" Abang nak tanya Wani sikit boleh?",sejak Wani tinggal di rumahnya,Zarith menyuruhnya untuk memanggil Zarith sebagai abang memandangkan Zarith 8 tahun lebih tua.

"Tanyalah",soalan Zarith dijawab dengan ringkas.

" Wani tak rasa nak kahwinnn..."

"Abang,Wani dah cakapkan hati Wani ni dah tertutup untuk mana-mana lelaki.Susah nak terbuka hati lagi kalau dah tertutup ni.Abang kena faham Wani ye?Suatu hari nanti insya Allah Wani akan kahwin lagi", kata-kata Zarith telah dipintas sebelum sempat dihabiskannya.

" Abang faham Wani,faham sangat.Cuma Wani tak kesian ke pada Zarul?Membesar tanpa kasih sayang ayah",Zarith memeluk Zarul yang merangkak menghampirinya.Dicium pipi bayi itu berulang kali.Bayi itu hanya mengekek ketawa kerana geli mukanya terkena janggut sejemput Zarith.

Wani mengusap-usap rambut anaknya yang baru hendak tumbuh itu.Ada betul juga kata-kata Zarith itu.Anaknya itu memerlukan kasih sayang seorang ayah.Takkan hendak dibiarkan sahaja kawan-kawannya nanti mengejek anaknya itu tidak mempunyai ayah.

"Maafkan ummi sayang,ummi tak ada niat nak pisahkan Zarul dengan ayah", anaknya turut menunjukkan riak sedih menandakan mengerti kesedihan yang dirasai oleh ibunya itu.

" Wani,kahwin dengan abang",laju sahaja kata-kata itu meluncur keluar daripada mulut Zarith.Wani berhenti daripada mengusap anaknya seraya memandang tepat ke wajah Zarith.

Wani segera berlari keluar daripada meninggalkan soalan Zarith yang dianggapnya tidak masuk akal itu.Zarith yang mengendong Zarul terkial-kial mengejar Wani.

"Wani abang minta maaf kalau permintaan abang tu melampau", tangan Zarith yang memegang pergelangan tangan Wani direntap kasar oleh Wani.Langkah larian Wani terhenti memandangkan Zarith terkial-kial berlari mengejarnya sambil mengendong anaknya.Pasti susah.Wani tergelak di dalam hati melihat Zarith yang kepenatan.

" Apa ni lari-lari anak ummi berdua ni.Ummi penat nak kejar sampai ke tengah sawah begini",muncul pula Mak Som yang terbongkok-bongkok cuba untuk mengatur nafasnya kembali.

"Lah ummi sekali lari dah kenapa?", Zarith mengusap belakang ibunya yang masih mencari nafas yang hilang tadi.

" Ummi nak juga exercise petang-petang gini.Tengok syok je Zarith dengan Wani main lari-lari",seloroh Mak Som.Mak Som memang terkenal dengan sikap suka berselorohnya itu.

"Alahai ummi ni buatpe dikejar kami yang muda-muda belia ini.Ummi ni pun", Wani tergelak melihat muka Mak Som yang kepenatan itu.

Mak Som tahu Wani cuba menyembunyikan sebab Zarith mengejar Wani tadi.Dia telah mendengar segala-galanya tadi.Hati Wani masih tetap pada Afiq.Itu yang Mak Som tahu sehingga sekarang.Kalau tak sayang,tak ada maknanya tiap malam menangis bila melihat gambar-gambar Afiq.

'Tabahkan hatimu nak',kata Mak Som di lubuk hatinya yang terdalam.

🌸🌸🌸🌸🌸

Lily membuka pintu bilik mertuanya,Puan Sri Anne setelah wanita itu memberi whatsapp kepadanya agar berjumpanya di dalam bilik.Hatinya berdegup laju kerana sepanjang setahun dia menjadi mennatu dalam rumah itu,jarang sekali wanita itu mahu bercakap dengannya.Mungkin masih marah dengan kelakuannya dahulu sehibgga menantu kesayangannya menuntut cerai daripada anaknya.

" Ma",panggil Lily perlahan.Risau menganggu emosi ibu mentuanya itu.

Puan Sri Anne yang sedang duduk di birai katil hanya mengukirkan senyuman.Itulah kali pertama Lily merasakan ibu mertuanya itu menghadiahkan senyuman yang cukup ikhlas kepadanya.

"Mari sini duduk sebelah mama", Puan Sri Anne menepuk-nepuk katilnya.Lily teragak-agak untuk menerima pelawaan tersebut namun akhirnya dia terpaksa juga mengalah memandangkan ibu mertuanya itu memberi pandangan yang cukup penuh erti.

" Mana cucu mama?",soal Puan Sri Anne sebaik sahaja Lily melabuhkan punggung disebelahnya.

"Ada dalam bilik tengah tidur ma.Asyik merengek je daripada malam tadi."

"Ouh", hanya perkataan itu sahaja yang terpacul daripada mulut Puan Sri Anne.

" Mama nak minta maaf pada Lily",Puan Sri Anne mencapai tangan Lily yang diletakkan di atas riba lalu diramasnya.

"Kenapa mama minta maaf pada Lily?", soal Lily penuh kehairanan.

" Mama minta maaf sebab sepanjang Lily jadi menantu mama,mama tak pernah layan Lily sebaik mama layan Wani dulu",air mata mula bertakung di mata Puan Sri Anne.

"Lily faham kenapa mama tak layan Lily sebaik macam mama layan Wani dulu.Lily tak ambil hati pun.Lily yang salah.Lily yang beria nakkan Afiq sampai ada satu jiwa yang terpaksa berkorban demi Lily.Lily pun faham kenapa Afiq tak layan Lily,tak sentuh Lily sepanjang Lily jadi isteri dia.Lily faham semua ni ma", kedengaran agak sebab di hujung nada bicara Lily.

Puan Sri Anne dapat memerhatikan menantunya itu telah banyak berubah sejak berhenti menjadi pramugari.Lily juga tidak sombong seperti dahulu.Pakaiannya juga sudah mulai longgar walaupun tidak bertudung.Mungkin hatinya masih belum terbuka untuk berhijab.Tetapi perubahan ini amat menyenangkan hati Puan Sri Anne.

" Ingat pesanan mama ni,jaga aib Afiq.Walaupun Afiq tak sentuh Lily langsung jangan sesekali buka aib dia depan orang ramai.Jadi isteri solehah.Kuatkan iman setiap kali Afiq marah Lily.Mama tahu Afiq selalu marah Lily bila Lily cuba nak berbaik dengan dia kan?"

Lily lantas memeluk mentuanya itu.Tidak sangka wanita tua itu memahami keadaanya dan masalah yang sedang dihadapi olehnya.Puan Sri Anne hanya tersenyum kerana gembira anak menantunya itu telah berubah dan tidak seperti dahulu lagi.Semoga perubahan ini berkekalan.

"Pikat hati suami Lily tu.Kalau Lily perlukan bantuan mama,mama sedia tolong.Jangan mudah putus asa.Lindungi Hannan Safura mama tu.Mama sayaaaaannnng dia sangat.Ingat tau", Puan Sri Anne memgang wajah Lily dengan menggunakan kedua belah tangannya.Lily hanya mampu sekadar mengangguk dan tersenyum gembira.

" Sudah jangan nangis lagi.Buruklah menantu mama yang cantik ni menangis",Puan Sri Anne menyeka air mata yang tersisa di pipi Lily.

Lily bahagia apabila dilayan baik oleh mentuanya itu.Diharapakan semoga keadaan ini berterusan.Aminn.

🌸🌸🌸🌸🌸

CIK KATIK & CIK HANTU GALAH[COMPLETE]Where stories live. Discover now