"I'll be waiting for you". Kata lelaki itu sebelum.keluar daru lift. Tak sangka kata kata Bella sedikit pun tidak masuk ke dalam hati nya.
Bella cuba mengambil nafas sedalam-dalam yang mungkin. Apa yang terjadi tadi hanya mimpi. Dia harus lupakan. Bella memegang fail itu dengan erat dan menekan nombor 15.
Sampai saja di bilik kerja datuk Haslan, Bella mengetuk pintu dan masuk ke dalam sambil membawa fail yang diminta. "Kenapa Bell lambat?". Datuk Haslan bertanya dengan sopan.
Ini adalah kali pertama dia masuk ke bilik Datuk Haslan dan bertentangan empat mata bersama lelaki tua itu. Walaupun Datuk Haslan dah berumur 55 tahun, tapi rupanya masih lagi segak dan bergaya. Memang patut lah si Aina sanggup jadi wanita simpanan untuk Datuk Haslan.
"Maaf Datuk tadi saya ada masalah sikit kat lift. Ada kemalangan sikit".
"Bella ada terluka kat mana-mana ke?". Datuk Haslan bertanya kemudian dia bangun untuk melihat kalau Bella ada terluka atau pun tidak.
Bella dengan cepat mundur ke belakang. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali. "It's okay Datuk, im fine. I tak terluka Datuk jangan risau". Bahaya betul lelaki tua ni. Ada hati nak ambil berat pasal aku. Ingat aku ni macam Aina ke. Gatal tak sudah, aku tendang kau kang tak pasal pasal arwah.
"Kalau ada sakit apa-apa cepat pergi jumpa dokter tau. I tak mahu perkerja i sakit". Bella hanya tersengeh macam kera busuk. Rasa nak muntah je dengar.
"Baiklah datuk kalau tak ada apa-apa i keluar dulu Datuk". Datuk Haslan hanya mengangguk. Bella baru saja nak buka pintu tiba-tiba Datuk Haslan memanggil nya. Dek kerana salah langkah, kasut tumitnya patah dan kaki nya terseliuh. Bella terduduk sambil mengurut kaki nya sakit.
"Sakit sangat ke?". Datuk Haslan melutut dihadapan Bella. Dan memegang buku lali Bella. "Terseliuh ni Bell, Bell boleh berjalan ke?". Datuk Haslan berkata dengan nada yang risau. Bella malas nak pikir apa-apa, sekarang ni kaki dia sakit sangat. Nak berjalan pun susah. "Saya papah Bell pergi ke sofa ye". Bella hanya mengiya kan. Dia tiada pilihan lain. Daripada punggung dia kematu duduk kat lantai baik dia duduk atas sofa. Empuk sikit. Bella meletakkan tangan nya di bahu Datuk Haslan dan Datuk Haslan pula memegang pinggang Bella.
Sedang mereka berjalan tiba-tiba bilik Datuk Haslan dibuka. Bella tak dapat nelihat siapa yang masuk disebabkan terhalang oleh Datuk Haslan. Jadi dia mengabaikan orang yang masuk itu. Baru saja punggung nya nak jejak sofa tiba-tiba tangan nya ditarik secara kasar. Terjingkit-jingkit Bella dibuat nya.
"Adam kenapa kasar sangat. Kaki dia terseliuh tu". Bella tidak peduli siapa didepannya itu. Yang pasti orang yang tarik tangan nya dengan kasar itu adalah lelaki sebab nama dia Adam. Cilaka punya Adam. Sempat lagi dia memaki lelaki itu didalam hati nya.
"Mind your own business dad..this girl is mine & i won't let anyone to take her away from me". Datuk Haslan hanya tersenyum mendengar apa yang dikatakan anak nya.
"Dia bukan barang mainan Adam, dia perkerja papa dan papa tak akan biarkan dia jadi mangsa kamu Adam Daniel".
"Do i care. Setidaknya Adam masih muda, sedangkan papa dah tua dan papa tak layak untuk perempuan ni. Dia hanya layak jadi anak papa bukan wanita simpanan papa".
"Kalau macam tu jadikan dia menantu papa, dan papa akan anggap dia macam anak papa. Ada berani".
"Mengarut". Adam terus menarik Bella keluar dari bilik itu dan masuk ke lift.
Saat mereka berada didalam lift. Bella menarik tangan nya yang dipegang oleh Adam. Tentu saja Adam terkejut tiba-tiba tangan nya disentap macam tu. Adam memandang Bella yang tercungap-cungap mungkin kerana menahan sakit.
"Mind your own business Adam Daniel. Get out from here". Kaki nya dah lah sakit ditambah lagi Adam menarik tangan nya makin bertambah sakit di kaki nya.
"Pintu lift ni tutup, nanti dah buka i keluar lah. Kalau you nak kaya dengan cepat sekalipun jangan lah goda orang tua yang layak jadi papa you. Dia ada isteri dan anak. Dan tolong berhenti musnahkan rumahtangga orang lain".
Berdesing telinga Bella mendengar apa yang dikatakan oleh Adam. Bella memandang Adam dengan muka yang bengis. "Isteri? Isteri yang berfoya-foya kat luar sana dengan lelaki yang sebaya dengan you, itu you kata isteri. I yang rosakkan rumahtangga Datuk atau isteri Datuk yang rosakkan rumahtanga nya sendiri?". Adam mulai hilang sabar, berani berani nya wanita itu menghina wanita yang paling dia sanjung di muka bumi ini. Adam lebih menyayangi ibu nya berbanding ayahnya. Jadi sesiapa yang membuat ibunya kecewa akan berhadapan dengan nya
Adam mengangkat tangan nya hendak menampar wajah Bella. Tapi kata-kata Bella menghentikan nya. "I akan jadi wanita simpanan papa you, selagi mama you tak tinggalkan lelaki tu dan balik pada papa you. Datuk berikan i apa yang orang muda tak mampu berikan. Iaitu keikhlasan dan kasih sayang". Lift terbuka dan Bella menghalau Adam dengan menggunakan ekor mata.
"I tak akan biarkan you musnahkan kebahagiaan mama. You akan berhadapan dengan i kalau you berdegil". Setelah pintu lift tetutup Bella menghembus nafas nya dengar kasar.
"Aku jumpa Datuk Haslan pun baru hari ni suka-suka hati kau tuduh aku rosakkan kebahagiaan orang lain. Hello aku pun ada kekasih lah tak hamak aku dengan lelaki tua". Tiba-tiba Bella terbayang kejadian di lift dengan cepat dia mengelap bibir nya dengan kasar.
Setelah memastikan anak nya tiada Datuk Haslan terus menghubungi Aina. "Hello".
"Hello Aina ni I, I tak tahu lah rancangan kita ni berjaya ke tidak. Tapi I dah temukan diorang, macam tak ada peluang je nak tengok diorang ni bersama. You yakin ke anak I akan jatuh cinta kat dia".
"Diorang baru je berjumpa, adat lah tu nanti lama lama diorang mesti bercinta punya lah. I tak pecaya yang Bella tu setia orang nya". Semua staff kat sini asyik puji kesetiaan Deena pada tunang nya yang koma dan itu buatkan Aina rasa meluat. Kerana dia.dan Datuk Haslan scandal. Jadi dia gunakan Datuk Haslan supaya pujuk Adam datang sini dan temukan Adam dengan Bella. Semua ni adalah rancangan Datuk Haslan dan Aina
YOU ARE READING
BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)
RomanceWarning. Terdapat kekeliruan nama watak. Belum sempat nak update. If terjumpa i mohon maaf yer Kedudukan aku dimata mu hanyalah sebatas WANITA SIMPANAN, layakkah aku mempertahankan cinta yang bertepuk sebelah tangan #3 in Romance (22/1/18) © copyri...