part 37

11.7K 482 50
                                    

Pejam celik tak sangka dah dua bulan pernikahan aku dengan Alya. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka aku dah dua bulan jadi suami kepada perempuan yang pada mulanya aku just anggap sandaran untuk lupakan Bella. Duduk kat depan laptop bukan nya aku buat kerja tapi dok tengok gambar gambar Bella. Rasa rindu kat Bella makin hari makin kuat. Aku yang sado pun tak kuat nak tanggung rindu. Apatah lagi Bella.

Aku memandang ke arah pintu dan melihat siapa yang sedang membuka pintu. Rupanya mama. Apabila dia tengok muka aku dia terus tersenyum. Mama lah yang banyak bagi aku semangat. Tapi dalam diam aku tahu mama pun rasa apa yang aku rasa."Dah puas ke menghadap laptop tu. Kenyang ke. Tak tahu nak keluar makan ker?." Dia berkata dengan senyuman yang sinis.

Menyesal aku puji. Tak sangka pulak mama akan sindir aku. Dia tahu yang aku menghadap laptop bukan nya buat kerja tapi tengok gambar gambar Bella. Dua bulan dah ini lah kerja aku yang tak ada siapa tau. Mama je lah yang tahu

Kami berjalan pergi ke meja makan. Kemudian mama berkata. "Papa kau dah lapar sangat dah tu. Dari tadi dok tunggu kat depan meja makan".

Nak tergelak pun ada tengok muka papa. Kebulur hanyut papa aku.

Setelah semua ada kecuali Alya, mama menyendok nasi ke pinggan kami. Terbantut aku nak ambil lauk bila mama bertanya.

"Mana bini kau?".

Dari nada suara dia aku tahu mama tak suka. Bukan tak suka dengan Alya.  Nasi yang ada diatas pinggan aku pandang. Aku tak tahu nak jawab apa. Alya kata nak keluar kejap sebelum makan malam dia akan balik. Ni dah nak makan batang hidung tak nampak-nampak. Aku ni boleh tahan lapar gak ni. Tengok lauk masak asam pedas Melaka ni kemahin menggoda lagi.  terlupa aku kalau aku belum menjawab pertanyaan mama. Sebelum mama bertukar jadi hulk hogan dengan pantas aku menjawap "Dia keluar jumpa kawan". Aku menjawab pertanyaan mama tapi mata aku fokus kat asam pedas.

"Bagus lah tu, keluar jumpa kawan. Lepas tu sakit masuk hospital kita ni yang disalahkan. Yang buruk semua nya kita. Dah tahu sakit tak payah nak susah kan diri jumpa orang tu jumpa orang ni sat g nanti muka kita yang dapat taik".

Datin Ain mula membebel, wanita itu kalau hendak membebel tak kira tempat, jangan aja berani buat kerja lain time dia tengah bercakap. Adam dan Datuk Haslan memandang lauk dihadapan nasi dah terhidang lauk je belum disendok. Takut kene marah. Muka mereka berdua dah macam belacan hangus

Cakap pasal Alya, yang buatkan Datin Ain marah bukan lah sikap Alya tapi sikap mama Alya. Iaitu Datin Maisarah. Dari apa yang Adam lihat mamanya tak pernah membezakan kasih sayang antara Alya dan Bella. Macam mana dia sayangkan Bella begitu juga dia menyayangi Alya. Bella tak ada ayah dan mama. Sedangkan Alya ada. Tapi mama Alya jenis yang over protective mungkin sebab anak dia sakit jadi dia jadi begitu, tapi bagi Adam kalau kau tak pecaya aku boleh jaga anak kau baik tak payah merayu kat aku suruh kahwin.

Alya bukan anak kecik yang harus diawasi 24 jam sehari. Adam tahu Alya kadang kadang rimas dengan semua ni. Memang dia sakit tapi setidaknya berilah dia peluang untuk merasa semuanya sebelum dia pergi. Alya selalu mengadu kepadanya yang dia kadang kadang tak suka dengan sikap mama nya. Alya berfikir kalau dia berkahwin mama nya akan berubah tapi ternyata tidak. Dan lebih parah lagi mamanya sering menyalahkan keluarga Adam jika terjadi sesuatu pada dirinya.

Dan itu lah yang buatkan mama Adam berang. Ingat nak mengeratkan lagi persahabatan tapi yang terjadi malah makin renggang.

"Mama tau kan dia bukan budak kecil. Pandai lah dia nak jaga diri". Adam tak suka mama nya membebel. Wanita itu bukannya sihat sangat. Nanti bercakap banyak banyak mula lah mengah dan sesak nafas.

"Mama tak kisah kalau dia sihat. Nak keluar, keluarlah asalkan tahu jaga diri dan batas. Ni dia sakit Adam faham tak. Adam nak kita disalahkan lagi. Mama tak sanggup tengok anak mama kena marah macam tu depan orang ramai. Dia hanya pikir pasal anak dia habis tu mama ni. Mama pun seorang ibu jugak tau".

BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)Where stories live. Discover now