part 47

12.6K 433 17
                                    

2 bulan kemudian.

Kandungan Bella sudah masuk 5 bulan dan saat ini lah dia mula merasa tak sedap badan dan sering muntah. Kata dokter itu adalah morning sickness yang sering dialami oleh kebanyakkan ibu ibu yang mengandung. Adam mendengar begitu dia langsung risaukan kesihatan dan keselamatan Bella. Dia tahu kalau dia tak boleh selalu ada 24 jam bersama Bella. Kerana masih ada tanggungjawab lain yang harus dia tanggung. Jadi dia mengupah dokter peribadi untuk mengawasi kesihatan Bella.

Kerana tak sanggup melihat Bella yang semakin hari semakin lemah. Adam mengambil alih tugas Bella. Dia menjaga sepenuhnya keperluan Bella. Termasuk lah kalau wanita itu ingin mandi. Dia lah yang akan menyiapkan air panas untuk Bella. Bukan itu saja dia juga akan memandikan Bella.

Mereka pernah berperang mulut sebab kan pekara ni. Masih teringat lagi Bella waktu itu dia dah memegang tuala untuk mandi. Adam yang kebetulan masuk membawa makanan terus bertanya. "Bell nak pergi mana?."

"Nak pergi mandi lah tak kan berzikir kat dalam tandas pulak".

"Ehh nanti nanti, tunggu Adam. Biar Adam mandikan. Bahaya mandi sorang sorang toilet tu licin kalau apa apa nanti susah".

"Merepek lah Adam ni. Bell boleh mandi sendiri lah. Muka Bell je pucat tapi setakat nak bukak paip shower tu alahai kacang je lah".

"Kacang tak kacang. Sebelum kacang lupakan kulit baik kulit lupakan kacang". Bella mengerutkan dahi nya. Tak faham dengan apa yang cuba Adam sampaikan.

"Bell tak payah nak buat muka pelik sangat lah. Adam pun tak tahu apa Adam cakap. Tapi yang pasti mulai hari ni. Adam yang akan mandikan Bell".

"Kalau Bell tak nak".

"Ingat Bell, Adam ni suami Bell tau. Kalau pekara itu untuk kebaikan Bell tapi Bell tolak itu dah kira berdosa tau".

"Tapi Bell.........".

"No tapi tapi. Bak sini towel tu. Dan tuan puteri silakan masuk".

Adam dah banyak berubah. Dan perubahan Adam itu adakalanya bagus adakalanya rimas Bella dibuatnya. Selesai saja mandi tadi Adam terus berganti pakaian untuk ke pejabat. Sebelum ke pejabat sempat lagi dia berpesan kepada Bella supaya makan makanan yang berkhasiat untuk dirinya dan anak anak mereka. Dan Adam memesan jangan banyak buat kerja takut nanti Bella letih.

Bella memerhatikan dirinya dihadapan cermin. Sambil memegang perut nya. "Ibu tak kisah muka ibu nampak macam hantu. Asalkan anak anak ibu sihat kat dalam. Baba pergi kerja cari rezeki untuk kita, kita doakan baba ye. Baba dah banyak berkorban untuk mama. Jadi anak yang sihat ye sayang".

Setelah siap berbaju Bella keluar dan tersenyum melihat Datin Ain. Datin Ain juga membalas senyuman Bella.

"Macam mana cucu mama dalam perut sihat ke?".

"Sihat sangat ma. Kadang tak tidur malam dibuatnya. Lasak sangat". Anaknya kalau pagi tak banyak bergerak, cuma aktif diwaktu malam dan tengah malam. Kadang Bella sampai tak boleh nak tidur. Sudahnya dia mengejutkan Adam supaya teman nya. Walaupun memgantuk Adam tetap menahan mata menemani Bella.

"Lasak ikut baba dia lah tu. Baba dia waktu dalam perut macam main bola sepak. Jangan aja lah papa dia peluk mama memang kuat dia tendang nya".

"Ye ker ma". Ketawa Bella dibuatnya tak sangka Adam dal perut macam tu. Dalam perut lagi dah tunjuk sikap tak nak berkongsi tapi bila berkongsi bini sanggup pulak.

"Iya Bell. Dalam perut dah tunjuk kan sikap kedekut dia nasib bila dah lahir tak kedekut. Bab duit memang tak lah cuma bab kasih sayang ni.dia memang akan berkira sikit. Tengok aja lah kalau cucu cucu mama lahir. Bell tak layan dia kan. Tengok dia punya merajuk macam mana".

"Berani nak merajuk dengan Bell. Bell hempuk nyawa dia kang".

"Kesian mama tengok Bell. Pucat macam ni, risau mama".

"Biasalah ma, tak berapa nak sihat sangat. Adam selalu paksa Bell makan. Bukan nya Bell tak nak makan tapi bau je lauk terus rasa nak muntah. Kadang sampai tak ada apa lagi yang nak dikeluarkan".

"Itu lah pengorbanan ibu bila mengandung". kata Datin Ain sambil memegang erat tangan Bella.

"Mama masih ingat lagi waktu mama.lahirkan Adam. Waktu tu air ketuban mama dah pecah tapi gesa nak bersalin still tak ada. Dokter terpaksa masukkan ubat supaya terasa sakit nak bersalin. Mama cuba teran tapi still tak nak keluar. Dokter nak lakukan ceaser tapi tekanan darah mama terlalu rendah dan dokter tak mahu mengambil resiko. Jadi mama terpaksa kuatkan diri mama. Untuk lahirkan Adam".

"Demi nak selamatkan nyawa Adam dokter terpaksa menarik Adam keluar. Dan akhirnya Adam dapat.melihat dunia. Dokter kata mama.tak boleh mengandung. Sebab resiko tinggi, dan dokter tak jamin kedua nya akan selamat. Tapi keinginan mama nak ada anak lagi satu. Mama mengandung, tapi dokter sarankan supaya kandungan digugurkan sebab rahim mama tak kuat. Waktu mengandung anak kedua mama selalu pendarahan sampai lah hari mama jumpa dokter. Dokter kata anak mama dah tak ada, hanya tinggal karung saja. Mungkin Allah tu nak bagi Adam saja. Tapi mama tetap bersyukur, Adam berjumpa dengan perempuan yang boleh mengubah hidupnya. Mama selalu doakan kebahagiaan korang berdua. Yang telah lepas jadikan pengajaran".

"In shaa Alla ma. Demi anak anak Bell".

............

"Kita nak pergi mana ni?. Qalisya bertanya kepada Ayie.

"Kan semalam Ayie kata nak bawa Qalis jumpa someone. Kebetulan Qalis offday kan memang dah sesuai sangat lah masa nya".

Dua bulan dia dan Qalisya mengenal hati budi masing masing. Qalisya pernah bertunang tapi tunang nya meninggal dalam kemalangan. Manakala.Ayie pula pernah bertunang tapi tunangnya menikahi lelaki lain walaupun tunangnya itu sempat bercerai sekejap. Tapi jodoh mereka kuat mereka rujuk semula dan saat ini wanita itu sedang bahagia bersama suami dan kandungan kembar nya yang berusia 5 bulan.

Yang membuatkan hati Ayie tertarik kepada Qalis adalah perwatakan nya yang manis dan lembut. Tak dinafikan nak dibandingkan Qalish dengan Bella cantik lagi Bella. Qalish berkulit putih sama seperti Bella. Badan nya agak chubby dan dia pendek. Tapi bila Allah kata itu jodoh kita, mata kita akan nampak dia cantik. Mata kita akan nampak dia istimewa.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju. Ayie terus mangajak Qalish untuk keluar berjumpa dengan kak Kay.

Qalish mendapatkan kak Kay dan bersalaman dengan wanita itu.

"Ni ke Qalish?". Kak Kay bertanya.

"Haah kak. Comel kan".

Qalish mencubit manja tangan Ayie, malu dia apabila Ayie berkata begitu.

"Ayie kalau mencari, ermm, taste kemahin tinggi. Bila akak boleh makan nasi minyak ni. Bell tak lama lagi nak beranak. Korang bila pula. Nanti anak anak korang biar lah akak jaga".

"Amboi akak, jauh beno berangan nye. Kiteorang ni baru kenal hati budi kak oii. Tapi Ayie kalau boleh bertunang sekali dengan kahwin. Senang jimat belanja".

"Jimat belanja ke takut kena kebas". Sempat lagi Kak Kay menyindirnya.

Ayie hanya tersengeh apabila diusik begitu. "Penat lah jaga jodoh orang baik jaga jodoh sendiri".

Qalish tahu kalau yang Ayie maksudkan itu adalah Bella bekas tunang nya. Qalish pernah jumpa Bella saat Ayie koma dulu Bella kerap datang berjumpa dengan Ayie. Hubungan Bella dan Ayie menjadi kekuatan untuk Qalish yang saat itu baru kehilangan tunang yang disayang.

Qalish berpikir, kalau Bella boleh bertahan dan kuat semangat demi Ayie kenapa dia tidak. Bella.dan Ayie menjadi ispirasi nya. Tapi siapa sangka kalau lelaki yang dulu menjadi inspirasi nya kini bergelar kekasihnya. Dan bakal imam nya.

Jangan pernah bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kerana Allah dah tulis perjalanan hidup kita, sebagai hambaNya kita harus melaluinya tanpa perlu meletakkan tanda soal. Setiap kedukaan pasti akan ada kemanisan pada akhirnya.

BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)Where stories live. Discover now