part 57

12.1K 345 14
                                    

Bella ketawa melihat keletah anaknya. Bella memandang Adam dan berkata dengan perlahan.

"Baba tak boleh buat apa apa kat ibu. Baba kene puasa seminggu".

Adam menjuihkan bibirnya seakan tak hairan kena puasa seminggu.

"Abang pernah puasa sebulan. Rilek jer, ini seminggu apa ada hal". Amboi bangga sungguh.

"Ohh ye ker....ok lah kalau macam tu abang puasa lah 2 bulan yrr". Bella menyakat Adam.

Terus berubah muka Adam. Biar betul isterinya ni. Jangan lah memain, tak kesian ker tengok suami dia ni.

"Boleh puasa 2 bulan. Tapi bagi abang anak team bola sepak. Dah dapat anak 12 orang jangan kata 2 bulan setahun pun abang sanggup"

Dah lah planning nak buat minggu depan. Sebab dia nak buat minggu depan dah tentu lah Bella dah bersih.

Dah romantik romantik boleh tidur sama. Ahakkk syok nye hidup. Tapi planning tak menjadi. Sape tak sayang bini oii. Dah luka macam tu bahaya jugak.. Daripada aku melepas kemudian menyesal tak sudah. Baik aku selamatkan keadaan.

Terkebil kebil mata Bella memandang Adam. Dia salah dengar ke? Adam nak mintak anak sampai 12 orang. Ingat aku ni kilang buat anak ke?.

"Abang ingat Bell beranak anak kucing ke hah, sekali keluar 5 , 6 ekor".

"Abang tak cakap, luka kat tangan tu macam mana?".

"Nasib tak menggelembung, sebab Bell dah letak ubat gigi".

"Abang".

"Apa sayang".

"Macam mana abang kenal Betty".

Adam mengeluh panjang.

Kenapa dengan Adam? Apasal mengeluh bukan main lagi. Skandal dia ker. Ehh gila apa kau Bell, abis yang 2 orang keluar tu ape. Tak kan kau masih nak ragukan kejantanan suami kau.

"Kenapa abang mengeluh?".

Adam memandang Bella. Tangan nya diletakkan dipipi Bella kemudian dia usap dengan penuh kasih sayang.

"Betty tu kawan kolej abang". Adam memulakan cerita.

"Kiteorang memang baik sangat. Kawan baik kaw2. Sampai lah satu hari tu dia syok kat sorang perempuan ni. Dia sayang gila dengan perempuan tu.

Abang pernah nasihat kan dia, ya g perempuan ni tak baik. Depan kau jer. Belakang kau dia banyak jantan".

Konon nak jadi penyelamat lah tu. Padahal sama jer perangai dua kali lima. Time mula jumpa dulu siap nak mintak aku jadi perempuan simpanan lagi.

"Ehem puan Bella Kuwala oii kot iya pun nak mengumpat kita kat dalam hati awok tu muka tu cover lah sikit. Terang beno mengumpatnye".

Alamak kantoi pulak. Muka ni memang tak boleh nak cover. Dah kantoi nak buat macam mana lagi. Sengeh je lah macam kera busuk.

"Tak adalah, Bell tertanya jugak. Tak sangka abang ni baik hati rupanya".

"Habis tu Bell ingat selama ni abang apa".

"Setan?".

"Apa!!"

"Tak setan pun Azazil lah tak Azazil, ermm hah Dajjal".

"Hamboi hamboi hamboi syok nye mengata abang. Tau dosa ke tak ni".

Dia dah mula lah tu keluarkan kuasa Beto Kusyairi dia.

"Gurau pon tak boleh. Hati kapas betul".

"Hati abang memang kapas pun. Baru tau ke.. Ehh sayang ni nak dengar ker tak cite pasal kawan abang ni.

Orang dah semangat nak cite dia boleh plak menyampuk. Sayang diam ehh abang nak mulakan cerita".

"Ok"

"Kawan abang ni tak pecaya tau, sampai satu hari tu Tuhan tu nak tunjuk dia nampak awek dia keluar dari hotel 5 bintang dengan jantan tua ganyut".

"Habis tu kawan abang buat apa?".

"Kawan abang nak bertumbuk dengan jantan tu tapi jantan tu banyak guard.

Lepas kejadian tu perempuan tu minta break up. Kawan abang mati mati tak nak putus. Dia tak kisah perempuan tu ada jantan lain ke tak. Asalkan perempuan tu tetap jadi makwa dia.

Kesudahnya perempuan tu kawin dengan sugar daddy dia".

"Lah yer ke. Kesian nya Betty".

"lepas break up ngan perempuan tu dia jadi geng kunyit."

"Hah!!!. Jangan kata dia pernah cuba nak tackle abang".

Adam tak jawab tapi hanya sengeh. Sengeh boleh jadi Betty pernah cuba nasib ataupun tidak.

"Memang dia pernah try nak tackle abang. Sebab abang take care pasal dia kan. Tapi sebab abang tau abang jauhkan diri dari dia. Lama kami tak jumpa."

"Habis dia jadi maknyah ke sekarang ni?".

"Tak lah, dia still dengan sikap lama dia. Abang yang suruh dia jadi nyah. Takut sayang terpikat kat dia. Mampus abang nanti".

"Aikk rasa tergugat dengan kawan sendiri ker".

"Ehh sekarang punya masa ni bahaya tau. Tak ada lah sayang. Sayang pikir ehh, abang dapatkan sayang dengan cara abang rampas sayang dari Ayie. Kifarah Allah tu ada kan. Tak mustahil sayang akan dirampas dari abang. Seperti mana abang rampas sayang dulu.

Itu yang selama ni abang takut. Abang takut dengan dosa dosa abang yang dulu".

"Tak ada siapa yang akan rampas Bell dari abang. Hanya Allah je yang boleh pisahkan kita. Jodoh pertemuan Allah yang tentukan

Dah tertulis jodoh Bell dengan abang. Kadang walau kita cuba pertahankan tapi bila Allah kata dia bukan jodoh kita sekuat apa pun kita cuba tetap akan berpisah jugak".

Bell memegang tangan Adam dan meletakkan tangan Adam dipipi nya. "Bell sayang abang. Bell sayangkan keluarga kecik kita ni. Abang dan anak anak adalah anugerah yang terindah dalam hidup Bell".

Adam terus memandang anak anak nya. Apasal sunyi semacam. Adam ketawa melihat kedua anaknya tertidur di kerusi baby.

"Tengok lah anak kita tu. Sian diorang, abang pergi bersihkan badan diorang lepas tu letak diorang dalam bilik".

"Bell tolong abang ye".

"Ehh tak payah. Tangan Bell kan sakit. Biar abang jer yang buatkan. Bell tunggu sini"

Ya Allah, Kau adalah sebaik baik perangcang. Kau mengatahui yang terbaik untuk hamba mu ini. Terima kasih ya Allah kerana engkau telah menghadirkan aku seorang suami yang mencintai Mu lebih dari mencintai aku.

Ketika aku sibuk mengejar cinta dia, dia semakin jauh dari ku. Tapi ketika aku mencari cintaMu kau hadirkan dia kembali didalam hidup ku. Terima kasih ya Allah.

..................

Ending sudah.....

Ada yang nak tau ke kisah si Qairiel Badrishah a.k.a Betty ni... Rasa macam nak buat kisah Qairiel  tapi takut nanti idea hilang tengah jalan😆😆😆

BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)Where stories live. Discover now