Bella tersedar dan melihat sekeliling. "Kenapa putih?". Dia bertanya sendiri. Setahunya dia, mereka datang ke hospital kerana mendapat berita yang Datin Maisarah telah meninggal dunia. Tapi macam mana pula dirinya yang terbaring atas katil pesakit.
Dengan dahi yang berkerut Bell mengingati kembali kejadian sebelum dia terbaring disini. Setelah mendapat berita tersebut dia tergopoh gapah keluar dan pergi ke kereta. Dia menunggu Ayie didalam kereta dan saat Ayie masuk dia memandang plastik BaskinRobin yang ada ditangan Ayie, lantas dia bertanya.
"Apa tu?". Katanya sambil menunjuk ke arah plastik yang dipegang oleh Ayie
"Tempoyak". Ayie menjawab dengan muka yang ala ala macam model. Dengan mata yang kuyu dan bibir yang muncung. Hah kau ingat cantik. Muncung kau tak boleh lawan dengan Dato Vida tau.
"Please lah jangan memain. Takkan tempoyak pakai bekas aiskrim? Sejuk lagi tu. Celah mana pula awak dapat tempoyak?". Bella tahu kalau lelaki ith cuba permainkan nya.
"Kenapa berlari tadi? Kalau jatuh macam mana?. Boleh tak kaki tu jangan asyik nak berlari jer. Awaj tu berbadan dua ingat sikit baby yang Adam dalam perut tu".
Bella terpaksa menadah telinga mendengar Ayie membebel. Sejak Bella mengandung Ayie dah macam memegang tanggungjawab sebagai suami yang tak henti nak menceceh 24 jam.
"Yer Bell minta maaf sebab berlari. Ampun kan patik penunggu gua. Ehh cepat lah cakap apa benda tu".
"Tempoyak lah" Ayie menjawab dengan muka tak bersalah nya
"Main main tau dia ni orang tanya. Menyampah betul lah. Cakap lah aiskrim". Bella membebel sorang sorang sambil menyilangkan tangan didada nya
"Dah tahu tanya lagi buat apa. Nah ambik ni, makan puas puas. Kang kempuanan anak angkat aku". Ayie memberikan plastik berisi aiskrim kepada Bella. Dan terus menghidupkan enjin.
"Thanks". Berbinar binar biji matanya memang tak puas makan tadi. Nasib Ayie memahami keinginan ibu mengandung haha
"Ermm". Ayie malas nak menjawab dan dia kembali fokus pada pemanduan.
"Awak cakap tempoyak tadi kan. Tetiba saya terasa macam nak makan....
Mampos aku...Ayie berkata dalam hati.
"Durian crepe, mesti sedap kan Ayie. Nanti Ayie carikan Bell durian crepe ye".
Ayie memandang Bella dan memberikan senyuman yang tak berapa nak ikhlas. "Nasib Bell mengandung tau. Kalau tak poie lah kau cari sendiri".
Bella membuat muka comel. "Tak kesian kat mak buyung ni".
"Tak payah nak mengada lah. Nanti Ayie carikan ye. Berhenti buat muka macam tu kang tergoda susah Ayie nanti". Lepas berkata begitu Bella terus menyambung makan aiskrim nya.
Setelah mereka sampai ke hospital jangan tanya mana aiskrim tu pergi tentu lah kat dalam perut dia. Puas jugak lah dia membedal sorang sorang tanpa memandang ke arah Ayie yang terkulat kulat. Setelah tempat yang hendak dituju tiba. Bella terus keluar mendapatkan Datin Ain.
Datin Ain memegang Bella dan bertanya macam mana mereka mendapat berita tentang Datin Maisarah. Bella tak sempat nak jawab. Ayie sudah menjawab. Bella pun tak tahu bila kala Ayie berada dibelakang nya.
Entah kenapa tiba tiba kepala Bella terasa pusing dan nak pitam. Datin Ain memapahnya duduk dikerusi. Adam saat itu bersama dengan bekas bapa mertua nya menguruskan soal bayaran dan apa apa yang patut.
Tak lama setelah itu kelibat Adam kelihatan. Entah kenapa Bella merasakan sesuati yang ganjil dia merasa seperti mahu menerkam lelaki itu dan memeluk lelaki itu dengan erat. Padahal waktu itu kepala nya masih terasa pusing. Tapi entah kenapa nafsu nya saat melihat Adam makin membuak buak. Bella tahu kalau itu bukan kemahuan nya tapi anak didalam perut nya.
YOU ARE READING
BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)
RomanceWarning. Terdapat kekeliruan nama watak. Belum sempat nak update. If terjumpa i mohon maaf yer Kedudukan aku dimata mu hanyalah sebatas WANITA SIMPANAN, layakkah aku mempertahankan cinta yang bertepuk sebelah tangan #3 in Romance (22/1/18) © copyri...