part 31

12.5K 469 21
                                    

"Adam ngan Bell tak turun makan ke?". Datuk Haslan bertanya.

"Rasanya tak kot. Tak apa lah jom lah kita makan. Bik meh lah sekali kita makan. Yang atas tengah busy".

..................

Bercantum dahi Bella bila ada sesuatu yang mengganggu tidurnya. "Hurmm". Suara protes Bella. Dia masih mengantuk dan penat.

"Morning wife". Adam berkata kepada Bella.

"Morning husband". Bella menjawab dengan mata yang masih tertutup. Adam sekali lagi mengganggu tidurnya dengan mencium leher nya.

"Jangan lah Adam...Bell ngantuk". Suara Bella yang macam tu terasa macam seksi di telinga Adam. Adam tak peduli dia tetap mencium Bell lagi dan lagi. Selimut yang menutup badan Bell ditarik ke bawah secara perlahan lahan.

Bell yang digoda begitu terus ikut hanyut bersama. Dan mereka melakukan nya lagi, walaupun Bell dah terlalu letih tapi tak tahan dengan godaan yang Adam berikan.

Selesai saja melakukan itu. Bella terus terlena dan tak larat untuk bangun. Tenaga nya sudah tiada sama sekali. Dia perlukan rehat. Hanya Adam saja yang turun ke bawah. Dan sekali lagi diganggu oleh mamanya.

"Amboi overtime tak beragak. Dari malam bawak ke pagi, pagi bawak ke tengahari".

"Dah kata mama nak cucu. Terpaksa lah overtime lebih sikit. Mana tau boleh dapat kembar ke". Adam mengikut permainan mamanya. Untuk apa dia nak berselindung memang dia melakukan itu bersama Bella.

Adam ke dapur untuk melihat makanan yang ada untuk diberikan kepada Bella. Dia berjum bibik dan bertanya. "Bik boleh tak buatkan makanan untuk tenaga".

"makanan semuanya ada tenaga loh. Kalau enggak makan aja gak ada tenaga".

"Tak kisah lah, bik masak lah apa apa. Untuk Bell".

Bella cuba bangun dari katil. Dia melihat jam dah hampir pukul 2. Patut lah kepala nya terasa berat, Bell tak pernah bangun tidur lewat macam ni. Kaki nya baru melangkah satu tapak. Dia sudah jatuh ke lantai. Sakit di situ dan kaki nya macam jelly tak boleh nak berdiri.

Adam yang kebetulan masuk terus mendapatkan Bell. "Nak pergi mana?". Adam bertanya sambil memegang kedua bahu Bella.

"Saya nak mandi". Bella menjawab tanpa memandang wajah Adam. Dia malu sangat lebih lebih lagi bila teringatkan apa yang telah mereka lakukan dari malam sampai pagi.

Rambut yang menutup muka Bella dari tepi Adam tarik lembut dan letakkan dibelakang telinga Bella. "Kenapa muka merah?".

Gila ke Adam boleh lagi dia bertanya. Merah sebab malu lah. "Kita dah bersama lebih dari sekali. Tak ada apa yang nak dimalukan".

Dengar Adam berkata macam tu lagi bertambah merah muka Bella. Sampai ketelinga. "Bell nak mandi".

"Mandi wajib ke?". Adam sengaja mengusik. Nak ketawa apabila melihat muka Bella merah sampai ke leher. Malu betul Bella sampai merah macam tu sekali.

"Nak Adam bawakkan tak. Adam yakin Bell tak akan boleh  bangun".

'Dah tau aku tak boleh nak jalan tolong lah bawakkan jangannlah asyik nak tanya je. Aku ni dah lah malu.

Adam meletakkan Bella di bathup kemudian dia keluar. Tunggu Bella habis mandi.

Sementara itu di pejabat semua orang terkejut apabila melihat Datuk Haslan ada di pejabat. Semua tertanya tanya kemana perginya Adam kenapa Datuk Haslan mengambil alih syarikat balik. Atau mungkin Datuk Haslan tak pecayakan Adam?.

Qilla bangun dan membungkuk sedikit tanda memberi hormat pada Datuk Haslan. "Selamat pagi Datuk".

"Pagi Qilla. Apa jadwal Adam pagi ni. Dan nanti tolong bagikan semua jadwal Adam kat ofis saya".

BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)Where stories live. Discover now