part 29

12.8K 539 40
                                    

Bella hanya makan dua suap sahaja. Setelah itu dia terus menolak apabila Adam suapkan. "Tak nak..."

"Dua suap mana cukup untuk Bell. Bell kene lawan jangan ikutkan sangat lemah badan tu. Paksa diri tuk makan. Kalau tak macam mana nak sihat".

Bella terpaksa mengikut apa yang dikehendaki Adam. Baru saja masuk 5 suap. Bella terus rasa nak muntah. Adam cepat cepat mengambil bekas. Dan "Huueekkk....". Berkali kali dia memuntahkan makanan yang dia makan tadi.

Bella menolak Adam supaya jangan memandang nya. Dia takut Adam kembang tekak bila tengok dia macam ni.

"Jangan tengok Bell. Bell kotor".

"Bell isteri Adam. Busuk mana pun kotor apa sekalipun Bell, Adam tetap akan ada dengan Bell". Adam mengambil kain, dibasahkan dan diperahkan. Kemudian dia mengelap bibir Bella yang masih ada sisa muntah.

"Jangan lah menangis. Adam ada sini". Entah kenapa hati nya rasa sebak tengok Adam yang peduli dengan nya. Adam lain sangat, selalu nya lelaki itu akan menyakiti hatinya. Tapi kali ni lain sangat. Kalau waktu boleh berhenti dia berhenti saat ni.

Setelah Bella diberikan ubat. Bella kembali baring dan tertidur. Adam tak dapat nak gerak mana-mana Bella tidur dan tangan nya memeluk lengan Adam. Adam menggosok kepala Bella dengan manja.

Bunyi handphone menghentikan Adam. Dia melihat nama pemanggil. Kemudia dia memandang Bella. Dia mematikan panggilan dan meletakkan phone nya di atas meja di sisi katil. Tapi handphone nya kembali berdering. Nak tak nak Adam terpaksa menjawab panggilan itu.

"Ada apa Al". Bella yang mendengar nama Alya terus membuka matanya. Entah kenapa rasa cemburu menguasi dirinya. Dia mengeratkan lagi pegangan tangan Adam seakan memberitahu kalau Adam adalah milik nya. Sedangkan Alya bukannya nampak pun.

"I tak kerja hari ni. Badan rasa tak sedap".

"Ohh ye ke. Nanti I datang kat rumah you ye. Sekali jumpa Datin Ain".

"Ehh tak payah lah. Mama pun nak keluar tinggal I sorang je kat rumah. Lagipun I malas nak jumpa siapa siapa".

"Dengan Al pun Adam tak nak jumpa jugak ke?". Ada nada kecewa disuara Alya.

"Bukan tak nak. Tapi Adam nak rest nanti kalau Adam dah sihat kita jumpa ye". Bella terus melepaskan tangan Adam dan membelakangkan Adam. Adam ketawa tak bersuara apabila melihat kelakuan Bella yang macam tu.

Setelah panggilan dimatikan Adam bangun dan pergi mandi. Meninggalkan Bella sendiri setelah siap terus turun ke bawah.

Bella terus bangun dan menyandar di kepala katil. "Jumpa Alya lah tu, dia jumpa.Alya boleh aku jumpa Ayie tak boleh". Bella membebel seorang diri.

"Ermm pangantin baru, baru nampak matahari ke". Datin Ain sengaja mengusik Adam.

Adam hanya tersenyum apabila ditegur oleh mama nya. Dia menggaru kepala nya yang tak gatal. "Tak ada lah ma".

"Ni..rambut?... Apasal basah? Mandi wajib ke?.. Haha".

"Ishh mama ni merepek je lah. Saja je nak basah rambut". Adam menggelengkan kepala melihat kelakuan mama nya.

"Mana Bell?".

"Ada kat atas tengah tidur". Adam berkata sambil melihat mama nya yang makin dekat dengan nya. Berkerut dahi Adam.

"Lain kali bagi rest tu. Jangan main hentam je. Sian menantu mama". Lepas berkata begitu Datin Ain terus pergi meninggalkan Adam yang tercengang.

"Rasa nya mama kene pergi hospital lah? Saraf kat otak mama ada problem agaknya". Adam berkata sendirian kemudian duduk disofa sambil menghadap laptop nya.

BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)Where stories live. Discover now