Staff-staff yang melihat Adam semuanya tunduk hormat. Saat mereka melihat Bella ada dibelakang Adam semuanya mula berbisik sesama sendiri.
Saat berada didalam lift Bella hanya diam, dia tak tahu nak mulakan perbicaraan. Dia berharap sangat pintu lift cepat terbuka. Dia rasa sesak duduk dalam lift bersama Adam.
"Ingat tak apa yang pernah jadi kat lift ni". Bella tak berapa dengar apa yang Adam katakan sebab dia sedang leka. Dan pemikirannya melayang ke arah lain.
"Encik Adam kata apa tadi saya tak dengar".
"I tanya you still ingat lagi tak apa yang pernah terjadi antara kira waktu dalam lift ni".
Kejadian tu, kejadian yang tak akan Bella lupakan. Tentu lah dia ingat, sebab itulah dia merasa sesak nafas. Lebih-lebih lagi ada Adam. Lagi nak terputus nafas dibuatnya.
"Kenapa encik Adam bertanya pasal benda tu? Benda tak penting".
Tak penting bagi you. Tapi itulah kenangan yang i tak dapat lupakan. Adam berkata didalam hati.
"Saja je...tiba-tiba i rasa macam nak ulang balik kejadian masa tu". Terus berundur ke belakang Bella apabila Adam berkata begitu.
"Encik Adam jangan main-main. Saya jerit nanti". Bella membuka langkah berhati-hati.
Sampai saja di pejabat. Bella tetap berdiri sedangkan Adam telahpun duduk di kerusi nya. Adam melihat Bella yang masih berdiri.
"Banggunan ni masih belum nak runtuh lagi cik Bella. Banggunan ni masih kukuh walaupun dah hampir 25 tahun dibina. Duduk lah".
Bella menarik kerusi secara perlahan-lahan. Hanya ujung punggung nya saja yang duduk.dikerusi. Pikir Bella kalau lelaki itu mencuba buat yang bukan-bukan dia hanya tinggal nak buka langkah untuk lari.
"Apa yang you nak dari papa i?. Adam bertanya kepada Bella. Wajah Bella dipandang tanpa berkelip. Dan pandangan Adam itu tentu sahaja membuat dirinya rasa tak keruan.
"Maksud encik Adam apa?" Bella cuba berdalih.
"Jangan nak bertarik tali Bella. I nak tahu apa yang you nak sangat pada papa i. Kalau you nak duit, i mampu berikan tapi please jauhkan diri you dari papa i. My mom sakit Bell, bila-bila masa je dia boleh pergi. Sebab tu i cuba untuk bahagiakan dia sepanjang hayat dia. Tapi kehadiran you dalam hidup papa buat mama i kecewa. I sendiri tak tahu nak buat macam mana lagi dengan you. Perjanjian kita kalau you langgar kita akan menikah tapi masalah nya you tunang orang"..
Rasa terkejut dan bersalah itu lah yang Bella rasakan saat ini. Apa yang telah ia lakukan. Kerana malas dia mengiyakan semuanya. Tanpa berpikir panjang dia telah membuat hidup seseorang hancur. Dan yang buat nya terkejut macam mana Adam tahu dia dah bertunang.
"Saya minta maaf dengan apa yang terjadi. Tapi untuk pengatahuan Encik Adam, saya bukan wanita simpanan Datuk Haslan. Hari pertama saya bertembung dengan Encik Adam hari tu jugalah pertama kali saya berjumpa dengan Datuk Haslan. Dan macam mana Encik Adam tahu yang saya dah bertunang?".
"You masih tak mahu berterus-terang. Berapa yang papa bagi you untuk tutup mulut. I mampu berikan semua nya. You cakap je apa yang you nak i boleh bagi dengan senang hati. Soal tu biarlah i je yang tahu".
"Datuk tak bayar saya apa-apa duit untuk tutup mulut. Terserah encik Adam nak pecayakan saya ataupun tak. Yang penting saya dah bagitahu kebenaran". Bella hendak bangun dan melangkah keluar tapi kata-kata Adam telah menghentikan nya.
"You pikir i tak tahu you ambil duit dari papa untuk bayar kos rawatan tunang you yang tengah koma kat hospital tu kan!!". Adam cuba menyelesaikan masalah dengan cara baik tapi Bella tetap tak mahu membuka mulut.
YOU ARE READING
BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)
RomanceWarning. Terdapat kekeliruan nama watak. Belum sempat nak update. If terjumpa i mohon maaf yer Kedudukan aku dimata mu hanyalah sebatas WANITA SIMPANAN, layakkah aku mempertahankan cinta yang bertepuk sebelah tangan #3 in Romance (22/1/18) © copyri...