part 54

10.2K 330 70
                                    

3 tahun kemudian....

Dua orang anak kecil berlari kerana dikejar. Dan terus memeluk ibunya untuk berlindung..

"Emir Eryna jangan lari sangat nanti jatuh".

Sikembar diberi nama Muhammad Emir Qaayed, Muhammad bermaksud yang terpuji Emir pula bermaksud arahan dan Qaayed bermaksud pemimpin

Dan si adik Nur Eryna Qairina.. Nur bermaksud cahaya Eryna bermaksud perempuan cantik manakala Qairina bermaksud kebaikan.

"Baba pun nak peluk ibu jugak." Adam pura pura nak peluk Bella. Tapi si adik menghalang Adam.

"Baba tak boyeh peyuk ibu.. Ini ibu adik ngan abang. Baba peyuk lah atok". Si adik memang pelat l.

"Kenapa baba tak boleh peluk ibu. Ibu sayang baba tau. Ibu mesti nak baba peluk. Betul tak bu". Bella mengangguk dan tersenyum.

Si adik terus memandang Bella dengan muncung yang sedepa. "Ibu tak boyeh peyuk baba. Ibu adik punye..Ibu dah janji dengan adik kan. Ibu sayang adik jer." Si adik bercakap dengan tangan tangan pun bergerak sekali.

Dah lah kemetot pakai plak baju kembang. Geram jer tengok.

"Adik...kasih sayang tu perlu di kongsi. Baba kan ayah adik. Ibu adalah ibu adik. Ni abang adik. So kita kena berkongsi kasih sayang antara keluarga dan saudara mara."

"Tapi nenek cakap, kayau kita kongsi kasih sayang nanti jadi macam baba. Nanti baba cari ibu baru. Sebab tu adik nak jaga ibu. Kayau baba ada yang baru. Biarkan yah, sebab ibu ada adik". Terbeliak mata Bella bila dengar anaknya berkata begitu.

Habislah si Adam..anaknya dah pandai

"Nenek kau cakap macam tu." Tak sangka si Adam mamanya sanggup burukkan dirinya pada anak anak nya.

"Ye yah. Baba suka buat ibu nangis". Kemahin lagi petah tak padan yang pelat.

"Adik tak boleh cakap macam tu dengan baba. Baba tu kan papa kita. Kita kena sayang baba. Dosa tau kalau kita benci baba". Si abang pulak memback up baba

"Ok....adik sayang baba..tapi baba jangan buat ibu nangis ehh. Baba buat ibu nangis adik babap nanti".

Kemahin bersungguh si kecil bercakap. Walaupun si kecil nampak serius tapi dimata Adam dan Bella anaknya itu nampak lucu.

"Apa yang penting. Antara kita mesti ada kepecayaan. Adik kene janji dengan ibu jangan sesekali benci pada baba. Adik kena ingat, kalau tak ada baba adik tak lahir kan dunia ni.

Memang Allah yang ciptakan adik. Tapi ibu tak boleh mengandung kalau baba tak ada. Waktu adik dengan abang kecik baba yang banyak jaga korang berdua. Pengorbanan baba sama macam ibu.

Jadi ibu minta kat abang dengan adik jangan ada perbezaan kasih sayang untuk baba dengan ibu. Sebab kami sayangkan kalian sekata tak ada perbezaan.

Ok adik.. Ibu tak mahu adik macam ni. Adik masih kecik dan adik tak faham apa yang pernah terjadi. Bila adik dah besar mungkin adik akan faham. Apa yang pernah baba buat dulu. Itu antara baba dengan ibu. Faham tak apa ibu cakap ni".

Adik mengangguk. Kemudian berjalan pergi ke arah Adam dan menghulur tangan. "Adik mintak maaf. Baba jangan marah ehh".

"Baba tak marah. Tapi baba tak nak kawan adik. Huh..baba merajuk dengan adik. Sebab adik kata adik tak sayang baba".

"Jangan yah baba. Adik kan dah minta maaf. Adik sayang baba betul".

"Tak mau jugak". Adam pura pura merajuk.

Si adik mula cemek. Bibir dah terjuih juih menahan airmata. "Ibu....baba tak nak sayang adik".

"Alololo baba gurau je lah sayang".

BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)Where stories live. Discover now