part 15

20.8K 663 28
                                    

Lepas kejadian yang terjadi itu, Bella banyak mendiamkan diri dan hanya bertanya pada Adam bila perlu sahaja. Adam tak tahu macam mana lagi nak perbaiki hubungan nya dengan Bella supaya tidak renggang.

"Bell, you tak nak cakap dengan i ke?". Adam yang sedang duduk di kerusi nya memandang Bella yang duduk di tepi. Bella hanya diam dan meneruskan perkerjaan nya.

"Please lah Bell, i cakap dengan you ni. Bukan dengan patung. Tak boleh ke kita berbaik dan berkawan macam dulu".

"Sejak bila kita pernah berbaik dan berkawan. Setahu saya hubungan kita tak lebih dari bos dan staff. Saya tak pernah setuju nak berkawan dengan encik Adam".

"Tapi tak salah kan kalau kita berkawan".

"Salah, sebab encik Adam bos dan saya staff. Orang apa pikir yang bukan bukan pasal kita. Saya tak suka, apatah lagi saya tunang orang tak elok lah kalau saya dekat dengan lelaki. Lebih lebih lagi orang yang berpangkat".

"Sejak bila you peduli dengan cakap orang. Mulut manusia tak boleh nak ditutup".

"Terserah encik Adam nak fikir apa. Tapi yang pasti saya tak nak berkawan dengan encim Adam".

Adam tak dapat nak kawal kemarahan dia. Meja didepan mata ditumbuk dengan kuat. Dia melepaskan semua rasa marahnya. Bella yang mendengar itu hanya mampu menutup mata.

'Cukuplah hanya aku yang tahu macam mana perasaan aku kat kau. Aku tak nak perasaan ni makin jauh. Aku takut nanti aku dikecewakan dan mengecewakan. Aku dah ada Ayie, aku tak boleh duakan Ayie dia dah cukup baik untuk aku. Hanya dia lelaki yang patut aku cinta. Betul kata orang cinta datang tanpa diduga. Sejak bila pun aku tak sedar perasaan tu muncul. Sampai lah mama kau datang dan menyedarkan kalau kedudukan aku dengan kau macam langit dan bumi.

Flashback....

Waktu itu Bella cuti, hari Sabtu ofis tak buka. Jadi kesempatan tu Bella luangkan untuk pergi melawat Ayie dan menghabiskan masa berbual dengan Ayie walaupun Ayie tak merespon apa apa.

Tengah Bella seronok bercerita, tiba tiba kak Kay masuk dan berbisik di telinganya kalau ada seseorang mahu berjumpa dengan nya. Bella bertanya siapa dan kak Kay menjawab ada baiknya Bella melihat sendiri. Bella pun keluar dan melihat kalau Datin Ain isteri kepada Datuk Haslan.

"Datin?". Bella mengulur tangan hendak bersalaman tanda dia menghormati orang yang lebih tua. Tapi Datin Ain membiarkan tangan Bella tanpa disambut.

Bella hanya tersenyum kelat. Dia tahu kalau Datin Ain masih marahkan nya.

"I ada sesuatu nak bincangkan dengan you. Ikut i". Mereka pergi ke.tempat.yang tak ramai orang.

"Apa yang you nak dari Adam? Tak cukup ke you pernah goda papa dia sekarang you nak dia pula".

"Apa maksud Datin, saya tak pernah goda siapa siapa pun. Apatah lagi Adam".

"I tak sangka yang harga diri you lebih rendah dari wanita simpanan". Terkedu Bella apabila dikatakan begitu. Kenapa semua orang berpikiran macam tu.

"Apa maksud Datin saya tak faham".

Datin Ain mengeluarkan sesuatu di dalam bag nya. Dia mencampakkan semua gambar gambar Bella bersama Adam.

"Terkejut? Mesti you terpikir mana i dapat semua gambar gambar ni. Depan tunang you kemahin lagi you buat muka suci padahal depan Adam you goda dia dan buatkan dia suka dan sayangkan you. Sampaikan dia sanggup menolak untuk menikah dengan orang yang i pilih".

"Saya tak pernah sukakan Adam dan saya tak pernah goda Adam. Datin dah salah faham. Kalau Adam suka kan saya, saya tak boleh nak halang. Itu perasaan yang datang dari jiwa dia. Saya tak boleh nak paksa dia berhenti cintakan saya".

BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)Where stories live. Discover now