part 32

12.3K 540 31
                                    

Hampir dua minggu juga lah dia tak contact Alya. Alya pun tak ada datang ke rumah atau call ke hape. Dia tertanya juga tapi dia malas nak pikirkan sekarang ni yang ni pikirkan hanya kebahagiaan nya bersama Bella.

Cakap pasal Bella. Adam tak tahu nak gelak atau kesian. Tiap kali Adam mengusik dia mesti muka dia akan merah. Dah nak sebulan dah kot. Masih lagi malu. Kemaluan (sis maksudkan malu bukan benda lain tau. Otak jangan kuning please..hahaha) Bella tu lah yang buatkan Adam makin seronok mengacau.

Tambah pula mama nya tak sudah sudah mengusik Bella. Dia rasa bahagia sangat dengan semua ni. Tak sangka masa berlalu cepat. Pasal Ayie pula Bella dan dia tunggu masa yang sesuai untuk memberitahu pekara yang sebenar.

"Ehh busuk termenung apa tu". Bella datang senyap senyap dan memeluk Adam dari belakang.

"Ni peluk Adam pagi pagi ni nak apa ni. Tak payah nak manja manja sangat lah. Nak minta izin nak jumpa Ayie kan?". Terus muncung muka Bella apabila berkata begitu.

"Baru nak manja manja dengan dia. Nak Bell pergi tengok Ayie. Kalau nak Bell boleh pergi sekarang". Bella terus berdiri hendak pergi. Tapi langkah kaki nya terhenti.

Tergamam Adam apabila Bella merentap tangan nya yang sedang Adam pegang. "Jangan lah merajuk sayang oii.. Adam gurau je lah". Adam hendak menarik Bella supaya duduk dipangkuan nya tapi Bella mengeraskan badan nya.

"Alya datang". Bell memperingatkan Adam.

"Ingat Adam nak pecaya ke semua tu". Adam yang duduk membelakangi Bella tak nampak apa yang Bella nampak. Saat Alya berjalan ke arah mereka dengan cepat Bella menarik tangan nya. Dan disebabkan itu Adam yang sedang duduk terus terjatuh kerana rentapan itu membuatkan kerusi jatuh ke belakang.

Bella tergelak tengok Adam begitu. Tapi saat hendak membantu, Alya terus datang. "Macam mana awak boleh jatuh ni?". Tanya bertanya dengan tawa.

Terkejut Adam apabila Alya tiba tiba muncul. Jadi Bella tidak menipu nya. Adam terus memandang Bell yang berlalu pergi. "Lama tak jumpa, pergi mana?". Adam cuba berbual tapi dalam hati dia risaukan keadaan Bella.

Bella masuk kedalam untuk membuat air. Dia hairan kenapa tiba tiba Alya datang dengan satu family dia bawa. Datin Maisarah memandang Alya dan mengerutkan dahinya. Bella senyum dan berlalu masuk ke dapur "Siapa tu Ain?". Datin Ain serba salah nak kenalkan siapa Bella. Dia terus tergagap.

"Itu anak angkat bibik. Tapi sayang dah kahwin. Cantik kan mama". Semua memandang ke arah suara. Rupanya Alya yang menjawab.

"Dah kahwin, kahwin muda ke? Tapi comel. Ingatkan menantu kau tadi Ain". Datin Ain pura pura ketawa tapi memang itu hakikat yang sebenar.

"Sebenarnya macam ni. Aku cadang nak satukan balik anak kita".

"Maksud kau?".

"Aku nak Alya kahwin dengan Adam". Datin Ain tergamam, Adam terus memandang ke dapur. Sedangkan Alya pula yang sedang mengacau air didapur terhenti apabila mendengar begitu.

"Al tak paksa Adam, kalau Adam tak nak pun tak apa. Al tak nak Adam rasa terbeban dengan semua ni".

Bella datang membawa minuman. "Nama apa?". Datin Maisarah menegur.

"Qistina Nabilah. Panggil Bell je".

"Cantik nama. Macam orang dia jugak. Mengandung ke?". Semua mata memandang ke arah Bella dengan terkejut lebih lebih lagi Adam.

"Eh tak adalah. Nak mengandung macam mana kalau suami dah meninggal. Jemput lah minum saya minta diri pergi dapur". Bella tahu Adam memandang nya tapu dia pura pura tak nampak.

BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)Where stories live. Discover now