part 44

13.1K 480 34
                                    

Bella terbungkuk bungkuk memerhatikan dibalik tingkap. Pelik dia apabila melihat kereta Adam ada didepan rumah kak Kay. Mau apa lelaki itu, boleh dikatakan hampir dua jam. Kalau mahu berjumpa dengan nya kenapa tak keluar saja dari kereta.

Bella meninjau lagi. Adam hanya membuka sedikit cermin kereta nya dan terlihat hanya kepala nya saja. "Nampak kepala je". Bella berkata sendiri.

"Nampak kepala ehh". Terus Bella memandang ke tepi dan melihat Kak Kay juga ikut berbungkuk sepertinya dan melihat ke luar.

"Ehhh...ermm..a..akak buat apa?". Terus tergagap Bella bila melihat wanita itu ada disebelahnya.

"Nak jugak tengok apa yang Bell dok perhati dari tadi sampai akak panggil tak menyahut. Rupanya nampak kepala ehh". Kak Kay berkata dengan senyuman. Tapi Bell tahu kalau wanita itu mentertawakan nya

"Tak nak keluar jumpa dia ke?". Kak Kay bertanya lagi kepada Bella.

"Buat apa nak jumpa dia. Kalau dia nak ajak Bell keluar kenapa tak nak keluar kereta ketuk pintu bagi salam ke. Ingat dia siapa anak raja". Panjang lebar Bella membebel.

"Ego".

"Siapa? Dia? Dia memang ego".

"Dua-dua. Kalau sorang tak nak mengalah sampai ke sudah lah dia tinjau kau nampak tangan yang kau tinjau dia nampak kepala. Agaknya tangan ngan kepala dah cukup kot untuk korang melepaskan rindu".

"Tak kan Bell nak keluar. Bell perempuan, lagipun dia alahai susah lah nak cakap".

Bell kembali meninjau dari tingakap tapi kereta Adam sudah tiada. Bella merempan dan memandang kak Kay. "Akak lah punya pasal ni".

"Apasal lak akak pulak?". Kak Kay tak faham kenapa tiba tiba dia disalahkan.

"Ye lah, cakap dengan akak sekali tengok kereta dia dah tak ada". Sedih lah kononya. Bila disuruh keluar tak mahu.

"Lantak korang lah ehh tak faham aku". Kak Kay terus berjalan pergi ke dapur.

Bella dengan muka sedih memandang lantai. Tak dapat nak tengok Adam. Dah lah pergi tak cakap. Bella berkata kata didalam hati.

Demi menyedapkan hatinya sendiri dia kembali meninjau walaupun dia tahu Adam tak ada kat situ.

Terundur kebelakang dirinya apabila melihat Ayie sedang tersenyum didepan cermin dengan kepala senget ditambah pula dengan senyuman dan peace yang dibuat. Menyeramkan.

"Ayie!!?". Terpekik Bella dibuatnya.

"Kau buat apa hah. Melekut ditepi gantang mengenang nasib ke?". Ayie berkata sambil ketawa.

"Mana adalah". Bella membuka pintu

"Ada apa datang sini?". Tanya Bella.

"Tadi Ayie terserempak dengan Adam, dia kata nak cakap something time tu Ayie busy, Ayie cakap lah tunggu kat depan ni. Tapi dia tak tahu pun yang Ayie maksudkan tu rumah kak Kay. Kereta Ayie belakang kereta dia".

Ohh jadi dia bukan tunggu aku lah. Nasib aku tak keluar kalau tak, tak pasal pasal je. Alahai malu aku dibuatnya. Perasan betul kau Bella. Dia tak hairan lah kat kau.

"Dia nak tanya apa?".

"Sebab tu dia nak jumpa Ayie. Ayie pun tak tahu dia nak apa. Tapi Ayie nampak lah ada lah jin dok meminjau dari tingkap".

"Gatal jin tu kan". Kak Kay pula menyampuk. Bella hanya buat buat tak dengar. Kalau dia ketahuan oleh Ayie meninjau kat tingkap. Mesti Adam nampak dia jugak.

Adam Pov
Aku hendak berjumpa dengan Ayie dan seperti nya nasib aku baik. Kebetulan aku baru lepas pergi melawat Datin Maisarah dan ternampak kereta nya. Datin Maisarah nampak uzur sangat bila Alya dah meninggal.

BUKAN WANITA SIMPANAN(renew)Where stories live. Discover now