Cross Highschool. Sekolah yang biasa. Sekolah yang tak dikenali orang ramai. Sekolah yang terletak dalam hutan.
"Appa! Kenapa appa masukkan Eva ke sekolah tu?!" Herdik ku bila aku terima borang daripada appa.
"Appa terpaksa! Eva tak pernah dapat keputusan baik dekat sekolah Eva." Jawab appa aku sambil tunjuk semua keputusan aku dekat meja kerja dia.
Sekolah tu susah sangat. Yelah, sekolah elit mestilah semua pandai kan? Aku ni bukannya PANDAI sangat nak kalahkan bebudak elit tu.
"Dah! Appa taknak dengar Eva merungut lagi. Dah keluar bilik kerja appa." Halau appa aku. Aku genggam borang dalam tangan aku. Riak muka aku jadi gelap.
"Lagi satu, malam ni turun bilik sembahyang. Kita nak buat majlis penyucian rumah ni." Aku terus keluar dengan hempasan pintu.
Aku benci diorang. Majlis agama camtu lah aku benci. Huh, penyucian? Aku rasa rumah ni langsung tak suci. Kata je panggil paderi, palledin tah sume tu tapi masih gak kotor rumah ni. Kotor dengan dengki, dosa dengan fitnah.
"Omma, Eva keluar dulu!" Aku capai kot aku lalu aku terus keluar.
"EVA! Dah malam dah ni!" Aku abaikan panggilan omma aku.
Dengan langkah perlahan, aku menuju ke taman permainan. Buaian jadi kawan baik aku.
"Kenapa aku dilahirkan dalam keluarga yang alim?"
"Kenapa aku ada adik beradik yang alim semua? Aku tak suka!"
Orang kata dunia ni ada dua jenis dunia. Dunia yang cerah dan dunia yang gelap. Aku dilahirkan dalam dunia yang cerah. Tapi aku tak suka. Aku nak dilahirkan dalam dunia yang gelap. Orang tak akan pandang tinggi dan junjung aku hanya disebabkan aku berasal daripada keluarga yang dipanggil ahli clergy.
"Kalaulah aku dapat dilahirkan sebagai anak Satan kan bagus. Kalau tak pun Jin pun takpelah."
Tiba-tiba ada angin kuat menemani aku. Aku mula rasa seram sejuk. Tapi aku abaikan perasaan tu. Pada masa yang sama, ada satu pelepah burung warna hitam yang jatuh atas tangan aku.
"Pelepah hitam? Setahu aku takde burung gagak malam-malam ni." Aku pelik. Namun, aku suka sebab hitam tu menarik. Jadi aku simpan pelepah tu dalam poket baju aku.
"Menarik. Tak sangka kau manusia lemah tak takut dengan mainan aku."
Aku terkejut dengan suara tu. Siapa orang tu? Kenapa dia gelar aku manusia lemah sedangkan dia pun manusia? Aku terus mencari pemilik suara tu.
"Siapa kau? Tunjukkan diri kau." Kepala aku ditoleh ke belakang dan di pusing kiri kanan untuk mencari pemilik tu.
"Kau orang pertama yang puja aku."
Satan? Aku puja dia? Aku hanya berharap aku ni anak dia je. But... Baguslah. Sekurang-kurangnya ada jugak makhluk nak dengar aku. Tak macam orang tua kat rumah tu.
Dalam sekelip mata, buaian kosong sebelah aku dihayun laju.
"Kau boleh tak jadi kawan aku?" Aku tanya dia walaupun aku tak nampak dia.
"Kawan? Aku tak berminat dengan kawan. Aku hanya berminat dengan perjanjian."
Ah, aku lupa. Satan turun daripada syurga lepas Pencipta dia setuju dengan perjanjian dia. Sesatkan manusia. Itulah perjanjian dia.
"Okay, kau tolong aku. Dan aku bagi badan aku dekat kau. Kau boleh tinggal dalam badan aku." Aku senyum sinis bila idea gila aku tercetus.
Aku takkan lepaskan peluang ni.
"Menarik. Itu yang kau janjikan dekat aku?"
"Ya." Aku jawab serta merta.
Terus kawasan sekeliling aku jadi gelap. Aku langsung tak nampak apa-apa. Pasir taman permainan ni berubah warna darah. Apa yang menarik mata aku, ada lambang syaitan atas pasir tu.
"Aku akan tunaikan permintaan kau. Tapi kau kena buktikan kau akan bagi apa yang kau nyatakan tadi."
Aku ketawa kecil. Bukti? Senang je. Aku terus gigit pergelangan tangan aku sampai berdarah. Kemudian aku titiskan darah aku atas lambang tu.
"Itu bukti aku. Darah aku akan jadi bukti dan saksi perjanjian ni."
Aku pandang je darah aku yang mengalir dekat lambang tu. Bila dah sampai tengah tu, lambang tu menyala kuat. Aku tak dapat tahan dengan cahaya tu.
Aku pernah terbaca buku lama. Buku tu kata bila kau berpindah dimensi, kau akan mengalami perubahan keadaan. Yang semestinya kau akan pengsan. Dan itulah yang berlaku dekat diri aku.
"Semoga kau hidup selamanya, Eva. Adik aku akan hidup dalam badan kau."
.
.
.
.
.
.
.
.
"Aku ada dekat mana ni?" Aku tersedar daripada mimpi.
Siling coklat buat aku sedar yang aku berada dalam bilik aku. Mimpi tu... Aku harap tu nyata. Air mata yang mengalir peliknya, aku lapkan dengan tangan.
"Eva! Turun, kita nak pergi sekarang!" Suara omma dekat bawah buat aku terkejut. Lupa, aku masuk asrama harini.
Aku terus bersiap. Bag terlebih dahulu aku letak dekat luar bilik jadi oppa boleh ambik. Masa aku berdiri depan cermin, aku perasan ada lambang dekat leher aku. Mata aku pun lain.
Lambang syaitan dekat leher? Mata biru? Aku tersenyum.
"Terima kasih Lucifer sebab tolong aku." Ujar aku sambil tangan diletakkan di dada aku.
Semoga kau hidup bahagia dalam badan aku.
Atas sebab ada conflict, part ni telah di-edit dan diperbaiki.
YOU ARE READING
girl meets evil ⅰ•ⅱ
Fantasy❝Pertemuan kita adalah satu dosa yang besar❞ Mengisahkan tentang Eva, anak seorang clergy, yang tidak suka akan cara keluarganya hidup. Satu hari dia telah menjejak kaki ke dunia lain selepas dia membuat perjanjian dengan Satan. Di situlah mulanya k...