"Jin? Kau buat apa sini?" Aku terjumpa Jin dekat greenhouse sambil bagi anjing putih makan.
"Ah, aku tengah bagi Jjangu makan. By the way, cantik kau pakai baju sekolah." Puji Jin sementara dia bagi makan Jjangu.
"Aniya.. Jjangu anjing jenis poodle ke?" Aku join sekali cangkung ngan Jin.
"Yep. Diorang yang lain tu pun anjing poodle kecuali Yoongi. Anjing dia jenis lain." Yoongi? Sape lak Yoongi?
"Sape Yoongi?" Jin terus toleh kat aku.
"Dia ni ada 3 nama. Suga, Yoongi, Belphegor. Kau nak jumpa dia senang je. Dia ada dekat atas rumput, dalam kelas kosong, kelas music ngan bilik dia."
Oh Suga tu rupanya. Kaki tidur rupanya dia. Sebelum aku nak mengutuk Suga, kenapa Jin ni pakai kot doctor?
"Jin, kau bukan pelajar ke?"
"Ah! Aku doctor sekolah ni tapi aku jadi pelajar sementara nak isi masa kosong aku." Oh, patut ah dia pakai kot doctor. Tak sangka muka macam budak sekolah lagi.
"Malam ni kelas mana?" Jin terus lepaskan anjing dia main. Pastu dia duduk atas batu bata.
"Jhope kata sama kelas ngan dia."
"Bagus. Kita semua satu kelas. Nanti kitorang jemput kau kat dorm malam ni."
"Okay. Sekolah ni ada koku tak?"
"Koku?" Jin buat muka tak faham. Takkan diorang tak tahu?
"Aktiviti sukan?"
"Ah mestilah ada. Tapi---" Disebabkan aku beria-ria sangat, aku terus potong dia
"Contoh apa yang ada?"
"Berenang, memanah, rugby, larian, bola sepak and banyak lagi." Jawapan Jin buat aku makin beria nak daftar.
"Nak daftar kolam renang dekat mana?"
"Dekat kolam renang ah. Mana lagi kau nak daftar?"
"Gumawo." Aku terus pergi tanpa sebarang pengetahuan. Terus carik kolam.
Tapi aku tak sedar apa Jin jerit mungkin penting bagi aku.
"Kolam renang tu milik duyung! Kau kena hati-hati sebab diorang boleh hisap life energy kau sampai kau mati...."
•
•
•
Ini ke gym kolam renang? Pintu kaca gelap aku tolak dengan perlahan. Betul lah ni kolam renang. Dalam bilik tu, ada satu kolam renang besar yang dilengkapi dengan tempat terjun, gelongsor, air pancut, air terjun dan lampu sebagainya. Tak ketinggalan, ada orang yang tengah berenang dekat situ.
"Girls. Ada orang baru." Diorang semua pandang aku.
Aku dengan kekok nya berdiri depan diorang pastu tunduk.
"Saya nak daftar diri sebagai ahli. Ada kosong tak?"
Diorang pandang sesama sendiri. Kemudian senyum. Aku tak tahu apa maksud senyum tu.
"Sure boleh. Nama apa?" Tanya satu yeoja rambut warna pink. Mungkin dia pres sukan ni kot.
"Eva." Aku jawab tanpa ragu-ragu.
"Eva... Sini jap." Sorang lagi yeoja rambut warna biru panggil aku.
Aku pergilah dekat dia. Peliknya, kulit dia bersisik. Dia ada penyakit kulit ke?
"Tangan." Aku bagi tangan aku kat dia.
Time tu, pintu dibuka. Jimin yang masuk. Aku pelik dengan keadaan sekarang ni.
"Wo-wo! Miku no!" Jimin terus tolak tangan dia. Pastu Jimin geleng kepala kat aku.
"Oppa! Oppa ada pape ke dengan yeoja tu?" Tengking yeoja bernama Miku tu. Seram doh tengok muka dia.
"Dia wifey Jungkook. Jadi aku kena jaga dia." Balas Jimin. Eh, eh sejak bila aku jadi wife somebody nih?
"Alah, oppa please lah bawak someone ke sini. Kitorang lapar. Oppa kan Asmodeus, panggil lah namja ke sini." Ujar yeoja rambut pink tu sambil main jari Jimin. Urh, nak bagi kaki je aku nih.
Jimin lak tau-taulah, usya badan yeoja tu. Aigoo, laki suma sama. Tak kisah lah dunia ni ke dunia aku. Sama je perangai.
"Kejap oppa panggil fanboy oppa." Jimin pergi ke hujung dinding pastu dia macam baca sesuatu.
Tak lama kemudian, dalam 10 orang muncul secara tetiba dekat kolam renang tu. Jimin masa tu, muka macam kena rasuk. Mata dia dah berubah warna purple macam tu. Masa tu gak, laki suma tu warna mata diorang berubah warna purple. Kena rasuk ke apa aku tak tahu.
"Okay dah. Makan lah puas-puas." Ujar Jimin lepas tu. Aku pandang je apa yang terjadi.
Nyawa laki suma tu macam kena sedut. Lepas badan diorang jadi kering, dua yeoja tu tutup mata dan kemudian badan tu jadi angin. Aku respect ah. Senang je hilangkan bukti.
"Dah kenyang an?" Tanya Jimin dan diorang angguk tersenyum.
"Sekarang layan bebaik Eva ni. Kalau tak aku panggang korang dua jadi duyung panggang." Ugut Jimin tapi yang peliknya, diorang dua ni melt lak.
"Yeyeyeye.. Eva, aku Miku. Dia kembar aku, Mika." Aku angguk. Kang salam ada enegy aku kena sedut.
"Kitorang tak akan sentuh kau. Jadi kalau nak belajar boleh tapi kena jauh. Jimin oppa nanti boleh ajar kau secara detail."
Terus bulu roma aku berdiri tegak. Laki sentuh badan aku? No way... Aku toleh dekat Jimin. Dia smirk. Sah! Dia fikir byuntae sekarang. Tak guna aku menyesal sekarang. Sepatutnya aku menyesal awal-awal.
"Don't risau. Aku tak sentuh bahagian private kau." Aku terus pelangkung kepala dia.
Miku ngan Mika keluar suara terkejut. Aku pandang diorang dengan pandangan maut. Cepat diorang berenang dengan ekor duyung diorang.
"Wo, chill aku. Seplayboy aku, aku tak pernah tido ngan yeoja. Relax. Dunia kitorang lagi bersih daripada dunia korang." Ujar Jimin sambil pertahankan badan dia.
Yeah memang betul. Kalau kat dunia aku, playboy menuju ke seks. Kalau playboy je, memang dah takde virgin lagi. Relax je dia bagi badan dia dekat yeoja. Yang yeoja tu pun sama. Kang mengandung padan muka. Diorang bukan bertanggungjawab pun.
"Lama termenung dik?" Sindir Jimin. Aku terus kejar dia satu kawasan tu.
"Kalau Jungkook tahu ni, mati aku." Jimin buat aegyo mintak berhenti. Aku makin pelik ngan dia.
"Pahal lak?"
"Kau kan wifey dia. Mestilah dia mengamuk nanti. Nanti ada title keluar 'Amukan Jungkook'. Pastu api dia lagi. Wush, tak sanggup aku hadap." Aku buat pokerface.
"Ada aku kesah? Cincin pun takde, ada hati kata kawen. Tui!"
"Tak baik kata camtu. Nanti betul-betul ada cincin. Dunia kitorang ni banyak magic."
"Sini kau!" Hoho, naik angin aku cakap ngan dia ni.
Senyum muka punyalah baik. Mulut, wush lidah dia tajam mengalahkan pedang perang. Bisa dia lagi power daripada bahan kimia. Ehh, bomb nitrogen pun kalah ngan dia.

YOU ARE READING
girl meets evil ⅰ•ⅱ
Fantasía❝Pertemuan kita adalah satu dosa yang besar❞ Mengisahkan tentang Eva, anak seorang clergy, yang tidak suka akan cara keluarganya hidup. Satu hari dia telah menjejak kaki ke dunia lain selepas dia membuat perjanjian dengan Satan. Di situlah mulanya k...