Aku berdiri depan pintu apartment diorang. Aku rasa berdebar-debar bila dengar bunyi bising dari dalam.
"Masuk ah." Namjoon jemput aku masuk.
Aku masuk dan masa tu aku dengar tapak kaki bergerak laju menuju ke arah aku.
"EVAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!"
Pada masa yang sama, aku dipeluk dan didukung oleh seorang lelaki.
Aku tak dapat cakap pape sebab kotak suara aku dah diguna untuk nafas yang dipaksa oleh laki ni.
"EVVAAAAA, AKU RINDU KAU GILA WEH!!!" Jerit lelaki yang tengah dukung aku.
"Hoi Hoseok! Kau ni tak semenggah dukung pompuan camtu!" Datang lagi sorang laki pukul badan laki yang dukung aku ni.
Laki depan aku ni turunkan aku.
"Hah, kau mesti tak kenal aku. Aku Seokjin aka Jin aka worldwide handsome dan dilahirkan di Pulau Hand (Handsome)." Laki depan aku ni tetiba bagi flying kiss.
Aku cepat mengelak. Takut flying kiss dia tu mampu membunuh aku.
"I'm your Hopeu, I'm your angel. This is Jhope aka Hoseok." Laki yang dukung aku pun kenalkan diri dia.
Jin? Hoseok? Jhope?
"Aku macam familiar dengar nama korang."
Mungkin sebab ingatan baru ni kot.
"Namjoon, apa kata kita bawak dia Yoongi? Dia kan sekarang boleh share memori." Ujar laki yang bernama Jin sambil pegang tangan aku.
"Good idea hyung." Laki yang bernama Hope apa tah tetiba highfive ngan Jin ni macam idea Jin tu bernas sangat.
Aku tak paham skang ni.
"Er, apa korang cakap ni?" Aku bersuara lepas diorang excited sekejap.
Diorang 3 tu pandang aku. Taehyung aku tak tau dia menghilang ke mana.
"Kau nak ingat balik semua tak?" Pertanyaan Namjoon buat aku tertarik.
Aku angguk.
"Hyung, bawak dia jumpa Yoongi hyung." Ujar Namjoon.
"Jom Eva. Kita jumpa Napmon." Ajak Jin dan aku ikut.
Rasa bersalah lak bila diorang ni layan kau cam member sedangkan kau tak ingat apa-apa tentang diorang.
Jin masuk ke satu bilik yang pintu dia ukiran ‘SIN’
"Masuk ah Eva." Pelawa Jin dan aku masuk dengan rasa kekok.
Ni first time aku masuk bilik laki. Masa aku kat London, tak pernah aku jejak dalam bilik sesape.
"Yoongi ah!" Jerit Jin tetiba.
Aku yang berdiri depan pintu terkejut bila bilik yang kecik ni wujud separuh lagi bilik menjadikan dia sebuah bilik yang besar. Yang lawaknya, warna bilik dedua kontra. Cam ada pemisah. Bilik Jin warna putih. Bilik Yoongi kut warna hitam.
"Eva dah datang ke? Suruh... Huwaap~ dia datang sini ah." Muka aku berkerut.
Dia baru bangun ke apa tu?
"Kau pergi ah dekat dia. Aku kat sini." Ucap Jin dan aku ikut apa dia kata.
Aku jalan ke bahagian hitam dan aku ternampak satu lembaga duduk atas katil yang bercadar hitam.
"Lama dah kita tak jumpa an Eva? Sini, aku nak share segala memori aku dekat kau dan apa yang aku tau." Yoongi keluarkan tangan dia.
Aku terkejut tengok tangan dia yang separa manusia separa setan. Dari pergelangan tangan sampai jari bentuk setan.
YOU ARE READING
girl meets evil ⅰ•ⅱ
Fantasy❝Pertemuan kita adalah satu dosa yang besar❞ Mengisahkan tentang Eva, anak seorang clergy, yang tidak suka akan cara keluarganya hidup. Satu hari dia telah menjejak kaki ke dunia lain selepas dia membuat perjanjian dengan Satan. Di situlah mulanya k...