"Taeyong, boleh tak kalau aku tinggal kat Korea?"
Pisau di tangan Taeyong terjatuh. Kemudian dia pandang aku.
"Kenapa kau nak balik Korea pulak? Kau nak kembali kepada hidup normal ke?" Tanya Taeyong terkedu.
Aku geleng sambil senyum.
"Aku nak carik ingatan aku yang hilang tu. Lagi satu, aku nak carik siapa yang bagi aku gelang kaki ni." Jawab aku pastu aku sentuh gelang kaki tu.
Rasanya siapa dia eh?
"Okay, aku takleh paksa kau. Tapi sebelum tu aku ada satu syarat."
"Apa dia?"
Taeyong berdiri kemudian dia bagi aku satu gambar laki. Eh jap, ni bukan presiden...?
"Kenapa kau bagi aku gambar ni? Kau nak aku support dia ke?" Taeyong ketawa. Cepat-cepat dia geleng.
"Takdelah. Aku nak kau bunuh dia."
Aku tercengang. Dia nak aku bunuh presiden?
"Kau buat lawak apa der?"
Taeyong kekal siyes. Jap siyes ah dia nak presiden tu mati?
"Aku nak kau senyapkan dia sebelum dia senyapkan dunia." Ujar Taeyong.
Aku senyap sekejap. Kalau aku bunuh dia melalui penyakit boleh jugak an?
"Kalau aku bunuh dia melalui penyakit yang takleh sembuh?"
"Dipersilakan. Aku tak kisah kau bunuh dia guna cara apa pun, janji dia mati."
"Okay. Aku gi dulu eh." Aku keluar daripada bilik dia.
Gambar presiden ditenung. Aku nak ajak siapa eh? Ah apa kata aku ajak Taeil? Dia an boleh menyamar.
"Taeil ah!!!" Aku jerit sekuat hati.
Maklumlah nak carik dia memang payah.
"MENDE?!"
Hehe sampai pun dia.
"Teman aku gi memburu. Kau an boleh menyamar jadi orang lain." Taeil jeling aku.
"Haha. Pergi ah sendiri. Aku busy tau tak?" Ucap Taeil sambil goyang badan dia.
Ei dia ingat dia ni apa? Sotong? Diva?
"Eh kau takyah nak menipu. Dah jom gi USA." Aku terus tarik tangan dia.
Dengan paksaan, aku berjaya bawak dia teleport ke bangunan yang terdekat dengan White House. Situ aku dengan Taeil bersembunyi.
"Kau nak dia sorang je ke? Pahal tak semua je?" Tanya Taeil sambil perhati gambar yang Taeyong bagi tadi.
"Dah tu Taeyong suruh sebelum aku balik Korea. Aku ikut jelah."
"Kau nak balik Korea? Pahal lak?"
"Alah ada hal ah. So kau nak bunuh sape?"
"Alah bunuh ah semua senang cita."
Aku tenung muka dia. Dia cakap senang ah. Aku ni yang kena plan macam nak bunuh presiden tu.
"Dah kau gi nyamar pastu masuk. Nanti kau send location kau through telepathy." Aku tolak dia sampai dia terjatuh daripada bangunan.
Taeil jeling aku lepas dia landing dengan eloknya dekat tanah. Sekejap tu, rupa paras dia dah berubah jadi presiden yang dibenci orang ramai.
Taeil jalan cam biasa menuju ke White House. Penjaga tanaman tu pun tak sedar identiti sebenar Taeil. Aku terasa bangga lak bila Taeil menjerit cam orang gila dalam telepathy.
YOU ARE READING
girl meets evil ⅰ•ⅱ
Fantasy❝Pertemuan kita adalah satu dosa yang besar❞ Mengisahkan tentang Eva, anak seorang clergy, yang tidak suka akan cara keluarganya hidup. Satu hari dia telah menjejak kaki ke dunia lain selepas dia membuat perjanjian dengan Satan. Di situlah mulanya k...