2108, 22 Sept : JK
Seratus tahun telah pun berlalu. Aku dan hyung telah berpindah ke Hawaii untuk meneruskan kehidupan. Dunia Bangtan kami tamatkan dan kini hidup sebagai setan yang bertopengkan manusia.
Eva? Keadaan dia semakin baik. Kadang-kadang lambang yang ada di badan dia menyala. Aku tau itu petanda yang baik sebab aku ingat apa yang abang dia kata. Terima kasih kepada Jin hyung sebab beri idea yang bernas.
Kehidupan di Hawaii biasa-biasa sahaja. Hyung aku semua enjoy hidup di sini. Mungkin disebabkan Hawaii merupakan pulau jadi banyak setan-setan yang lalu. Hyung mudah berinterasksi dengan setan yang melintasi pulau ni.
"Jungkook-ah, kau teman Jimin ngan Taehyung gi supermarket."
Aku terus tutup journal aku dan keluar dari bilik. Jin hyung sedang menyediakan makanan.
90 tahun lalu, kitorang semua latih diri untuk terima makanan manusia. Walaupun terpaksa muntahkan balik dan makan lagi sekali, itulah apa yang patut kitorang buat. Dan akhirnya berjaya.
"V hyung, Jimin mana?" Aku tanya V hyung yang tengah bermain dengan anjing hitamnya, Yeontan.
"Belakang kau. Tengah cekak pinggang ngan piercing yang banyak." Jawab V hyung tanpa pusing kepala dia.
Aku terus pusing kepala aku dan nampak Jimin hyung berdiri belakang aku dengan pandangan tajam.
"Hai Kook-ah, jom kita pergi sekarang?" Tanya hyung dengan senyuman lebar tapi mata dia terbeliak pandang aku.
Mampus.
JIN
Aku tersenyum tengok bebudak tiga ekor tu berbaik. Sebelum Eva hibernate, Taehyung sanggup melutut dekat aku untuk putarkan memory dia sampai dia menangis air mata hitam. Aku terkedu dengan dia. Paling teruk, dia puasa sampai pengsan.
Jimin, aku berterima kasih sebab dia akhirnya terima kenyataan. Dia terima yang dialah punca yang lain bahagia. Jimin dilepaskan daripada penjara 10 tahun kemudian. Aku dan lain sambut Jimin dengan meriah.
Jungkook, aku tak perlu cakap ah. Dia menanti kehadiran Eva sampaikan dia korbankan diri. Cukuplah sekali, muka dia hampir terdedah dekat surat khabar dengan sayap hitam, mata menyala, kulit kelabu menyala dan gigi taring.
"Hyung, aku tetiba dapat rasa aura kuat ah dekat kawasan ni." Ujar Namjoon yang baru keluar dari bilik dia.
"Maksud kau?" Tangan aku terus berhenti potong sayur sawi.
"Aku pun tak tau tapi aku rasa ada something yang kuat akan datang." Jelas Namjoon dan aku angguk faham.
"Just prepare diri kau. Petanda tu mungkin baik dan mungkin tak baik. Just ready je."
Aku teruskan aktiviti aku sambil tunggu tiga ekor tu balik. Namjoon masuk ke dalam bilik dia untuk teruskan aktiviti dia.
Hidup di Hawaii takdelah bosan sangat sebab orang banyak tak kenal kau. Tapi untuk masuk Korea balik, kena ada identiti baru. Dan semestinya, tak boleh menonjol sangat melainkan nak sambung kerjaya sebagai artis.
Lepastu, aku potong bawang dan hiris dia nipis-nipis.
Yoongi dan Hoseok kerjasama buat satu cawangan bernama SOPE. Pekerjanya kebanyakannya setan untuk jaga identiti diorang tapi ada je manusia. Shift manusia pagi jelah nak elak bertembung. Diorang ni buat semua benda. Kekadang buat lagu, pastu baju lak pastu penggambaran lak. Banyak ah diorang buat.
Tetiba badan aku terima satu kejutan elektrik sampaikan badan aku menggigil buat seketika.
Aku abaikan perasaan tu dan teruskan kerja. Masa aku potong bawang tu, aku terdengar pintu dibuka. Namjoon ke keluar?

YOU ARE READING
girl meets evil ⅰ•ⅱ
Fantasy❝Pertemuan kita adalah satu dosa yang besar❞ Mengisahkan tentang Eva, anak seorang clergy, yang tidak suka akan cara keluarganya hidup. Satu hari dia telah menjejak kaki ke dunia lain selepas dia membuat perjanjian dengan Satan. Di situlah mulanya k...