¶ Jaehyun's POV
'BEEP... BEEP... BEEP'
Aku terkejut bila mesin yang disambung dekat Eva berbunyi. Aku berhentikan aktiviti aku pastu aku berdiri depan dia.
"Kau dah sedar ke?"
Aku tengok balik mesin tadi tu. Garisan yang naik turun tadi tu kembali asal. Garisan yang statik tanpa sebarang pergerakan. Aku pandang balik dekat Eva.
Tetiba aku rasa excited. Awal aku jumpa dia tak sedarkan diri dan rupa dia lain. Dulu dia nampak macam manusia lemah yang aku selalu bunuh tapi sekarang, dia lain gegila. Aku dapat rasakan aura dia lagi berbahaya daripada Satan.
"Hyung." Aku toleh ke belakang.
Mark datang dengan langkah perlahan.
"Kalau Jungkook hyung datang ambik Eva noona takpe ke?" Tanya Mark dengan nada suara risau.
Aku tersenyum. Mesti dia fikir aku suka Eva.
"Hyung hanya jaga dia Mark. Lagipun hyung mana ada suka Eva." Aku jawab tapi budak ni bagi muka tak caya kat aku.
"By the way hyung, jom memain ngan manusia nak? Sekarang kan banyak satan worshipper so jom?" Ajak Mark dengan excited.
Aku bagi muka seposen dekat dia. Kecik-kecik dah suka menakutkan orang. Nasib baik adik-adik dia yang lain tu half manusia yang diubah DNA. Kalau 100% manusia, mahu dibuli diorang.
"Okay.. Mark nak gi mana?"
Mark ketawa jahat. Aku jungkit kening.
"Asylum yang terbiar tu. Kan banyak activity kat sana." Jawab Mark dan aku hanya mampu senyum. Senyum paksa.
Aku toleh pandang Eva buat kali terakhir. Aku harap sangat dia sedar secepat mungkin. Aku taknak bangunan ni diceroboh manusia. Bangunan ni bila-bila masa boleh dibeli dan dijadikan apartment atau company. Itu yang aku risau.
Aku ikut Mark teleport ke tempat dia nak tu. Asylum yang dia cakap tu memang tempat pemujaan berlaku. Banyak orang kata kalau kau pergi sana, kau boleh mati. Sebenarnya apa diorang cakap tu betul. Kitorang akan pastikan nyawa pemuja tu terancam untuk pastikan dia tak kacau kitorang lagi.
Sampai je situ, aku dengan Mark terus guna kuasa kitorang yang baru belajar, invisibility. Aku dengan Mark duduk dekat atas tugu perkuburan sambil tunggu mangsa.
"You know what, diorang selalunya datang sini pukul 245 pagi and buat ritual tu kol 3 pagi." Ujar Mark teruja. Aku hanya angguk je.
Mark teruja sebab kemampuan dia untuk hasut orang buat kejahatan tu tinggi. Jangan pelik ah kalau tetiba kawan baik boleh membunuh sama sendiri. Aku pun sama ngan dia tapi aku hanya kawal perasaan diorang dengan tingkah laku diorang.
Tetiba Mark tepuk lengan aku berkali-kali. Pada masa yang sama, aku nampak lampu samar-samar jalan menuju ke arah kitorang.
"Diorang ke?" Aku tanya tapi Mark abaikan aku.
Kesan apabila budak teruja. Nasib baik Chenle tak join. Kalau dia join, ada dolphin sesat sini.
Sekumpulan manusia berhenti depan kitorang. Semuanya berpakaian hitam. Diorang letak satu papan coklat atas tanah. Mark jungkit kaki dia untuk tengok apa benda yang diletak tu.
YOU ARE READING
girl meets evil ⅰ•ⅱ
Fantasía❝Pertemuan kita adalah satu dosa yang besar❞ Mengisahkan tentang Eva, anak seorang clergy, yang tidak suka akan cara keluarganya hidup. Satu hari dia telah menjejak kaki ke dunia lain selepas dia membuat perjanjian dengan Satan. Di situlah mulanya k...