KEPADA SQUAD "THREE PRINCESS" AYE SNGAJA UPDATE BECAUSE NAK KACAU BEAUTY SLEEPING YALL😂😂😂😘😘
••
••
Keluarga aku semua sedih bila aku dah pun secara rasminya didaftar sebagai pelajar dan residen dekat sekolah Cross ni.
"Ingat apa appa pesan."
"Ingat Tuhan, jangan buat perangai."
"Rantai salib tu jangan nak bukak pulak. Itu sebagai keselamatan."
Pesanan diorang buat aku menyampah. Hidup aku, sekati aku lah nak hidup. Rantai salib ni sekarang tak dikira sebagai alat suci. Tapi lebih kepada fashion.
"Eva, masuk dulu. Bye." Aku terus pergi lepas tunduk hormat. Sempat aku toleh belakang.
Diorang sibuk berdoa. Aku dah agak dah. Mohon sekolah ni tak se-alim diorang tu. Kalau tak, gila aku kena menyamar alim.
"Hey Lucifer. Aku dah bebas daripada keluarga aku." Bisik aku senyap-senyap. Ada orang label aku gila nanti bila diorang nampak aku cakap sesorang.
"Bagus. Aku taklah seksa sangat dengar bacaan diorang tu."
"Aku pun panas telinga dengar diorang baca. 24 jam menghadap bible. Bosan aku pandang benda tu."
Aku terus berjalan masuk lebih dalam ke bangunan sekolah. Sunyi je sekolah ni. Masa aku dekat lobby, satu patung bersayap ni tarik perhatian aku.
"Icarus? Lucifer, kau kenal ke dia?" Aku macam pernah dengar nama dia masa aku baca buku agama dulu.
"Icarus. Dia manusia biasa macam kau tapi dia perasan. Dia fikir dia tu malaikat. Sayap dia pakai tu sebenarnya sayap yang dibuat daripada lilin dan wax."
Betullah apa aku baca tu. Dia mati sebab lemas. Tapi kenapa patung dia ada sini?
"Patung dia ada sini sebab dia dihidupkan oleh pengetua sekolah ni."
Dihidupkan? Kejap, pengetua sekolah ni hidupkan orang mati?
"Haksaeng!" Aku terkejut bila ada orang tegur aku daripada belakang.
Aku terus pusing belakang. Ada sorang namja rambut merah berdiri sambil cekak pinggang. Deras darah aku mengalir bila aku dapat rasakan aura dia yang menakutkan tu.
"Pelajar baru?" Dia tanya. Aku angguk.
"Eva?" Aku angguk lagi sekali.
"Hah, menarik. Kau buat apa sini?" Dia tanya lagi.
"Saya nak carik jalan untuk ke dorm." Aku jawab dengan berhati-hati. Yeoja tu berjalan mendekati aku.
"Ikut aku." Oh God! Terima kasih. Nasib baik dia tolong aku.
Aku ikut namja tu daripada belakang. Apa yang aku terkejut ialah dia takde bayang-bayang. Setiap kali dia lalu tempat terang, langsung takde bayang-bayang terhasil.

YOU ARE READING
girl meets evil ⅰ•ⅱ
Fantasy❝Pertemuan kita adalah satu dosa yang besar❞ Mengisahkan tentang Eva, anak seorang clergy, yang tidak suka akan cara keluarganya hidup. Satu hari dia telah menjejak kaki ke dunia lain selepas dia membuat perjanjian dengan Satan. Di situlah mulanya k...