[ JIN POV ]
"HYUNG! HYUNG! HYUNG!"
Suara Jungkook menjerit membuatkan aku rasa bersalah. Sejak kebelakangan ni, Jungkook mula menjerit seakan dia dalam kesakitan.
"Jin hyung, Jimin buat hal." Ujar Namjoon sambil bawa epal yang dah pun digigit.
Epal tu merupakan lambang yang digunakan untuk pengorbanan.
Aku mintak maaf, Jimin. Aku terpaksa korbankan kau sebab kau adalah yang paling kuat daripada diorang lain. Aku taknak Taehyung ulang balik kesilapan dia. Aku taknak Jungkook mati dengan bisikan minda dia. Aku nak dia dengan Eva bersama.
"Dia dekat mana?"
"Dekat sana dengan Eva. Aku rasa dia nak bunuh Eva." Jawab Yoongi sambil main dengan pemetik api.
"Hobie, leh tak pergi carik Jimin? Aku takut Jimin buat kerja gila."
Kalau Jimin apa-apakan Eva, peratus Eva untuk hibernate tinggi. Hibernate yang dimaksudkan aku bukan macam selalu setan buat tapi hibernate ni seakan kau mati. Kau takkan sedar melainkan roh kau kuat untuk sedarkan jasad badan kau.
Jungkook akan dapat tempias dia di mana Jungkook akan dipengaruhi dengan suara jahat untuk paksa dia tunjukkan diri sebenar dia dekat manusia. Ini benda paling aku nak elak sebab merosakkan nama BTS yang dibina oleh sekumpulan manusia sekaligus mendedahkan identiti setan yang sepatutnya tak patut diketahui.
"Hyung, Eva dah keluarkan kuasa dia." Ucap Yoongi tetiba.
Ayat yang dikeluarkan oleh Yoongi buat aku terkedu. Kenapa Eva? Kenapa kau membahayakan diri kau? Kenapa kau sengaja menipiskan benang tu sedangkan kau tau hasil dia?
[ EVA POV ]
Badan aku mula menyerang aku. Rasa letih dan pening menghalang aku daripada berlawan dengan baik.
"Aku ingatkan pewaris Astaroth ni kuat. Heh, takde lah kuat sangat." Kata sinis Hyunmo buat aku rasa geram.
Tak kuat? Kau nak aku keluarkan kuasa sebenar aku ke?
Tetiba aku nampak bayangan separuh kuda dan separuh manusia belakang Hyunmo dan Jinhyun.
"Hobie?"
Aku salah tengok ke ni? Hoseok ke belakang diorang?
"Eva!!"
Aku tersentak bila nama aku dijerit. Tanpa disangka, satu tusukan dikenakan di perut aku. Sebagai refleks, aku terus pusingkan badan aku dan lompat atas bahu ahli SW. Kemudian, aku pegang kepala dia lalu dicabutkan daripada badan dia. Walaupun susah tapi kuku aku memudahkan kerja memutuskan kulit dia.
"Aloh, sian dia kena tusuk ngan pisau." Ujar Jinhyun sinis.
"Patut ke kita serang dia sekarang?" Ujar Hyunmo dengan ketawa.
Aku terus lompat ke belakang diorang dan tusuk badan diorang dengan tangan aku. Kemudian aku lompat balik ke mayat ahli dia untuk ambik jantung dia.
Aku keluarkan jantung dia dan dimamah. Sekarang ni aku hanya perlu makan untuk sembuhkan balik badan aku yang luka.
"Kau siapa?! LEPASKAN AKU LAH!" Jeritan Hyunmo buat aku berhenti sekejap dan rintihan Jinhyun buat aku tersenyum jahat.
Hoseok memang... Haih, dia sentiasa tolong aku kalau dia nampak peluang tu.
Aku masukkan cebisan jantung yang terakhir ke dalam mulut dan ditelan.
"Kau tu dahlah cedera, makan lagi jantung manusia yang dah diubah. Mana nak sembuh?" Tegur Hoseok dengan suara sebenar dia.

YOU ARE READING
girl meets evil ⅰ•ⅱ
Fantasy❝Pertemuan kita adalah satu dosa yang besar❞ Mengisahkan tentang Eva, anak seorang clergy, yang tidak suka akan cara keluarganya hidup. Satu hari dia telah menjejak kaki ke dunia lain selepas dia membuat perjanjian dengan Satan. Di situlah mulanya k...