2118, 26 Aug : EVA
10 tahun dah berlalu dan Jeongsan bersama Jeongmin telah dikurniakan. Kedua-duanya masing-masing berumur 8 tahun dan 7 tahun. Tapi, kuasa diorang dah mula menonjol pada umur yang muda.
Jeongsan lebih mengikutkan Jungkook. Tapi rupa fizikal dia merupakan campuran antara aku dan Jungkook. Sama jugak dengan Jeongmin. Walaupun dia ikut aku tapi rupa fizikal bercampur.
Jeongsan masa kecik mata secara semula jadi warna coklat terang tapi bila dia membesar mata kiri dia mula berubah menjadi merah gelap. Jeongmin pulak lahir mata warna hazel pastu bila membesar mata kanan dia bertukar warna kelabu.
"Ommaaa!!! San-i amek kita punya mainan!!" Suara Jeongmin membuatkan aku berhenti menulis journal dan aku terus keluar dari bilik dan turun menuruni anak tangga.
Aku nampak Jeongsan dan Jeongmin di tengah-tengah ruang tamu. San pulak jeling adik dia. Haih, bebudak nih.
Masa aku turun tu, aku perasan warna mata San berubah dan aku nampak perubahan aura di sekeliling badan dia."Takkan ah?" Dengan cepat, aku masuk campur antara diorang.
"San, mintak maaf dengan Min sekarang." Aku tenung mata Jeongsan dan aku nampak perubahan warna mata dia dan kulit dia.
Betul tekaan aku. Jeongsan tengah terima kuasa dia. Patut ah lain macam sekarang ni. Manja dia nak makan daging mentah mengalahkan Jin yang kaki makan tuh.
"Tapi Min-i yang mula dulu!" Jawab San dengan muka tahan menangis.
Aku sengih je. Aku pun tarik tangan Jeongmin dan Jeongsan supaya diorang berpegang tangan.
"San sebagai abang kena jadi contoh yang baik dekat Min. Tengok macam appa dengan pakcik. Walaupun appa paling muda yang jenis mangkau, pakcik semua jaga dia baik. Diorang abaikan apa appa buat."
Jungkook tu je ah contoh paling terbaik aku nak bagi. Dia je yang jenis membuli orang yang lebih tua. Mungkin sebab Jin ngan Jimin ada. Diorang marah lain macam. Muka je nampak baik. Marah diorang semua terdiam.
"Omma, kenapa mata San rasa gatal?" Tanya Jeongsan sambil gosok mata dia.
Aku terus capai tangan dia untuk elak daripada gosok mata dia.
"Tu sebab keluarga kita special. Kita ada kuasa dan kelebihan tertentu. San dengan Min pun ada kuasa. Tapi San, tak lama lagi San akan ada kuasa." Aku jelaskan dekat diorang dua.
Jeongsan pun dah tepuk tangan gembira. Jeongmin tunjuk muka sedih.
"Tapi omma, Min pun nak jugak kuasa. Mana adil San sorang je dapat!" Ucap Min dengan muka sedih.
"Alololo, Min pun dapat jugak tapi belum sampai masanya. Mana tahu bulan masa birthday nanti dapat kuasa? San mungkin dapat kuasa dia sebab tak lama lagi birthday dia."
Min akhirnya tersenyum. Hoho, berjaya aku jugak pujuk dia ni. Selalu punya ah susah.
"Nanti sekolah, jangan tunjuk warna mata camni tau. Omma dah ajar kan cara tukar warna mata? Cuba tunjuk sikit." Diorang dua terus pejam mata dan bukak mata dengan warna mata coklat.
"Good job. Dah gi main." Aku usap kepala diorang sebelum benarkan diorang main semula.
Masalahnya mana si biskut ni? Tadi gitau nak bawak bebudak gi sekolah. Dah nak kol 8 pagi dah ni.
'Jinjin, Jungkook manoi? Pahal dia tak balik lagi?' Aku hantar telepathy dekat Jin sebab netau Jungkook melepak kat rumah Jin.
'Dia takde kat sini. Kau nak aku tolong pape ke?'
Aku pandang bebudak yang tengah main sebijik cam star wars punya pedang.
'Tolong aku hantar diorang gi sekolah. Bapak diorang ni menghilang jadi aku tak mampu nak lagak cam manusia.'
YOU ARE READING
girl meets evil ⅰ•ⅱ
Fantasy❝Pertemuan kita adalah satu dosa yang besar❞ Mengisahkan tentang Eva, anak seorang clergy, yang tidak suka akan cara keluarganya hidup. Satu hari dia telah menjejak kaki ke dunia lain selepas dia membuat perjanjian dengan Satan. Di situlah mulanya k...