Sekarang aku dekat sekolah ditemani DabDab dan Jungkook tapi dah hilang dari radar. Suga? Dia elak daripada aku. Mungkin dia masih marah kut tentang insiden semalam. Yang lain? Okay je.
Cuma itulah... Berita angin tentang aku tersebar.
"Eva, kau bukan manusia eh? Aku dengar kau adik beradik kepada organisasi dekat dunia manusia. So kau setan lah macan kitorang?"
"Eva, jom join kitorang."
Aku dah pening dengan apa yang berlaku sekarang. Masa tu jugak Rapmon tetiba tampar meja aku dengan muka fed up. Dia marah kat aku ke?
"Awak semua duduk dekat tempat awak sendiri. Saya sekarang sebagai seorang cikgu jadi sila akur. Ye?" Rapmon tenung je aku.
Duh, aku rasa bersalah lak.
"Mianhae." Ucap Rapmon dalam berbisik.
"Hah?"
"Aku wakil 6 yang lain nak cakap mianhae sebab paksa kau terlibat dalam benda ni." Tambah Rapmon dengan bersalah.
"Kwaenchana, dahnak terjadi kan? Orang kata itu takdir." Aku jawab dengan senyuman.
"Cikgu! Mana adil dia boleh berbual! Kitorang ni duduk macam tunggul! Ini tidak adil! Saya ingin bantah!" Ujar ada budak kat belakang tu.
Ergh, dia ni takde adab ke?
"Kau nak bantah eh? Kau nak bantah cikgu ke ketua pengawas? Ketua pengawas kureng sikit hukuman dia. Pilih sekarang." Ugut Rapmon. Wush, seram siak.
Rapmon yang aku selalu tengok senyum, sekarang muka tegang je."Saya cancel je lah. Cikgu leh sambung berbual eh? Saya nak tido dulu."
Apakah? Tadi bukan main lagi tunjuk taring?
"Okay Eva, lepas ni sambung lagi." Rapmon pergi dengan senyuman lembut. Apahal aku rasa lain macam hah?
Rapmon sorang je aku nampak. Lain batang hidung pun tak nampak. Mana yang lain? Dabdab? Jangan kata batang hidung, dab dia pun tak dijumpai.
"Hari ni saya akan mulakan 'tazkirah' kita iaitu dunia manusia, dunia kejahatan."
Siapa lah bertanggungjawab buat tajuk tu? Aku nak sembelih dia pepuas. Tajuk dah ah pelik, dilabel tazkirah lak tu!
"Dunia manusia ni... Kalau ikutkan lagi berbahaya." Ujar Rapmon selaku penceramah harini.
Dunia manusia lagi bahaya? Disebabkan manusia sendiri ke? Kadang-kadang manusia ni dajjal dia lagi kuat daripada setan.
"Dunia manusia ada jugak species kita dan diorang lagi kuat."
Hmm?
"Kenapa cikgu?"
"Sebab makanan diorang semuanya benda yang fresh dan darah yang diorang minum, darah manusia yang buat dosa dan yang tak berdosa."
Bukan ke diorang sini pun sama? Apa yang bahayanya?
"Bukan kita sama je ke cikgu?"
Thanks member. Kau mengeluarkan apa yang aku fikir.
”Tak. Apa yang sekolah ni sedia sebenarnya daging binatang atau daging manusia yang dah mati. Saya mintak maaf bagi vampire tapi darah yang awak minum ialah darah binatang."
YOU ARE READING
girl meets evil ⅰ•ⅱ
Fantasy❝Pertemuan kita adalah satu dosa yang besar❞ Mengisahkan tentang Eva, anak seorang clergy, yang tidak suka akan cara keluarganya hidup. Satu hari dia telah menjejak kaki ke dunia lain selepas dia membuat perjanjian dengan Satan. Di situlah mulanya k...