BAB 7

23.6K 1.1K 14
                                    

Semua pelajar Al-Majeed High School diarahkan untuk berkumpul di dewan dulu sebelum berpecah pergi kelab masing-masing kerana pengetua Al-Majeed School akan memberi ucapan sedikit. Dan juga ceramah untuk pelajar tingkatan 1 dan transfer student yang baru masuk tahun ni.

Alyssa mula tak duduk diam. Adoi!....lama lagi ke perhimpunan ni. Penat aku berdiri ni. Belum bersukan apa pun dah penat sebab berdiri lama. Apalah pengetua ni. Kata bagi sedikit ucapan. Tapi ucapan nya punya panjang lebar.

Alyssa mengurut lutut nya yang lenguh. 

"baru berdiri sekejap....dah penat?" Tersentak Alyssa. Dia memandang kearah orang yang tegur nya.

Adrian!?

"Terkejut aku.....lain kali bagi salam dulu. Ni tak...main sergah orang. By the way...ni bukan sekejap je berdiri.....dah lama ok. Dah lah berdiri lama lepas tu beri ceramah yang membuatkan student tidur. Memang borin lah." Alyssa merungut.

Adrian ketawa. Alyssa dah buat muka pelik. Aku ada buat lawak ke sampai dia ketawa ni.

"yang kau datang sini...buat apa? Asal tak join dengan geng kau?" tanya Alyssa dengan selamba.

Adrian menghulurkan kotak chocolate ferrero rocher kepada Alyssa.

"what this?" tanya Alyssa dengan pelik. Adrian diam seketika.

"tanda maaf aku kat kau." kata Adrian dengan muka cool nya.

"for what?" tanya Alyssa lagi. Bodoh betul Alyssa ni. Dah terang-terang dia nak minta maaf ikhlas pasal hari tu. Manalah aku tahu!

"untuk hari tu." balas Adrian dengan ringkas.

"bukan ke kau dah minta maaf hari tu. Itu dah ok bagi aku. Tak payah nak bagi chocolate bagai. Nanti orang lain ingat kau tengah confess aku." Alyssa memandang sekeliling dia. Takut ada yang salah faham. Fuh!...nasib baik semua tengah fokus kat depan.

"ambil jelah.....aku nak minta maaf dengan ikhlas..."kata Adrian lagi. Alyssa senyum melihat cara Adrian.

Adrian ni walaupun nampak ego, lelaki beku, cool pulak tu tapi comel jugak dia ni.

Alyssa mengambil kotak coklat tu, dia mengeluarkan satu coklat ferrero rocher. kemudian dia bagi kotak coklat tu kepada Adrian balik.

Adrian pelik dengan perbuatan Alyssa.

"bagi coklat ni kat geng kau sekali...jangan lupa bagi kat Hanis sekali. Kau pun makan jugak! Ada faham?" arah Alyssa. Dia mengukir senyuman manis.

Terkedu Adrian melihat senyuman Alyssa lalu dia alih pandangan ke tempat lain.

"Aku dah makan banyak coklat ni sebab tu aku bagi kat kau." Adrian pergi dari situ. Alyssa ketawa kecil. Comel betul Adrian. Ego je lebih. Haih.

Semua pelajar pergi kelab masing-masing. Tinggal pelajar tingkatan satu dan transfer srudent. Rasanya, aku sorang je transfer student. Hanis dah pergi kelab bola baling. Dia kan pengerusi kelab tu.

"baiklah student....semua dah dapat kad koko warna biru kan. So....kita akan pergi setiap kelab yang ada dalam sekolah ni untuk bantu awak semua nak pilih kelab apa." jelas Sir Ryan.

Sir Ryan ni cikgu subjek inggeris dan sejarah dalam kelas aku. Sangat kacak dan badan sado. Masih single lagi. Ramai peminat.

Alyssa melihat kad koko biru ditangan nya.

Hmmm....kalau kelab sukan dan permainan aku pilih bola baling. Itu pun atas permintaan Hanis. So....aku accept ajelah. 

Badan uniform dan kelab persatuan tak pasti lagi. Tengok dulu lah.

7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now