BAB 38

14.7K 791 71
                                        

Alyssa dan Hanis menunggu ketibaan geng prince charming. Mereka mengadakan kem di tempat ayah Farhan. Kem Golden Forest. Tiga hari dan dua malam mereka akan berada di sana. "Weh, betul ke aku kena ikut ni? Aku dah lah tak ingat diorang." Alyssa mengeluarkan keluhan kecil.

Hanis padang tajam ke arah Alyssa. "Kau kan dah janji nak jumpa diorang. Lagipun, dulu diorang pernah mengaku suka kat kau. So, kau kena lah balas balik diorang punya perasaan. Dan bagitahu diorang apa yang kau rasakan. Tahu tak betapa kecewa nya geng prince charming bila tahu kau dah bertunang." bebel Hanis panjang lebar.

Alyssa sekadar angguk kecil. Abang Danish ada pernah cerita yang sebelum aku hilang ingatan, aku rapat dengan geng prince charming. Tapi, serious aku tak ingat langsung diorang. Abang Danish pun aku tak ingat. Hairi dan Hanis pun sama. Haih. Yang aku ingat adalah nama aku je. Keluarga aku pun aku ingat. Apalah nasib aku ni.

Pin! Pin!

Bunyi kereta menyedarkan kami berdua. Hanis bergegas bangun melihat di tingkap. "Lyssa diorang dah sampai. Jom." Alyssa dan Hanis keluar dari rumah. Kelihatan ada dua buah kereta berada di depan rumah Hanis. Satu kereta Alphard warna putih. Satu lagi kereta Estima warna ungu.

 Satu lagi kereta Estima warna ungu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Setelah semua geng prince charming keluar dari kereta tersebut, Alyssa menyorok di belakang Hanis

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Setelah semua geng prince charming keluar dari kereta tersebut, Alyssa menyorok di belakang Hanis. Rasa segan nak mengadap diorang. "Hi Alyssa. Remember us?" sapa Helmi dengan mesra. Aduh! asal diorang kacak sangat ni. Tapi, tunang aku lagi kacak. Hehe.

Alyssa menggeleng kepala di belakang Hanis. Masih malu lagi. Sebab apa? Sebab geng prince charming tenung dia macam nak telan dia hidup-hidup. Yelah, dah dua tahun tak jumpa. Last kitaorang jumpa masa dia koma. 

"Alah, Lyssa jangan malu sangat dengan kitaorang. Kau pun pernah bergurau senda dengan kitaorang." tegur Reyhan. Rasa comel pula bila tengok Alyssa malu, Cute nya. Tapi, Sayang dia dah bertunang. Untung nya Danish.

"Okay guys. Bagilah ruang dia untuk biasa kan diri dengan korang. Jangan main pakai serbu je. Kau menakutkan dia." Hanis menolak Reyhan dan Helmi jauh dari Alyssa. "Sorry, bukan niat kitaorang pun. Sorry yeh." Reyhan senyum. Alyssa diam.

"Wa... Walaupun sa... saya tak ingat korang tapi saya gembira dapat jumpa korang balik. Abang Danish banyak cerita pasal korang." kata Alyssa dengan malu nya. Alahai comel nya. 

"Abang Danish?" serentak geng prince charming. Danish hanya tayang muka cool dia. Manakala, Adrian hanya buat muka dingin dia. Lelaki beku kan. Tapi, kadang -kadang tu dia curi melihat ke arah Alyssa secara senyap. Rindu yang amat pada buah hati nya. Namun, tak mampu untuk sembuh luka di hati nya.

"Okay, sekarang kita kena bincang siapa yang naik kereta Alphard dan siapa naik kereta Estima. Kat tangan aku ada batang lidi yang ada nombor. Nombor satu naik kereta Alphard. Nombor dua naik kereta Estima." jelas Hairi. Dia gegam bebebarap batang lidi di tangan nya.

Masing-masing mengambil satu lidi pada tangan Hairi. Geng prince charming berharap sangat sama kereta dengan Alyssa. Dan inilah keputusan nya. Reyhan, Helmi, Hanis, Hairi dan Irfan dapat nombor satu. Manakala, Alyssa, Danish, Adrian dan Farhan dapat nombor dua.

Hati Adrian berbunga apabila dapat naik kereta sama dengan Alyssa. Namun, mood dia terus patah bila Danish turut naik kereta yang sama. 

"Siapa yang nak drive ni?" tanya Farhan kepada Danish. "Biar aku drive." Adrian meletakkan beg nya di belakang bonet dan terus menuju ke tempat duduk di bahagian pemandu. Farhan dan Danish hanya ankur. Mereka tahu yang Adrian dingin disebabkan Danish.

"Baby duduk kat seat depan yeh." kata Danish dalam senyuman. Alyssa menggeleng kepala cepat. "Tak nak. Saya malu lah. Nak duduk dengan abang Danish." balas Alyssa dalam bisikan. Danish hanya mengiyakan je. Niat Danish nak bagi peluang untuk Adrian dengan Alyssa sebelum Alyssa balik ke Switzerland nanti.

"Farhan kau duduk seat depan lah. Biar aku dan Lyssa duduk belakang." ujar Danish kepada Farhan. Alyssa dan Danish duduk di bahagaian penumpang belakang. Farhan pula duduk di sebelah pemandu.

Setelah masing-masing sudah bersedia. Mereka pun bertolak menuju ke Kem Golden Forest. Mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sana. Mereka singgah di RNR untuk rehat seketika selepas satu jam memandu. Mereka singgah situ pun untuk beli makanan. Ada yang hendak pergi Toilet. Dan juga untuk tukar pemandu. Dah satu jam memandu mana tak penat. Karang ada juga yang accident nanti.

Adrian memasuki tempat parking yang kosong. Nasib tak ramai. Dia menaikkan hand brek ke atas. "Siapa yang nak tukar drive dengan aku?" soal Adrian. Dia membuka seat belt nya. "Biar aku lah." jawab Danish. Dia dah lama tak drive jauh. Teringin pula. Adrian hanya keluar dari kereta tanpa menghirau Danish. Dia menuju ke RNR untuk membeli minuman.

Danish mengeluh. Sampai bila lah kau nak dingin aku, Adrian. Danish memaling muka nya ke arah gadis di sebelah nya. Alyssa tidur dengan lena sekali. Tanpa sedar ada senyuman pada bibir Danish semasa memandang gadis itu. 

"Farhan, aku nak beli snek kejap. Kau nak apa-apa tak?" ujar Danish setelah keluar dari kereta. "Beli air ice lemon tea tu dalam botol punya." pesan Farhan. Selepas Danish pergi, muncul Adrian yang entah dari mana datang. Dia membawa beg plastik besar yang penuh dengan pelbagai jenis makanan.

"Woi... kau borong ke apa?" tegur Farhan. Mata memandang beg plastik yang dipegang oleh Adrian. Dia hanya jeling dan membuka pintu seat belakang. Farhan hanya mampu membiarkan je. Dia tahu Adrian masih mempunyai perasaan kat Alyssa.

Mereka kembali menyambung perjalanan ke Kem. Sepanjang itu, Adrian perhati Alyssa yang sedang lena tidur. Sampai kan dia tak perasan yang Danish sedang memandu memandang nya melalui cermin depan. Disebabkan kereta bergegar kuat sangat kerana jalan tak rata, Alyssa terjaga dari tidur nya. Adrian kembali alih pandangan ke luar tingkap. Tak nak gadis itu tahu dia diperhati.

Alyssa mencelik mata nya beberapa kali kemudian melihat sebelah kiri nya dan kembali pandang ke hadapan. "Dah bangun?" tegur Danish apabila sedar Alyssa menarik lengan baju nya dari tepi. Alyssa sekadar angguk je.

"Tak lama lagi kita dah nak sampai. Sabar yeh." kata Danish dengan lembut. Alyssa angguk kecil.

Priuukkkkkkk!!!!

"Bunyi apa tu?" tegur Farhan dengan hairan. Kuat pulak tu bunyi dia. "Hahahahah" Danish ketawa besar. Semua mata memandang nya. "Tu bunyi perut Alyssa lah." Danish kembali sambung ketawa. Farhan pun ketawa kecil. Adrian nak ketawa sekali tapi ditahan. Karang hilang sikap dingin nya. Dia melihat gadis sebelah memegang perut dia. Pipi dah merah.

"Alyssa lapar yeh?" tanya Farhan dengan senyuman. "Dia kalau lapar memang perut dia berbunyi." usik Danish. Semua pecah ketawa. Alyssa dah kembungkan pipi nya. Abang Danish suka menyakat aku tau. Alyssa jeling.

Adrian menghulurkan sebungus roti ke arah Alyssa. "Boleh ke?" tanya Alyssa sambil memandang Adrian. Lelaki itu hanya angguk dalam senyuman. Alyssa mengambil bungusan roti itu. "Terima kasih." ucap Alyssa dengan senyuman.

Adrian kembali pandang ke arah luar tingkap. Dia nak sorokkan muka nya yang tengah blushing kerana terpikat dengans senyuman Alyssa yang terlampau comel. Hati berdegup dengan kencang sekali.

--------------------------------------------------------------

Kesian Adrian....sis nak buat chapter ni pun dah rasa kesian. Sis nak bagi clue....betul ke Danish tunang Alyssa? Itu je clue dia. Hehe. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi. Nanti kan chapter seterus nya. Ahad sis update chapter 38. okay. Thanks for read and vote. Love u readers.


7 PRINCE CHARMINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang