BAB 30

16.8K 869 20
                                        

"what?!!!!"

Alyssa tak percaya dengan kata-kata Adrian.  Sanggup dia tipu aku. Macam tu je? Seriously? Ni memang buat aku naik angin. "Are you crazy, Adrian? Asal kau tak ajak diorang? kenapa ajak aku sorang je? Dan kenapa kau tipu aku?" Berkerut dahi Adrian dengan soalan Alyssa. Macam mana nak jawab ni? Aduh...

Alyssa menurunkan Arina dari dukungan nya. Sebelum terpelanting anak orang itu sebab marah terhadap Adrian. "Err Lyssa....kau jangan marah dulu. Dengar penjelasan aku." kata Adrian dengan sedikit takut. Sebab apa? Sebab muka Alyssa merah menahan kemarahan. Mata dia macam lazer menebusi mata Adrian. Tajam betul tenungan mata dia itu.

Gulp.

Alyssa baru je nak bersuara, kedua ibu bapa Adrian muncul. Alyssa menahan dulu kemarahan dia. "Jom Lyssa....kita ke ruang makan." ajak Aunty Arissa. "Err aunty....saya nak balik dulu. Ada hal sikit. Maaf tak dapat nak stay sini lama." tipu Alyssa. Dia sebernanya nak balik rumah sekarang ni juga. Taknak duduk sini lama-lama. Adrian memang cari nahas dengan aku.

"Alah...akak duduk lah sini dulu. Celebrate birthday Arina. Jomlah akak." kata Arina dengan comel. Dia menarik tangan Alyssa. Aduh.....aku memang lemah bak orang merayu ni. Lagi-lagi budak comel macam Arina. "Jomlah Lyssa.....join sekali dengan kitaorang. Lagipun, Arina dah suka dengan Alyssa. Kalau dah malam, Adrian boleh hantar Lyssa kan." pujuk aunty Arissa.

Alyssa rasa keberatan untuk menolak pelawaan aunty Arissa. Tapi, kalau bukan disebabkan Adrian tipu aku tentu aku setuju je. Runsing lah. Alyssa mengeluh. "baiklah aunty. Lyssa akan join sekali." akhirnya Alyssa setuju juga. "yeh......" gembira Arina lalu peluk Alyssa. Alyssa tersenyum melihat kecomelan Arina. Reda sedikit kemarahan Alyssa.

Adrian menghembus nafas lega. Alhamdullilah....Alyssa setuju juga. Harap dia tak marahkan aku. "jom....Arina bawa akak ke ruang makan yeh." kata aunty Arissa kepada anak perempuannya. Arina angguk. Comel. "akak jom." Arina menarik tangan Alyssa.

Alyssa pandang ke arah Adrian dengan pandang tajam. Adrian tersentap. "Don't think this going to solve anything. I'm doing for Arina. After this, don't ever come near me. Remember that ,Adrian." kata Alyssa sebelum beredar dari situ. Adrian kaku. Nampak nya, aku dah buat Alyssa marah lagi. Haih. Adrian mengeluh berat. Aku kena berterus terang dengan dia. Malam ni juga.

Sambutan hari jadi Arina meriah sangat. Lagi-lagi dengan kehadiran Alyssa. Arina suka dengan Alyssa. Dari tadi, dia asyik berkepit dengan Alyssa. Siap suruh Alyssa suap kek untuk dia lagi. Manja betul. "So....Alyssa. Dah berapa lama ada hubungan dengan Adrian?" soalan aunty Arissa membuat Alyssa tersedap. Dah lah time tu tengah minum. Nasib tak tersembur. Ahok....ahok...ahok.

"Alyssa ok ke? aunty salah tanya ke?" risau aunty Arissa. Alyssa dah tepuk dada nya. Rasa sakit sebab terbatuk tadi. "Err mama....Ad dengan Lyssa takde hubungan apa-apa pun. Kami kawan je." jelas Adrian. "ohhh....maaf kan aunty yeh Lyssa. Aunty ingat Lyssa girlfriend Adrian. Sebab Lyssa lah gadis yang pertama dia bawa tanpa kawan-kawan dia yang lain." Besar mata Alyssa mendengar kata-kata aunty Arissa. Seriouslah aku yang first datang rumah Adrian? Alyssa memandang ke arah Adrian. Adrian mengalih pandangan nya ke tempat lain.

Selepas habis je jamuan hari jadi Arina, Aunty Arissa meminta Adrian menghantar Alyssa balik ke rumah nya. Banyak kali dah Alyssa tolak pelawaan aunty Arissa. Ikut kan hati aku taknak bersemuka dengan Adrian. Tapi, aunty Arissa berkeras juga so terpaksa lah terima juga. Redha je lah. Sepanjang perjalanan, Alyssa dan Adrian tak bersuara pun. Hanya bunyi radio memecah kesunyian tersebut. Adrian memberhentikan keretanya di depan rumah Alyssa.

Alyssa menanggal tali pinggang lalu membuka pintu. Aikk....asal tak boleh buka ni. Alyssa cuba lagi tapi tak buka juga. Adrian tak on-lock?. Alyssa kembali pandang Adrian. Tajam betul pandangan Alyssa. "buka lah lock ni. Aku nak keluar." kata Alyssa dengan kasar. Adrian tetap tak on-lock pintu tersebut. Alyssa berasa geram. Hati dia mula berapi. "Adrian....kau pekak ke apa? aku suruh kau buka lock ni...yang kau pergi bekukan diri tu buat apa." marah Alyssa. Dia ni memang panaskan darah perisa tomato aku ni lah.

Adrian masih tidak on-lock pintu tersebut. Kemudian, dia memandang ke arah Alyssa. Mata bertemu dengan mata coklat milik Alyssa. Terpanar Alyssa dengan tenungan Adrian. Wuisshh....asal dia pandang aku macam tu? Menakutkan doh. Dah lah malam ni. Aduh....Adrian kau jangan fikir bukan-bukan. Ada jugak yang jadi arwah ni.

"Lyssa.....I love you." Adrian bersuara. Huh? Otak Alyssa cuba proses dengan kata Adrian tadi. "What?!" Aku salah dengar ke? Adrian sebut perkataan 'I love you'. Yeke? Mungkin imaginasi aku kut. Adrian menarik nafas sedalam nya. "Lyssa.....aku suka kau. Dan aku nak ada hubungan dengan kau. You are the first one who melting  my frozen heart. I really love you. I do. Forever. Lyssa.....aku harap kau terima aku seadanya." luah Adrian. Mata nya seakan sayu dan suasana tiba-tiba jadi panas.

Kejup! Adrian tengah luahkan perasaan? Kat aku? Alyssa kaku. Dia tergamam. Pada masa yang sama, dia terkejut dengan apa yang terjadi. Mata tak berkelip langsung. Otak sedang mencari idea untuk melepaskan diri dari situasi ni. 

Tok...tok...tok.

Bunyi ketukan dari tingkap pintu. Alyssa pandang sebelah kanan nya. Gulp! Abang Aqil? Adrian membuka tingkap nya. Abang Aqil menuduk kepalanya lalu senyum. "Hye bro....boleh tak lepaskan adik aku. Tak manis lah. Lagipun, dah malam ni. Tak baik kalau bersama dengan gadis yang bukan muhrim. Lagi-lagi waktu macam ni. Banyak syaitan" kata abang Aqil dengan tegas. Muka serious betul. Takut pulak aku nak tengok.

Adrian tersentap lalu tekan on-lock pintu. Abang Aqil membuka pintu tersebut. Alyssa cepat-cepat keluar dari kereta Adrian lalu peluk abang Aqil. "Sorry Lyssa....abang. See at school." kata Adrian sebelum memecut keretanya. Alyssa masih dalam keadaan terkejut dengan tindakan Adrian. Abang Aqil memeluk Alyssa untuk tenangkan nya. Dia dapat rasa badan Alyssa sejuk semacam.

"baby ok ke? Adrian tak buat apa-apa kat baby kan?" tanya abang Aqil. Alyssa menggeleng kepala. Dia masih lagi dalam pelukan abang Aqil. Rasa tenang je. Lama juga diorang berpelukan. Ehem.....

Abang Aqil dan Alyssa memandang ke arah orang yang berdehem. Bila masa pula abang Akim dan abang Aril muncul ni? Baru sekarang nak balik? diorang pergi mana? "Err abang gi mana tadi?" tanya Alyssa.

"abang dan angah gi warung tadi. Beli makanan sebab lapar. Baby balik lambat sangat. Kelaparan kitaorang." jelas abang Akim lalu tenung tajam ke arah abang Aqil. Amboi.....along ni memang ambil kesempatan betul lah. Peluk baby lama-lama. Ini tak adil.

"Balik je...nampak pula dua orang sedang beromance bersweet. Kat luar pulak tu. Nasib adik-beradik. kalau tak dah lama tumbang kan lelaki tu." sindir abang Aril. Dia menjeling. Alamak...merajuk ke abang-abang aku ni. Haih....payah ne nak pujuk anak gajah ni.

"Eleh...biarlah. Jeles lah tu. Along bermanja dengan baby." abang Aqil jelir lidah. Dia memeluk Alyssa dengan rapat sekali. Saja nak usik adik-adik dia. Oh..o..o...jup lagi berperang dunia kelima dah nak bermula.

"Tak boleh jadi...." mula lah gaduhan manja tiga beradik tersebut. Alyssa menggeleng kepala nya melihat perangai abang-abang nya yang mengalah budak umur 2 tahun. Dia masuk rumah meninggal abang-abang nya sedang berperang kat luar. Lantak diorang lah.

(akhirnya Adrian luah jugak perasaan suka dia pada Alyssa.....Adakah Alyssa balas dan terima Adrian? Nantikan chapter seterusnya.)


7 PRINCE CHARMINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang