BAB 18

19.8K 924 14
                                    

Baru je Alyssa nak pergi, Kai dah menarik tangan nya sampai badan Alyssa terkena badan Kai yang sado tu.

Kai terus memeluk pinggang Alyssa membuat kan Alyssa tersentap dengan tindakan dia.

Wo...wo...wo...ni dah melebih. Suka hati makcik nenek tiri dia je peluk pinggang aku. Dia ingat aku ni apa....isteri dia? Tak sayang nyawa betul lah mamat pervert ni.

Baru je Alyssa nak teranjang Kai, badan Alyssa ditarik jauh dari Kai. Dua orang menarik Kai lalu tolak Kai ke arah geng nya. Nasib baik geng nya dapat sambut Kai, kalau tidak cium lah kau dengan tanah tu.

Sapa pulak yang nak berlakon jadi hero ni? Aku baru je nak buka karate, terbantut juga. Spoil betul.

Alyssa memandang orang yang menarik nya. 

Kelihatan Reyhan dengan muka tak payah cakap lah.....menakutkan nak mampus. Merah muka nya menahan kemarahan.

Danish dan Farhan berada di depan Alyssa untuk lindungi Alyssa dari Kai and the geng. Diorang yang tolak Kai tadi. Tapi macam tak cukup orang lah. Sapa yang takde yeh?

"baru sekarang nak muncul? kenapa tak tahun depan je." perli Alyssa.

"hehehe....sorry lah Lyssa sayang. Tadi kan bas tayar pecah, tu lambat. Sorry lah buat sayang rindu." usik Danish.

Eeee!!!....time macam ni lah kau nak bergurau yeh Danish. Ada jugak jadi mangsa aku kena ikat kat pokok nanti.

"apa sayang-sayang!....dan sapa rindu kau? Kalau aku takde tadi, Hanis dah lama kena kebas dengan diorang." Alyssa jeling.

Farhan dan Reyhan ketawa ngejek ke arah Danish. Kena marah dengan Alyssa. Hahaha.

Tadi bukan main marah lagi, sekarang dah gelak ketawa.

"Ehem." Kai berdehem.

Oppss.....tak perasan pula orang depan ni masih ada lagi. Gaduh dengan Danish sampai tak perasan orang depan. Hehe. Kau punya pasal lah, Danish.

"So.....korang pun ada sekali. Kenapa aku tak terkejut yeh? Mungkin aku dah muak tengok muka korang." sindir Kai. Kawan-kawan Kai ketawa mengejek.

"Kau nak apa, Kai? Tak boleh ke tak ganggu kitaorang. Cukup-cukup lah ganggu si Hanis ni. Lagipun, Hairi takde." kata Farhan selamba.

Dia dah cukup kenal sangat dengan perangai si Kai ni.

"ok....aku tak ganggu Hanis dah. Tapi, aku nak pompuan tu."Kai tunjuk ke arah Alyssa sambil mengukir senyuman.

"Aku dah agak benda ni akan berlaku." gumam Reyhan.

"Asal pulak kau nak aku?" tanya Alyssa dengan kasar.

Kai senyum.

"Because.....I'm fallen in love with you, my darling." kata Kai dengan nada romantik. Lalu mengenyik mata.

Okay.....ada sesiapa bawa beg plastik atau baldi ke? aku nak muntah. Geli nya dengar ayat mamat pervert tu. Dasar laki buaya betul.

Kai menhampiri Alyssa, tapi dihalang oleh Danish dan Farhan. Reyhan membawa Alyssa ke belakang nya.

Tak nampak aku kat depan. Tinggi sangat si Reyhan ni. Macam zirafah.

"kau jangan nak ngada rapat diri kau dengan Lyssa." Farhan memberi amaran. Suara nya tegas dan serious.

First time aku lihat Farhan macam tu.

"baik kau bela dari sini sebelum aku kerjakan kau.!" tengkin Reyhan.

"kau ingat aku takut sangat! come on lah. Setakat korang.....senang kacang goreng je." Kai taknak mengalah. Dia nak Alyssa jugak.

Reyhan, Farhan dan Danish menghampiri Kai dan geng nya. Begitu juga dengan Kai dan kawan-kawanya.

7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now