BAB 15

20.8K 966 16
                                    

"kami......sebenarnya takde perasaan pun kat Alyssa. Kalau ada pun suka sebagai kawan je. Lagipun, kitaorang baru kenal Alyssa. Tak sampai sebulan pun." kata-kata Adrian membuat abang Akim senyap. 

Prince charming yang lain pun terdiam mendengar kata-kata Adrian.

"abang!!!....jom balik! abang Aqil dah marah tu." Kehadiran Alyssa membuat prince charming tersentap. Tiba-tiba muncul.

Yelah...tadi cakap pasal dia masa dia takde disini lepas tu muncul tiba-tiba sapa tak terkejut kan.

"guys....aku balik dulu tau. Thanks for everything and sorry sebab susah kan korang. Bye!" Alyssa menarik tangan abang Akim lalu melangkah pergi.

Tinggal price charming sahaja lah di situ.  Ok...suasana mula krik....krik....krik....krik.

Hairi bersuara bagi memecah kesunyian.

"Jom balik....dah nak malam ni." Hairi baru je nak bangun tapi dihalang oleh Reyhan.

"Sebelum tu.....aku nak bincang something dengan korang." suara Reyhan seakan tegas. Muka nya serious.

"Aku suka kat Alyssa. Lebih dari kawan." luah Reyhan. 

Prince charming yang lain terkejut dengan luahan Reyhan. Hairi tenang sahaja. Dia tahu yang kawan nya mesti jatuh suka kat Alyssa. Sapa lah yang tak suka kan. Alyssa tu dah lah comel, cantik, pandai....baik hati pulak tu. Bukan macam perempuan lain yang suka mengedik sepanjang masa.

"Aku pun sama." kali ni Helmi pula luah juga.

"ok....macam ni sapa yang ada perasaan macam Reyhan sila angkat tangan." kata Hairi. Macam sekolah tadika pula nak jawab soalan kena angkat tangan dulu.

Majoriti semua geng prince charming angkat tangan. Hairi angguk tanda faham.

"sebab apa kau suka Alyssa?" Tanya Adrian pula kepada Reyhan.

"Sebab bila aku kenal Alyssa...dia lain daripada pompuan yang aku kenal sebelum ni." jawab Reyhan.

"Aku pun sama. Alyssa tak macam pompuan yang aku selalu jumpa tu." sambung Danish lagi.

"Kau pula, Adrian? first time aku tengok kau mengaku kau suka Alyssa. Sebelum ni bukan main lagi kau benci pompuan." tanya Irfan.

Geng prince charming memandang Adrian.

"ingat tak masa kita nak minta maaf kat dia. Kita sanggup buat apa sahaja untuk dia maaf kan kita. Time tu aku ingat dia suruh kita dating dengan dia takpun jadi boyfriend dia. Tapi....semua yang aku jangka dia tak buat pun. Dia cuma suruh kita naik benda alah tu. Tuje. So....aku terkejut juga. Sebab kalau pompuan lain diorang akan buat macam tu suruh kita jadi boyfriend diorang tapi Alyssa lain. Dia kawan kita bukan sebab muka kita yang hensem ni. Sebab tu aku suka kat Alyssa." jelas Adrian. Muka cool...tenang je. Ada jugak aku sepuk muka tu.

"baiklah....sekarang kita dah tahu semua suka Alyssa. Kita hanya buat seperti biasa. Takde paksaan dan biar Alyssa yang pilih antara kita semua. Dan semua mesti adil, takde takti kotor. Dan persahabatan kita akan kekal walau macam mana pun. Setuju?" cadang Farhan.

Prince charming yang lain bersetuju. Siapa yang dapat mencuri hati Alyssa?

Alyssa dan abang Akim berdiri di depan pintu rumah abang Aqil.

"Abang lah masuk dulu..." Alyssa tolak abang Akim.

"asal abang pulak...baby lah dulu." kali ni abang Akim pula yang tolak Alyssa. Kurang asam abang Akim ni.

"kenapa tercegat kat situ? ingat abang tak nampak ke?" suara abang Aqil membuat Alyssa dan abang Akim tersentap.

Diorang memandang muka abang Aqil seperti singa yang kelaparan. Gulp!.....oh o....habis lah.... abang Aqil dah marah.

Alyssa dan abang Akim sengih macam kerang busuk.

"hye bro....lama tak jumpa." sapa abang Akim bagi menghilang rasa takut.

"tak payah nak ber bro lah sangat." kata abang Aqil dengan tegas. Abang Aqil pandang tajam ke arah abang Akim. Uisshh...takut nya.

Abang Akim yang baru nak peluk Abang Aqil terus tak jadi sebab takut dengan pandangan tajam abang Aqil berikan.

"Errr....abang.....maaf kan Lyssa. Abang jangan marah yeh." Alyssa cuba pujuk abang Aqil.

"baby....tahu tak abang risau tadi....baby dah tak ingat kat abang ke....dah lah abang tengah lapar ni. Abang ingat baby dah masak untuk abang rupanya keluar dengan budak zirafah ni." merajuk Abang Aqil.

Ok...lupa nak bagitahu...abang Aqil marah bukan sebab kitaorang balik lambat ke apa tapi sebab tak ajak dia sekali makan kat luar. Merajuk tak bertempat. Aduh!.....abang...abang....kalah budak kecik tahu tak.

Abang Akim nak tergelak tapi ditahan. Tangan kat mulut. Lepas tu...

1

2

3

Hahahahahahahahahah.

Abang Akim pecah ketawa tak ingat dunia. Alyssa dah menggeleng kepala. Lantak kau lah. Malas aku nak layan. 

Abang Aqil dah bergusti manja dengan abang Akim kat luar. Alyssa masuk dalam malas nak layan kerenah abang-abang nya mengalahkan perangai budak-budak tadika.

Alyssa menyediakan nasi pattaya untuk abang-abang nya. Setelah siap, Alyssa hidang makanan tersebut di atas meja.

Abang Aqil dan abang Akim dah muncul di ruang makan. Tadi berhenti bergusti sebab terbau makanan yang menyelerakan. Itulah kelemahan abang-abang Alyssa.

Alyssa teman abang-abang nya makan. Macam jaga anak sendiri pulak. Comel.

"Wuishh....asal meja Lyssa penuh dengan hadiah dan surat. Siap ada bunga lagi." Danish yang baru sampai terkejut melihat meja Alyssa penuh dengan hadiah.

"Oiii....kau ingat geng kita je pesaing kau.....selain geng kita ada yang minat kat Alyssa.... bukan korang je tau. Alyssa tu ramai peminat." kata Hairi. Dah kenal sangat Alyssa tu.

Danish menggeleng kepala.

"Haissh.....ada lagi rupanya." Danish, Adrian dan Hairi memandang Alyssa yang baru masuk kelas. Dia memegang dua beg plastik.

"apa yang kau bawa tu, Lyssa?" tanya Danish hairan.

"Tadi aku gi loker aku, lepas tu bila aku buka banyak hadiah yang keluar dari loker aku. Ni lah dia. Banyak pulak tu. Tak sangka pula meja aku pun ada. Haissh." Alyssa letak beg plastik disebelah meja nya. 

Dia masukkan hadiah yang berada di atas meja masuk dalam plastik.

"Haih....fedup aku macam ni kalau setiap hari." Alyssa mengeluh.

"Dah kau ramai peminat nak buat macam mana." Hairi tepuk bahu Alyssa.

"yelah.....kalau sekali sekala takpe jugak...ni setiap hari tau. SETIAP HARI!." rungut Alyssa.

Danish dan Adrian tadi setia mendengar rungutan Alyssa. Comel doh bila Alyssa stress. Ada ke orang stress muka comel. Lagi buruk adalah.

Ting~~~Ting~~~Ting~~~

"Minta perhatian kepada ahli team basketball, diminta berkumpul di gelanggang sekarang atas arah Sir Ryan."

Adrian pandang Danish, Danish pandang Hairi, Hairi pandang Alyssa.

"Yang kau pandang aku apa hal.....korang kan ahli basketball gi lah." tiba-tiba pandang aku. Pelik lah diorang ni.

"Lyssa...kau kan assistant kitaorang...so...let's go." kata Danish.

Belum sempat Alyssa buka mulut, Adrian menarik tangan Alyssa. Macam kena heret pun ada. Sama macam Hanis dan Hairi. Suka main tarik tali.

(hye readers.....sorry lambat update....sis balik kampung tu tak dapat update...so harap readers like this chapter....Thanks for read and vote...love u guys...thanks for comment tu.)


7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now