BAB 9

23K 1K 20
                                        

Alyssa dan Abang Aqil ke KLIA. Malam ni, mommy dan daddy datang ke Malaysia. Alyssa tak sabar nak jumpa mommy dan daddy nya. Rindu tahap bulan. Padahal, dua bulan tak jumpa sejak aku pindah ke Malaysia.

Alyssa dan Abang Aqil menunggu di pintu arrival.  Aku melihat sekeliling KLIA. Ramai orang jugak yeh. Mungkin sebab dah musim cuti raya cina. Mungkin sebab tulah.

"Baby...tu mommy dan daddy." Aku melihat  ke arah yang abang Aqil tunjuk. Nampak, seorang wanita dan lelaki berumur 40 an yang sedang menolak troli bagasi menuju ke arah kami.

"Mommy!!! Daddy!!!" jerit Alyssa macam kanak-kanak ribena. Punya excited sangat sampai hilang terus keayauan dirinya. Lantak lah korang. Ada aku kisah. Janji aku dapat lepas rindu pada kedua-dua ibubapa aku.

Alyssa salam mommy lalu peluk nya dengan erat sekali.

"Rindu nya anak-anak mommy." Datin Aliyah mencium kedua-dua pipi gebu Alyssa. Rindu.

Alyssa beralih ke daddy nya pula. "Daddy."

Alyssa memeluk daddy nya pula. "Rindu nya anak daddy ni" Akhir nya dapat juga lepas rindu Dato Henry kepada satu-satu nya anak perempuan nya.

"Ehem..." Abang Aqil berdehem. Dia berasa seperti tidak dihiraukan.

"baby je ke yang rindu. Putera yang sulung ni daddy dan mommy tak rindu?" Abang Aqil mula merajuk. 

Alyssa nak tergelak tengok muka bang Aqil yang sedang merajuk. Cuba bayang kan lelaki hensem sado lagi merajuk macam budak kecil. Memang tak boleh bayangkan.

"of course lah mommy rindu anak teruna mommy ni." Datin Aliyah mecium dahi Abang aqil lalu peluk nya dengan penuh kasih sayang.

Abang Aqil beralih ke daddy pula lalu peluk.

"Daddy dan mommy mesti lapar. Along dah booking kat restoran favourite mommy dan daddy. Jom....along belanja." Abang Aqil tolong daddy menolak troli bagasi.

Alyssa memaut tangan mommy nya. Kami menuju ke kereta Abang Aqil.

Abang Aqil membawa kami ke Hotel April Kiss. Dalam hotel tersebut ada satu restoran dipanggil Sawaddika Thai. Restoran ni sangat terkenal dengan makanan Thailand. Sangat sedap. Boleh dikira restoran 5 bintang. Restoran ni menjadi kegemaran Mommy dan Daddy sebab tempat ni adalah first dating mommy dengan daddy. Sejak itu, diorang selalu makan kat sini. Sweet kan.

Pelayan di situ membawa kami ke meja makan bersebelah cermin kaca yang mempunyai pemandangan KLCC Tower

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Pelayan di situ membawa kami ke meja makan bersebelah cermin kaca yang mempunyai pemandangan KLCC Tower. Sangat cantik pada waktu malam. Restoran Sawaddika Thai ni terletak aras tingkat atas sekali. Sebab tu dapat nampak KLCC Tower.

Selepas kami duduk, makanan yang dipesan oleh Abang Aqil pun dihidangkan. Bau pun sangat harum dan menyelerakan. Lagi-lagi sotong goreng tepung. My Favourite.

Kami pun menjamu selera. Sangat sedap.

"Berapa lama mommy dan daddy stay Malaysia?" Tanya Alyssa. Dia menyuap nasi ke dalam mulut nya.

7 PRINCE CHARMINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang