BAB 36

16.4K 773 39
                                    

"Doktor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Doktor.... macam mana keadaan anak saya?" tanya Mommy ingin tahu. Hati dia berasa sangat risau dan sayu melihat keadaan anak perempuannya yang terlantar di atas katil. Dah dua hari Alyssa tak sedarkan diri nya. 

Doktor Amir sekadar mengeluarkan keluhan kecil. "Saya tak tahu nak cakap macam, Datin. Saya hanya boleh cakap yang Alyssa berada dalam keadaan koma. Tapi, saya tak pasti berapa lama dia akan koma. Dan kalau Alyssa sedar, dia berkemungkinan akan mengalami amnesia."

"Ya Allah.." Mommy jatuh rebah kerana tak dapat terima hakikat yang Alyssa koma sekarang ni. Daddy pula hanya mampu menahan tangisan dan memeluk isteri nya yang sedang dalam esakan.

Abang Aqil dan abang Aril berasa sangat menyesal kerana tinggal adik kesayangannya semasa mereka berjauhan. Abang Akim pula berada di bilik wad biasa kerana kepalanya tercedera akibat dipukul oleh Eric tapi tak seteruk adik nya, Alyssa. Kalau boleh, abang Akim nak pergi tengok Alyssa tapi dia tidak dibenarkan keluar dari bilik dengan keadaan dia macam tu.

Badan dalaman Alyssa tercedera akibat terjunan dari tingkat paling tinggi. Alyssa terjun diri nya dari balkoni lalu masuk kolam di rumanh nya. Banyak air masuk dalam badan dia menyebabkan dia hampir lemas.

Hairi dan Danish yang dapat menyelamatkan Alyssa daripada mati lemas. Eric pula di masukkan ke dalam hospital mental. Mungkin kesan daripada melihat Alyssa cuba bunuh diri.

"Mommy... daddy.... maafkan along. Along tak patut tinggalkan Lyssa seorang diri. Along sangat menyesal." abang Aril melutut di depan kedua-dua ibu bapa nya meminta keampunan. Dalam hati dia berharap sangat dapat ditukar tempat dengan Alyssa. Biarlah dia yang koma. Janji adik nya hidup.

Abang Aqil pun melakukan perkara yang sama. "Angah pun nak minta maaf. Sebabkan angah lah, Akim masuk hospital. Disebabkan angah berjauhan, Lyssa koma." mata abang Aqil mula mengeluarkan air jernih.

Daddy menggeleng kepala." Bukan salah along dan angah. Ini semua salah lelaki yang hampir rmemperkosakan adik kamu. Kalau Alyssa ada di sini, mesti dia akan berkata perkara yang sama." Daddy memeluk kedua-dua anak teruna nya.

Geng prince charming pun datang untuk menjeguk Alyssa bersama-sama dengan Hanis. keluarga Hanis pun ada sekali.

"Aunty uncle. Saya nak minta maaf sebab masa tu saya tak dapat nak lindungi anak uncle dan aunty." Danish meminta maaf kepada kedua-dua ibu bapa dan abang-abang Alyssa.

Mereka tak salahkan Danish namun berterima kasih kepada Danish kerana dapat selamatkan Alyssa daripada kena rogol.

Hari semakin berlalu pergi dan Alyssa masih tak sedar dari koma nya. Keluarga Alyssa membuat keputusan untuk pindahkan Alyssa ke hospital di negara Switzerland dan tinggal di sana. Hari tulah merupakan hari terakhir geng prince charming berjumpa dengan Alyssa.

2 TAHUN KEMUDIAN

"Hanis! cepatlah. Diorang dah tunggu kita kat sana." panggil Hairi. Dia menggeling ke arah jam tanggan nya. "Ye, sayang! I'm coming." Hanis menpercepatkan langkah nya.

Dia masuk kereta milik Hairi. Sebelum Hairi pecut kereta nya keluar dari kawasan itu, dia memandang ke arah rumah bersebelahan rumah Hanis. Lalu, dia senyum.

Hairi berhentikan kereta nya di tapak parking kereta berhadapan dengan Love Cat Cafe. Hanis dan Hairi masuk permis cafe tersebut. Mereka menuju ke arah beberapa lelaki yang melambai ke arah mereka.

"Yo! sorry guys lambat. Tunang aku ni siap lama sangat." usik Hairi. Dia melabuhkan punggung nya bersebelahan Adrian. Hanis terus mencubit lengan Hairi. "Aduh! sayang sakit lah cubitan awak. Manja lah sikit." semua pecah ketawa.

"mengada! ada jugak saya humban awak kat tong sampah. Biar rasa." ugut Hanis lalu menjeling.

Adrian, Reyhan dan Farhan senyum melihat pasangan ini. Selalu gaduh manja. "So, apa cerita? Setuju nak buat kem tiga hari dua malam?" tanya Adrian kepada rakan-rakan nya. Geng prince charming mencadangkan untuk mengadakan kem kerana dah lama mereka tidak berjumpa sejak mereka masuk kolej. Lagi-lagi mereka yang sambung belajar di luar negara.

Sekarang, Irfan, Helmi dan Danish melajutkan pelajaran mereka di luar negara. Yang lain semua sambung belajar di Malaysia.

"Aku dah tanya yang lain. Diorang setuju je. Irfan dan Helmi balik lusa. Danish pula dia kata dia balik esok." jawab Reyhan. Tangan ligat main telefonnya. Sejak masuk kolej ni, Reyhan habiskan masa nya dengan girlfriend dia. Bukan satu je. Tapi, ramai. Playboy betul.

"Ok. Kalau macam tu, kem tu kita buat hari sabtu, ahad dan isnin. Nanti inform kat lain." pesan Hairi. Semua angguk kepala tanda faham. "Hah makanan dan khemah macam mana?" soal Hanis. Kalau nak buat kem kena lah ada makanan da khemah tu yang paling penting.

"Pasal barang makanan dan khemah biar aku yang sediakan. Ayah aku ada satu tempat yang boleh kita adakan kem. Kat sana semua dah ada." ujar Farhan dengan senyuman. Keluarga Farhan mempunyai beberapa tapak untuk mengadakan kem yang boleh disewa kan kepada sesiapa yang ingin. Semua lengkap dengan pelbagai kemudahan.

"Ok. Semua dah dah setel yeh. Sekarang ni, kita bincang berapa buah kereta yang nak bawa. Setakat ni, ada lapan orang yang join. Dua kereta lah kan? Satu kereta empat orang? Amacam?" Semua setuju dengan cadangan Adrian.

"Err Ad... tambah seorang lagi. Sembilan orang yang join kem tu." kata Hairi. Semua pandang ke arah Hairi. "Siapa seorang lagi?" tanya Farhan hairan. Siapa pulak yang Hairi ajak ni. Jangan orang bukan-bukan sudah.

"Hmmm nanti korang tahu. Buat masa sekarang ni aku rasa biarlah rahsia." Hairi mengenyit mata. Semua dah buat muka menyampah kecuali Hanis. Dia lagi jatuh hati adalah. Tunang dia kan. Dah lah hensem. Kau ada?

"Kau ingat ni lagu Dato Siti Nurhaliza? Biarlah Rahsia konon. Bagitahu jelah. Itupun nak berahsia sangat. Kitaorang pun berhak nak tahu siapa orang nya." ujar Adrian tidak puas hati. Geram dengan Hairi. Itupun nak rahsia. 

Agaknya siapa yang Hairi nak bawa ni?

"kitaorang kenal ke?" soal Farhan. Hairi angguk. "Terlebih kenal sangat. Tapi, aku malas nak bagitahu sekarang. Karang aku bagitahu muka aku yang hensem ni jadi buruk pula." gurau Hairi. Yang lain saling pandang sesama sendiri. Pelik dengan tingkah laku Hairi.

"Hah lupa nak tanya, besok korang nak ikut kitaorang tak? Nak jumpa Danish kat airport. Kitaorang nak buat surprise kat dia." soal Reyhan kepada Hanis dan Hairi. Riak muka diorang terus berubah kepada panik? Pelik.

"Err aku rasa tak payah kut. Sebab aku dah tanya Danish, dia kata jumpa kat sini je. Dia pun ada benda nak cakap dengan korang." balas Hairi dengan agak gagap sedikit. Hairi gagap ni dah kenapa?

"Betul tu. Korang tak payah jemput Danish. Jumpa kat sini je." sambung Hanis. Bagi backup sedikit tunang nya. Yang lain hanya ikut apa yang Hairi dan Hanis katakan.

Hari keesokkannya.

Adrian, Reyhan dan Farhan tetap datang ke aiport KLIA tanpa pengetahuan Hairi dan Hanis. Meraka dah rancang nak buat surprise untuk Danish.

"Wehh, kau tak rasa ke apa yang kita buat ni salah?" ujar Farhan. Dalam hati dia rasa bersalah sangat pergi tanpa memberitahu kepada Hairi. "Alahh, salah apa nya. Kita datang nak jemput Danish bukan nak bunuh Danish. Apalah." bebel Adrian. Apa yang nak ditakutkan aku pun tak tahu.

Semasa menuju ke pintu Arrival, Adrian terlanggar bahu seseorang. "Auch!". 

"Err, Sorry miss..." Adrian kaku melihat orang yang di hadapan dia. Reyhan dan Farhan turut sekali terkejut dengan apa yang diorang lihat.

"Alyssa?"

--------------------------------------------------------------------------------

Alyssa dah tak koma? Dia balik Malaysia ke? Ataupun gadis yang mempunyai muka yang serupa macam Alyssa?

Nantikan next chapter.


7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now