BAB 39

16.1K 763 32
                                        

Akhirnya sampai juga ke Kem Golden Forest. Masa nak cari tempat ni, pelbagai agenda lucu berlaku. Semua salah Farhan. Dia kata dia tahu jalan tapi entah macam mana boleh sesat pun tak tahu. Sekejap kata kanan, lepas tu kata kiri. Lepas ni apa pulak? Jangan kata belakang sudah. Selepas berpuluh kali pusing, sampai juga ke destinasi yang mereka ingin pergi.

"Alhamdullilah sampai juga." ujar Farhan lega. Semua pandang tajam ke arah Farhan. Serious rasa nak kerat dia 44 kali. "Memang lega. kitaorang yang drive ni penat tau tak. Dah berjuta kali kita buat u turn. Kalau aku tak sabar, memang aku dah tinggal kau kat tengah jalan tu." bebel Reyhan geram.

Mana tak nya, Farhan kata dia tahu jalan. Last last sesat jugak. Baru sekarang dia mengaku tak ingat jalan. Mangkuk ayun betul si Farhan ni. Dia sengih ke arah Reyhan yang sedang mengelegak panas menahan kemarahan.

"Alah, sorry lah." pinta Farhan rasa bersalah. "kau kata kau tahu jalan macam mana boleh sesat ni?" soal Danish hairan. Dah lah kem tu milik ayah dia. Takkan lah Farhan tak ingat. Aduh! spoil betul lah.

"Hehehe. Selalu nya driver ayah aku yang bawa family aku ke sini. So, sebab tu aku tak ingat. Aku tidur je dalam kereta." Farhan sengih. Lalu membuat bentuk peace ke arah rakan nya. Memang minta penampar lah mamat ni.

"Dah lah. Cukup lah tu marah Farhan. Kita dah sampai kan. Jom, kita keluarkan semua barang." pujuk Alyssa serta memberi senyuman ke arah mereka. Masing-masing angguk mengiyakan. Alyssa semakin selesa dengan geng prince charming. Takde dah nak malu ke apa.

 Takde dah nak malu ke apa

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

(Camp Golden Forest)

Alyssa dan Hanis menuju ke khemah itu sambil membawa beg merea. Manakala geng prince charming pula mengeluarkan barang makanan di belakang bonet kereta. "Wahh, Farhan. Cantik nya tempat ni. Serious lah kitaorang boleh guna tanpa buat pembayaran?" Hanis memandang tempat kem itu tanpa berkelip mata.

Di sebelah kem itu terdapat tempat untuk unggun api dan ada beberapa kerusi kayu mengelilingi nya. Turun bawah sedikit ada sungai yang sangat indah kalau sekali pandang. "Ayah aku bagi. Dia kata boleh je nak guna. Lagipun, korang kan kawan aku. So, no hal lah." Farhan meletak kan beg nya salah satu kerusi itu.

"Ok. Hanis... Lyssa. Khemah korang kat belah sana. Yang lelaki punya kat sana tu. Di sebab kan kita ramai. Aku dah sediakan 4 khemah." jelas Farhan. Mereka semua angguk lalu menuju ke khemah masing-masing.

Selesai letak beg, mula dengan aktiviti mereka. Hari pun dah nak gelap. So, mestilah lapar kan. Kalau bukan disebabkan Farhan, dah lama diorang boleh enjoy mandi sungai. Setelah buat cabutan, setiap seorang ada tugas masing-masing.

Adrian dan Farhan mencari kayu. Alyssa dan Hanis bancuh air. Reyhan menghidup kan api. Danish, Irfan, Helmi dan Hairi kena masak untuk makan malam. Dari tadi, diorang membantah tak nak masak. Alasan kerja perempuan. Memang kena tarik telinga oleh Hanis tadi. Hairi lah paling teruk kena. Tunang dia kan.

7 PRINCE CHARMINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang