PROLOG

44K 1.3K 52
                                    

Ni kisah tentang diri Putri Alyssa. Kalau taknak baca takpe. Skip je. Ni cuma nak faham kan readers je asal usul keluarga Putri Alyssa. Tapi, harap di baca. Nanti tak keliru.

....................................................................

Nama aku Putri Alyssa. Aku kacukan melayu-amerika. Datin Aliyah a.k.a Mommy melayu tulen. Datuk Henry a.k.a Daddy lahir di Negara Amerika tapi masuk Islam sejak dia kecil lagi. So...dapat lah anak kacukan melayu-amerika. Umur of course lah 17 tahun. 

Family aku menetap di New zealand sejak umur aku 10 tahun. Kecuali abang-abang aku yang menetap di Malaysia.

Abang sulung aku, Aqil Danial. Umur 23 tahun. Kerja sebagai arkitek. Abang kedua, Aril Danial. Umur 21 tahun. Kerja sebagai doktor di Hospital Putrajaya. Abang ketiga pula, umur 19 tahun. Student lagi. Ambil jurusan jurutera kat Langkawi. Aku anak last sekali. Huhu. Aku sorang je perempuan yang lain jantan belaka.

Setelah aku mencapai umur 17 tahun, Daddy menyuruh aku sekolah di negara Malaysia dan tinggal bersama abang sulung aku. Aku setuju je. Tak bantah pun. Lagipun, memang aku teringin nak tinggal kat Malaysia. Aku pernah menetap di negara Malaysia selama 10 tahun. Masa tu umur aku 1 tahun kut. Mommy yang ceritakan. Kemudian pindah ke New zealand.

Aku lahir di New Zealand tapi dibesar di Malaysia. Aku muslim yeh. Jangan nak fikir aku orang kristian. Mommy muslim, Daddy pun muslim. Automatik aku muslim.

Daddy hantar aku ke sekolah swasta tapi dirahsiakan sebab dia tahu aku akan bantah, aku nak sekolah biasa. Tapi, alhamdullilah sama sekolah dengan sepupu rapat aku iaitu Raja Hanis Humairah. Aku ingat aku sekolah situ hidup aku aman je. Tapi tidak, sejak aku jumpa group seven prince charming...hidup aku jadi haru biru. Sadis.

So...nilah kisah aku. Nak tahu lagi..sila baca bab 1. Situlah bermulanya kehidupan aku.

7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now