BAB 32

16.8K 827 39
                                    

Selepas bersihkan diri, Alyssa merebahkan diri nya di atas katil. Rasa penat sangat. Baru je beberapa saat menutup mata tiba-tiba lagu Exo 'call me baby' berbunyi dengan kuat sekali. Isshh, sapa pulak yang call aku ni? Time aku nak rehat ada-ada jelah yang mengacau aku. Masa lain takde pula yang nak kacau aku. Ikutkan hati nak biarkan je fon tu berbunyi. Tapi, tak henti berbunyi. Bising pulak. Alyssa bangun dengan malas dan mencapai henfon nya di atas meja study. Nama tertera di skrin 'Hanis'? Asal dia call? Pelik. Alyssa menekan butang hijau.

Alyssa: Assalam...

Hanis: Lyssa!!! Asal lambat angkat call? Berjanggut aku tunggu tau tak.

Alyssa menjauhkan fon nya dari telinga. Kuat betul suara Hanis. Minah ni ada jugak aku siku kepala dia ni. Nasib Hanis takde kat sini.

Alyssa: Woi, pekak telinga aku tau tak.Kau ingat ni test high note. Belum sempat jawab salam kau dah memekik. Ada jugak aku bagi penampar karang.

Hanis: Lyssa, kau tengah badmood ke? Sorry kalau aku buat kau marah. Miane.

Alyssa ketawa kecil. Lalu, menggeleng kepala.

Alyssa: Aku memang tengah badmood. Tapi, marah tak lah. Hah kenapa call aku?

Hanis: Actually, Hairi ada bagitahu yang kau macam ada problem je. Dia risau kan kau. Tu yang aku call ni. Kau ok tak? Asal badmood?

Alyssa: Aku cuma penat je tadi. Sorry lah buat korang risau. Aku ok je. I'm just want to rest, that's all.

Hanis: ohhh. Ok. Kalau macam tu kau rehat  lah. Apa-apa hal call tau.

Alyssa: Alright.

Alyssa mematikan panggilan. Dia meletak henfon nya di atas meja. Baru je Alyssa nak baring atas katil nya. Henfon nya berbunyi lagi. Ya Allah, sapa pulak ganggu aku lagi ni. Tak boleh tengok aku senang betul. Geram nya. Nak je aku campak fon ni kat luar tingkap. Alyssa turun dari katil lalu mencapai henfon nya di atas meja. Kemudian, terus tekan butang hijau.

Alyssa: Nak apa?!

Helmi: Wuisshh, Lyssa kau marah ke? Sorry ganggu kau.

Alyssa kembali pandang skrin henfon nya. Lahh, Helmi yang call rupanya. Tulah Lyssa, kau main angkat je. Tak tengok sapa yang call. Tak pasal-pasal orang yang tak bersalah kena marah dengan kau.

Alyssa: Sorry Helmi. Aku tak tahu yang kau call. Aku ingat Hanis yang call. Sorry sangat.

Helmi: Ohhh. Hahaha. Its okay. terkejut jugak aku tadi.

Alyssa: Tiba-tiba kau call aku ni, kenapa?

Helmi: Kau free tak sabtu ni?

Alyssa: Maybe, Why?

Helmi: Aku ingat nak ajak kau pergi ride kuda. Kau nak ikut tak?

Alyssa: Naik kuda?! Seriously!? kau belanja?

Helmi: Yelah. Kau nak tak? Aku ada ajak Hanis dan Hairi sekali. Yang lain sibuk. 

Alyssa: Aku on je.

Helmi: Ok. Aku ambil kau kat rumah kau yeh. Pukul 11 tau. Jangan lambat. Lambat tinggal.

Alyssa: Ye.

Selepas matikan talian, Alyssa tepuk tangan gembira. Sapa tak gembira weh. Naik kuda kut. Dah lah free Tak pernah aku naik kuda sebelum ni. Boleh lah aku hilang kan stress aku. Huhu. Alyssa melompat di atas katil nya lalu baring. Dia tersenyum. Rasa tak sabar nak tunggu sabtu ni. Beberapa minit kemudian, mata Alyssa tutup tidur.

Alyssa menuju ke dapur. Dia mengeluarkan beberapa bahan nak buat sarapan untuk abang-abang nya. Menu pagi hari ni adalah scramble egg dengan ginger bread. Air black coffee. Setelah siap memasak, Alyssa menghidang makanan di atas meja makan. "Wow, american style breakfast. Terbaiklah baby." puji abang Akim. Entah dia muncul dari mana. Alyssa senyum. Abang Akim menarik kerusi lalu duduk. Alyssa menuang air ke dalam cawan untuk abang Akim. "Thanks, baby." ucap abang Akim.

"Morning, baby!" sapa abang Aqil. Dia terus peluk  Alyssa yang sedang tuangkan air ke dalam cawan. "Abang!! nasib tak tertumpah air ni. Dah lah panas." marah Alyssa manja. Dah air ni panas, kalau terkena tangan melecur lah jawab nya. Abang Aqil sengih. Dia mengambil tempat bersebelahan abang Akim. Sekarang hanya tinggal abang Aril je. Mana dia yek? Takkan tak bangun lagi?

"Abang. Abang Aril mana? Tak turun pun?" tanya Alyssa pelik. Selalu nya, abang Aril lah yang paling bangun awal. "Abang Aril tengah bersiap. Kejap lagi dia turun lah tu." balas abang Akim. Dia menyuap sedikit roti ke dalam mulut nya. Alyssa hanya angguk.

Alyssa melangkah naik atas menuju ke bilik nya. Semasa lalu di depan bilik abang Aril, pintu nya terbuka sedikit. Ternampak abang Aril sedang mengemas baju masuk ke dalam bagasi. Berkerut dahi Alyssa. Abang Aril nak pergi mana? Alyssa masuk bilik abang Aril selepas ketu pintu beberapa kali.

"Abang Aril nak pergi mana?" tanya Alyssa. Dia duduk di birai katil abang Aril. "Abang terpaksa pergi Singapore sebab ada projek kat sana pula. Tu yang tergesa-gesa abang packing ni." jawab abang Aril senyum. Ohh nampak nya, abang Aril kena ginap kat sana lah ni. "berapa lama abang duduk sana?"

"Tujuh hari je. Abang mana boleh tinggal lama kat sana. Nanti abang rindu baby tau." Abang Aril mencubit pipi Alyssa yang gebu itu. Isshh, main cubit pipi orang je lah abang ni. "Abang, sabtu ni kawan Lyssa ada ajak ride kuda. Boleh tak Lyssa nak join." pinta Alyssa. Abang Aril senyum. "Boleh sayang. Tapi, pastikan baby balik sebelum hari dah malam tau. Kalau abang tahu baby tak balik lagi, abang culik baby bawa balik ke Singapore." pesan abang Aril. Alyssa mencebit. Ugut lah tu. Ingat orang takut sangat. "Yelah, Lyssa janji." balas Alyssa. "good girl." abang Aril senyum. Dia mengusap kepala Alyssa lembut.

"Jom. Abang hantar baby ke sekolah sebelum pergi airport, yeh." Alyssa angguk lalu dia menuju ke bilik nya. Dan mencapai beg sandang nya dan beberapa buah buku. Kemudian, dia turun ke bawah. Alyssa salam tangan abang Aqil dan abang Akim sebelum pergi. Abang Aril pecut kereta nya menuju ke sekolah Alyssa.

"Thanks abang Aril. Hantar Lyssa ke sekolah." ucap Alyssa. Baru je dia nak keluar dari kereta, abang Aril menghalang. "Ehh baby, kiss abang dulu." Abang Aril tunjukkan pipi nya minta dicium. Eeee ngada nya abang aku ni. Sapa punya lah abang ni. Abang aku jugak. Haih. "abang ni ngada lah. Manja sangat." Alyssa terus mencium pipi abang Aril.

Terselah senyuman di bibir abang Aril. "Alah, abang manja pun dengan adik kesayangan abang kan. Oklah, belajar elok-elok tau." pesan abang Aril. Alyssa angguk senyum. Alyssa hanya memandang kereta abang Aril yang semakin hilang.

"Nampak nya berjaya juga rancangan aku kali ni. Satu dah pergi, tinggal lagi dua." muncul Eric yang entah dari mana dia datang. Terkejut Alyssa dibuat nya. Alyssa pandang tajam ke arah nya. "apa maksud kau?" tanya Alyssa dengan kasar.

"Aku minta ayah aku buat satu projek yang melibatkan abang kau di Singapore. So, seorang dah pergi. Tinggal lagi dua. Bila ketiga-tiga abang kau dah takde kat sini, masa tulah you will be mine. I can't wait, sayang." Eric senyum menggoda.

What?! Dia sengaja rancangkan projek itu supaya abang aku pergi? Seriously? Takkan lah.

~SAMBUNG~


7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now