PUTRI ALYSSA-Adalah seorang gadis kacukan melayu-Amerika. Alyssa dan keluarga nya menetap di New Zealand. Pada suatu hari, Alyssa dipindah untuk bersekolah di negara Malaysia atas arahan Mommy dan Daddy nya. Dia mengginap di rumah Abang sulung nya y...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(rumah Putri Alyssa)
Lagu Got7 Hard Carry bergema membuatkan Alyssa terjaga dari tidur. Tangan mencari telefon nya yang tak henti memainkan lagu Got7 itu. Setelah jumpa, terus tutup loceng itu. Alyssa mengeliatkan badan lalu melihat jam di telefon nya. Dah pukul 6 pagi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(bilik tidur Putri Alyssa)
Dengan malas nya, Alyssa menuju ke bilik air sambil menutup mata. Tiba-tiba....
Bang!!!
Tanpa sedar, kepala Alyssa terhantuk pada dinding. "Aduh!....sakit nya dahi aku...." Alyssa mengusap dahi nya. Tulah, sapa suruh jalan tutup mata. Orang jalan buka mata. Tengok kan dah kena terhantuk.
"Hahahaha......" Alyssa memaling ke belakang. Melihat Abang Aqil sedang seronok ketawa melihat Alyssa kena hantuk dengan dinding. Issshhh...bukan main seronok lagi yeh abang Aqil gelakkan aku.
"macam mana abang boleh masuk bilik Lyssa ni? Bukan main seronok gelak adik sendiri. Dah lah orang tengah tahan sakit." Geram betul dengan abang Aqil ni. Aku muncungkan mulut sambil usap dahi ku bekas terhantuk dinding.
"sorry Baby.....tadi abang terdengar bunyi ketukan yang kuat dari bilik baby..tu abang masuk tu...lagipun bilik baby tak berkunci....abang ingat apalah tadi rupanya baby terhantuk kat dinding....hehehe...jangan muncung mulut tu....comel sangat. Nak je abang cium." Abang Aqil mengusap dahi Alyssa dengan lembut. Sayang betul Abang Aqil terhadap satu-satu nya adik perempuan nya.
"cium lah kalau nak rasa high kick Lyssa."Marah Alyssa. Abang Aqil senyum manis. Kalau Alyssa marah...muka nya comel sangat. Macam kucing.
"Dah lah....gi mandi. Abang siapkan sarapan." kata Abang Aqil. Alyssa memandang Abang nya dengan muka pelik. Sejak bila abang aku rajin nak buat sarapan ni. Pelik.
"abang ok tak ni? Sejak bila abang rajin nak buat sarapan ni. Selalu nya Alyssa yang buat." Abang aku ni otak nya mereng kut. Tapi, kepala dia tak kena hantuk pun, yang kena aku.
Sejak aku pindah kat Malaysia ni, aku je lah yang rajin masak breakfast, lunch and dinner. Abang Aqil satu pun tak tahu nak masak. Masak nasi pun tak tahu. Haih.