BAB 29

17.5K 838 35
                                    

Alyssa bersiap-siap untuk pergi ke majlis sambutan hari jadi adik Adrian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alyssa bersiap-siap untuk pergi ke majlis sambutan hari jadi adik Adrian. Alyssa hanya memakai baju kemeja biru, skirt labuh warna ping lembut dan calligen warna krim. Tudung shawl warna hitam. Semasa Alyssa, sedang melilit tudung nya tiba-tiba fon Alyssa berbunyi. "sapa pulak yang mesej aku ni?" Alyssa mencapai fon nya di atas katil. Lalu membuka wassup.

Adrian

Lyssa......aku dh ckp ngan Hanis yg aku nk ambil kau. Dia pn kta ok.

Apa hal dia nak ambil aku ni? Lagipun, aku nak datang rumah dia kan. Biarlah aku gi dengan Hanis. Apalah Adrian ni.

Alyssa

x pyah lah. Aku gi ngan Hanis je. Wat apa kau dtng ambil aku. nk gi umah kau kan. Susah payah je.

Adrian

x menyusahkan pn. Anyway, aku dh ada kt dpn umah kau ni.

Terbeliak mata Alyssa membaca mesej wassup dari Adrian. Serious lah dia dah ada kat depan rumah aku? Alyssa terus menyelak langsir di tingkap nya. Melihat Adrian sedang menyandar di pintu kereta nya. Kemudian, dia pandang ke arah Alyssa lalu melambai. Terus Alyssa tutup langsir tersebut.

Betul lah dia ada kat depan rumah aku. Aduh!....Alyssa terus mengambil beg nya lalu turun ke bawah. Dia menyarung kasut nya kemudian menuju ke arah Adrian. Adrian tersenyum apabila  Alyssa berada di depan nya. Cantik betul Lyssa hari ini.

"kau ni kan Adrian....suka sangat ikut kehendak kau je. Tanya lah aku dulu sebelum datang sini. Ni tak.....main datang je. Karang aku takde kat rumah macam mana?padan muka" bebel Alyssa. Adrian hanya senyum sahaja. Mamat ni dari tadi senyum je. Apa kes. Dah lah senyuman dia lain macam je aku tengok ni. Seram pula.

"kalau aku bagitahu pun, kau tetap taknak kan? So.....surprise!!!" kata Adrian selamba. Alyssa mencebik. "surprise kepala hotak kau." Alyssa jeling. Adrian senyum lalu membuka pintu seat depan untuk Alyssa. "Silakan, my princess." kata Adrian dengan romantik. Wu....

Mamat ni gila ke apa? Tiba-tiba jadi romantik ni. Mana pergi nya lelaki beku tu. Alyssa hanya masuk ke perut kereta. Adrian pun mula memecut kereta nya menuju ke rumah nya. Dalam hati dah berbunga-bunga yang rancangan dia berjaya.

 Dalam hati dah berbunga-bunga yang rancangan dia berjaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now