BAB 21

18.2K 895 10
                                    

"Akhirnya......tamat juga kem ni!" kata Alyssa dengan riang. Dia mengemas barang-barang nya sambil menyanyi dengan gembira sekali.

Hanis yang melihat gelagat Alyssa menggeleng kepala.

"suka lah tu? dah tamat kem." perli Hanis. Alyssa senyum.

"of course lah......dah tak perlu aku nak melayan mamat-mamat pervert kat sini. I'm freedom!!!." Alyssa peluk Hanis. Dia berasa bahagia sangat.

Hanis pun tumpang gembira terhadap Alyssa.

Sejak datang kem ni, muka Alyssa selalu monyok. Salah satu sebab nya, Kai mamat pervert tu bak kata Alyssa. Bukan setakat Kai je yang buat hal. Pelajar lelaki di sekolah lain turut buat hal kat Alyssa. Kesian aku tengok Alyssa nak handle diorang.

Dan sibabkan perkara tu juga, pelajar perempuan selalu buli dan maki Alyssa. Ramai pelajar lelaki tertarik dengan Alyssa. Sekarang, kem dah tamat Alyssa dah bebas.

"Jom...Lyssa. Sir Ryan dah panggil." kata Helmi yang baru sampai.

Mereka bertiga pun menuju ke bas sekolah diorang.

"Yo....sini!" panggil Reyhan apabila nampak Hanis, Alyssa dan Helmi.

Mereka pun menuju ke arah Reyhan.

"Weh....Lyssa...Hanis...kali ni korang berdua duduk satu bas dengan kitaorang tau." kata Farhan.

Alyssa menganggkat kening nya.

"Aku rasa better aku dan Hanis naik bas yang lain." cadang Alyssa.

Kalau korang ingat bab sebelum ni, Alyssa dan Hanis kena halau oleh fans prince charming dari bas. Terpaksa lah naik bas lain.

Reyhan. Farhan, Helmi dan Danish menggeleng kepala.

"Tak boleh....kali ni duduk dengan kitaorang. Reyhan dan Danish bawa Alyssa dan Hanis naik bas dulu. Biar aku dan Farhan masukkan beg korang. Jangan lupa jaga tempat duduk kitaorang."

Reyhan dan Danish turut kata Helmi lalu menarik Alyssa dan Hanis masuk bas. Alyssa dan Hanis hanya ikut sahaja. Manakala, Helmi dan Farhan masukkan barang-barang mereka ke dalam bas.

Reyhan dan Helmi pilih tempat duduk di belakang sekali yang ada 4 kerusi. Manakala, Hanis dan Alyssa duduk di depan Reyhan dan Helmi.

"excuse me....ni tempat aku lah, minah kampung."

Hanis dan Alyssa yang sedang sembang tadi terus memandang ke arah gadis yang sedang bercekak pinggang.

"kau cakap dengan aku ke, Jessica?..... or you talk to someone else" perli Alyssa.

Jessica senyum sinis.

"of course lah, dummy! So....bela lah dari tempat aku." halau jessica.

Kali ni Alyssa yang senyum sinis.

"ohh...yeke. Tempat ni ada nama kau ke? Tak nampak pun." kata Alyssa. Dia senyum manis.

Jessica ketap bibir geram.

"Woiii!!! gila.....aku duduk tempat ni sebelum ni, bodoh. Memang tempat aku lah. Kau tu yang patut duduk di bas sebelah. Tu tempat kau!" tengkin Jessica.

Alyssa dan Hanis menutup telinga diorang. Berdesing telinga mendengar suara Jessica.

"Miss Jessica....sini bas...bukan tempat karaoke. Kalau miss Jessica nak test suara miss Jessica sila pergi bilik karaoke, yeh. And.....bukan ke sapa dapat dulu dia yang dapat kan? bukan ke Miss jessica sendiri yang cakap hari tu." Alyssa mengulangi ayat yang Jessica pernah cakap sebelum ni.

7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now