Bab 34

16.1K 777 44
                                    

Sepanjang pelajaran, aku tak dapat nak tumpukan perhatian apa yang cikgu ajar kat depan. Dalam fikiran aku penuh dengan masalah yang berlaku pada diri aku. Rasa nak pecah dah otak ni. Kenapa lah semua ni terjadi kat aku. Apa lah salah aku. Rasa macam nak bunuh diri pun ada.

"Alyssa!!!"

Bang!!! Dahi Alyssa terhatuk di satu tembok. Dia menggerang kesakitan. "Aduh!! sakit nya dahi aku!" gumam Alyssa menahan kesakitan. Dari mana muncul tembok ni aku pun tak tahu. "Lyssa, kau ok tak?" tanya Hanis risau. Alyssa angguk lemah. Benjol lah dahi aku ni. "Aku panggil kau tadi tau tak. Tengok dah kena hantuk dengan tembok. Tak dapat dah nak diselamat kan" Hanis menggeleng kepala. Apa kena dengan Alyssa ni. Dari tadi aku tengok dia termenung je. Macam kena angau pun ada.

"aku ok je. Benjol tak dahi aku?" tanya Alyssa. Dia mengusap dahi nya. Pedih siot. Hanis mengecilkan mata nya memandang dahi Alyssa. "Tak benjol cuma merah je." Muka dah putih si Alyssa ni nampak kesan merah. Alyssa mengeluh. "Kau ni ok ke tak? Sampai tak nampak tembok ni? Nasib takde orang lalu sini." kesian pulak aku tengok Alyssa ni.

"Aku ok je. Cuma banyak benda yang aku nak fikir. Tu yang aku tak perasan tembok tu." Alyssa murung. Hanis mengeluh berat. "Apa kata kau cerita semua nya kat prince charming? Ringan sikit beban kau tu. Lagipun, ni pasal keselamatan kau, Lyssa." pujuk Hanis. Alyssa menggeleng kepala. "Aku tak nak libat kan diorang, Hanis. Kalau boleh, kau pun aku tak nak terlibat jugak. Aku takut akan kehilangan diorang kalau masuk campur hal aku. Eric tu bukan calang orang nya."

"Tapi..." belum sempat Hanis habis cakap. "Takde tapi-tapi. Just leave me alone." pinta Alyssa. Hanis hanya dapat diam kan diri. Tak boleh nak buat apa. Alyssa degil nak buat macam mana. Dia lebih pentingkan orang lain daripada diri dia sendiri. "Apa yang tak nak libatkan kitaorang?" satu suara membuat Alyssa dan Hanis tersentap. Prince charming?

"Err... libat apa nya? Mana adalah." nafi Alyssa. Mata pandang ke arah lain. Takut doh panahan mata geng prince charming ni. "kau ingat kitaorang tak dengar?" kata Adrian dengan sedikit marah. Alyssa ketap bibir nya. "dengar apa?" balas Alyssa dengan kasar. "Kitaorang dah dengar semua termasuk lah kau terhantuk dengan tembok tu. Ingat kitaorang tak nampak." jawab Hairi dengan geram. Alyssa ni semakin lama semakin degil lah. Orang suruh cerita kan cerita lah. Degil lagi.

"Apa lah yang korang merepek ni? Aku ok je lah. Dah lah, aku nak gi makan. Jom Hanis." Alyssa melangkah untuk pergi dari situ. Tapi tangan nya ditarik oleh Hairi. "Sorry Hanis. Saya nak pinjam Lyssa tau. Nanti saya mesej sayang." pesan Hairi. Hanis hanya angguk. Kalau tunang dia tengah marah tu baik jangan membantah. Menakutkan. "Eeee... lepaskan lah Hairi. Kau nak bawa aku ke mana? Hairi!! sakit lah." ronta Alyssa. Dah lah genggaman Hairi ni kuat. Sakit tangan aku. Nasib baik berlapik.

Hairi menarik Alyssa ke bilik muzik di mana geng prince charming selalu lepak. Ke mana pulak Hairi nak bawa aku ni? Alyssa cuba untuk menarik tangan nyan tapi tak berjaya juga. Kuat betul Hairi ni. Masuk je bilik muzik, Hairi paksa Alyssa duduk salah satu kerusi yang disediakan. Danish mengunci pintu bilik setelah semua berada dalam bilik muzik itu.

"Yahh!! what wrong with all of you? sampai kunci pintu tu, buat apa?" marah Alyssa. Dia mengusap tangan nya yang terasa sakit disebabkan Hairi. "Aku kunci sebab tak nak bagi kau terlepas. Faham!" balas Danish dengan nada sedikit kuat. Alyssa kaku. Tak pernah Danish meninggi kan suara nya.

"Sekarang.... aku nak kau cerita semua nya." arah Hairi. Alyssa menggeleng kepala. "Lyssa, please!! jangan degil lah." marah Hairi. Alyssa menundukkan muka nya. Lalu menggeleng muks nya lagi. "Lyssa!!!" marah Hairi lagi. "Aku kata tak nak! Tak nak lah! yang kau sibuk apasal!!!" tengkin Alyssa. Mata dah mula berair. Diorang nak tengkin aku apahal? Ni nak nangis ni.

Hairi mengluh. "Lyssa.... kitaorang risau ni. Tolong lah. Don't be stubborn. I'm begging you." pujuk Hairi. "Lyssa, kitaorang dah perasan yang kau ada masalah. Tolong cerita kan semua nya kat kitaorang." kali ni Farhan pula yang bersuara. Alyssa senyap. Geng prince charming mengeluh.

"Lyssa.... kitaorang ni risau kat kau. Abang kau yang minta tolong dari kitaorang. Dia risau sangat. Jadi, demi abang kau..... please." pujuk Irfan dengan lembut. Nampak mata Alyssa mula mengluarkan mutiara jernih. "A...aku t... tak nak libat kan k...korang. S... sebab tu aku rahsia kan semua nya. Nanti korang akan tinggal aku." jawab Alyssa dengan esakan. Air mata mengalir dengan lebat sekali.

"Jangan risau lah. Kitaorang takkan tinggal kan kau. So, tell us everything." kata Adrian dengan lembut. Akhir nya, Alyssa mengalah lalu mencerita tentang Eric dan abang-abang nya. Selepas Alyssa habis cerita, riak muka Hairi dan Adrian nampak bengang sangat. Yang lain hanya mampu mendiamkan diri.

"Tak sangka aku, dia sanggup buat macam tu semata-mata nak kau je." kata Irfan bengang. Apa punya lelaki lah si Eric jahanam ni. "Sebab tu aku tak nak korang terlibat sekali. Aku tak sanggup tengok korang cedera sebab kan aku." sayu suara Alyssa. "Tapi Alyssa, kalau kau cedera... kitaorang lagi tak sanggup. Because we all love you, Alyssa." balas Danish dengan senyuman menawan. Muka Alyssa bertukar warna merah. Teringat pasal luahan diorang. Selepas Helmi luah cinta nya. Irfan dan Farhan pula.

Hari tu diorang berdua ajak aku makan kat luar. Hah masa tulah diorang luahkan. Kat depan orang ramai pulak tu. Malu nya aku. Dua orang sekali gus. Merah dan panas muka aku ni. Rasa nak terjun air sungai je. Danish seorang je yang tak luah lagi. Mungkin dia hanya anggap aku sebagai kawan. Terkilan jugak aku. Dulu aku pernah minat kat dia. Hehe. Alamak! kantoi.

Suasana mula krik.... krik.... krik.... masing-masing mula malu selepas apa yang terjadi kecuali Hairi dan Danish.

"Hah.... jom lah kita pergi makan dulu. Lepas tu baru lah kita bincang pasal ni yeh. Aku takut kejap lagi pintu ni pecah berkecai oleh tunang aku." ajak Hairi. Diorang semua angguk. Hanis ni walaupun orang nya kecik tapi menakutkan macam singa. Macam mana lah Hairi boleh tahan dengan Hanis. Cinta itu buta kan.

Alyssa dan geng prince charming menuju ke cafeteria. Nampak muka Hanis yang sangat tak puah hati. So, sepanjang rehat tu kena dengar ceramah dari mulut Hanis. Tadah telinga je lah. Karang tak pasal-pasal ada yang mausk hospital ni. Haih.

~SAMBUNG~

7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now