BAB 31

17.3K 831 41
                                    

Sejak kejadian luahan hati Adrian, Alyssa selalu mengelak daripada berjumpa atau bercakap dengan Adrian. Sekarang ni, dia ada dua masalah. Adrian dan Eric lelaki jahanam. Seperti biasa, Eric akan perhatikan Alyssa sepanjang kelas. Sangat menyakitkan hati. Adrian pula masih dengan perangai lelaki beku nya. Macam takde apa pun yang berlaku.

Alyssa tenung tajam Adrian dari belakang. Sekarang waktu subjek english, Miss Eyra. Adrian ni, dia memang tak rasa terganggu ke selepas apa yang terjadi. Boleh pulak dia relax macam tu je. Aku sorang je ke yang stress? Aduh.....boleh migrain lah macam ni. Alyssa mengeluh berat.

"oii....asal mengeluh? Dari tadi kau mengeluh. Ada problem ke? Eric kacau kau lagi?" bisik Hairi. Dia perasan Alyssa asyik mengeluh sejak kelas bermula. Alyssa menggeleng kepalanya. "Its nothing. Aku cuma pening kepala sikit." balas Alyssa. Hairi kembali tumpu dihadapan.

Kring~~~kring~~~kring~~~

Waktu rehat pun tiba. Semua pelajar berebut keluar dari kelas untuk menuju ke kantin. Alyssa pula mengemas buku dan peralatan tulis nya masuk ke dalam beg nya. "Lyssa...jom makan." ajak Hairi. Danish dan Adrian pun menunggu Alyssa. "not today. Aku nak rehat kejup. Korang gi makan dulu." kata Alyssa lalu keluar dari kelas. Hairi dan Danish berasa pelik dengan perangai Alyssa hari ni. Adrian masih dengan muka dingin tapi dalam hati dia berasa risau terhadap Alyssa.

Alyssa menuju ke bilik rawatan. Dia berehat di situ untuk menenangkan minda nya. Rasa kepala berat sangat. Sedang Alyssa berehat, dia terdengar bunyi tapak kaki. Dia terus bangun dari katil lalu memegang kerusi. Untuk pertahanan diri. Manalah tahu Eric yang muncul kan. Lagipun, aku sorang je ni.

Bunyi tapak kaki tersebut semakin hampir semakin dekat. Terlihat seorang lelaki terkejut dengan posisi Alyssa. "Weh Lyssa....kau nak baling kerusi tu kat aku ke? agak-agak lah." kata Reyhan. Tiba-tiba je angkat kerusi tu. Macam nak lempar pun ada. "Lah...kau rupanya Reyhan. Aku ingat Eric tadi. Nasib aku tak baling lagi. Sebab tulah aku pegang kerusi ni. Nak backup aku." Alyssa menurunkan kerusi itu.

"Ohhh...macam askar bawa senapang dah aku tengok." Reyhan melabuhkan punggung nya di kerusi sebelah katil tersebut. "By the way...kau buat apa kat sini?" tanya Alyssa. "Aikkk...takkan kau dah lupa. Sekrang ni turn aku jaga kau." balas Reyhan. Alyssa tepuk dahi nya. Ya Allah...macam mana aku boleh lupa. Adrian lah ni. Buat aku fikir pasal dia je sampai terlupa tentang perkara lain. Bengong kau Alyssa.

"Lyssa...aku ada bawa bekal makanan untuk kau. Mak aku yang masak." kata Reyhan sambil senyum. Rajin pulak si Reyhan ni nak bawa bekal makanan untuk aku. Pelik. "takpe lah Reyhan. Aku takde selera nak makan ni." tolak Alyssa. "yeke?"

"ye"

kriukkk~~~~~

Alyssa menekan perut nya. Asal lah kau bunyi......perut. Dah lah kuat. Malu nya. Puuthhahahaha. Reyhan ketawa dengan kuat sekali. Alyssa jeling. Muka dah merah. Isshh...Reyhan ni boleh pulak dia ketawa kan orang. Ada jugak aku sepuk hilang ingatan terus. "kata takde selera...tapi perut tu dah minta untuk diisi. Hahahaha...." kata Reyhan dengan sisa ketawa nya. Lawak betul lah Alyssa ni. 

Alyssa mencebik. "Fine....aku makan kau punya bekal makanan. Bak sini." memang betul perut aku sekarang ni tengah lapar. Dari pagi tadi tak makan kut. "nah..." Reyhan menghulurkan bekas makanan tersebut. Alyssa sambut huluran tersebut lalu membuka penutup nya.

 Alyssa sambut huluran tersebut lalu membuka penutup nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wahhhh.....macam sedap je. Bau pun menyelerakan. Alyssa terjumpa satu kad didalam nya. Kad? "Reyhan....ni kad apa?" tanya Alyssa pelik. "baca lah." arah Reyhan. Berkerut dahi Alyssa. Alyssa pun membuka kad tersebut lalu membaca.

Dear, Alyssa

sebenarnya, aku yang masak makanan ni. First time actually memasak untuk gadis pujaan. Aku harap kau suka bekal ni. Dan.....aku nak bagitahu yang aku suka kau, Lyssa. Sejak pertama kali kita jumpa, kau dah curi hati aku. Aku harap kau fikir lah dan beri jawapan nanti. Enjoy your food. 

I love you, Lyssa sweetheart.

Reyhan.

Berkelip-kelip mata Alyssa memandang kad di tangan nya. Betul ke apa yang aku baca ni? Ke aku silap baca ni? Tapi, bila tengok semula betul lah apa yang aku baca ni. Dan......Alyssa terus memandang Reyhan. Dia mengukir senyuman paling manis ke arah Alyssa. Terpanar Alyssa seketika. 

"Reyhan..." belum sempat Alyssa menghabiskan ayat nya, Reyhan memotong. "buat masa sekarang ni, kau tak perlu lah bagi jawapan dulu. Fikir lah pasal ni. Answer later, okay." Reyhan mengusap kepala Alyssa yang berlapik tudung. Alyssa berdiam diri. Tak tahu nak buat apa. "oklah....aku keluar dulu yeh." kata Reyhan lalu keluar dari bilik rawatan. Dia berasa berpuas hati dengan apa yang dia rancang. Lega dapat luahkan. Harap dia pilih aku.

Alyssa mengeluh. Dia memandang ke arah bekal makanan. Ikutkan hati taknak makan makanan tersebut tapi sayang pula kalau biarkan je. Rezeki kut. Alyssa pun menyuap sedikit makanan itu ke dalam mulut nya.

Masin lah, Reyhan. 

"Hairi sayang.....kenapa dengan Alyssa yeh? Pagi tadi muka dia monyok je. Kesian pulak saya tengok." risau Hanis. Hairi mengangkat bahu nya tanda tak tahu. Hanis mengeluh. "Entah lah sayang.....tadi saya dah tanya.....dia kata its nothing. Tu je." balas Hairi. Dia pun berasa hairan dengan sikap Alyssa. Takkan lah Eric takde buat apa-apa kat dia? Ke....prince charming lain dah...mungkin. 

Alyssa menuju ke kelas nya. Danish, Adrian dan Hairi memandang nya dengan pandangan pelik. Alyssa melabuhkan punggung nya. "Err Lyssa...kau ok tak ni? muka kau macam merah je." tegur Danish. Alyssa tersentap. Dia terus memegang kedua-dua pipi nya. Merah sangat ke? 

"mana adalah...."balas Alyssa. "yelah...muka kau merah macam tomato. Kau demam ke?" Hairi memegang dahi Alyssa. Tak panas pun. Pelik. Alyssa terus menepis tangan Hairi. "Isshhh...mana adalah. Aku ok je. Korang yang terover sangat risau kan aku. I'm fine." kata Alyssa dengan gelabah. "Betul ni?" tanya Hairi. "Betul..."

Alyssa terpandang ke arah Adrian. Mata mereka bertemu. Terkedu Alyssa dengan tenungan Adrian. Macam arus elektrik masa tu. Alyssa terus alih pandangan dia. Sejak bila dia tenung aku? Dah lah tenungan dia lain macam. Adrian kembali pandang ke hadapan. Alyssa menghembus nafas lega. Serious aku memang tak boleh handle bak cinta ni. Walaupun, aku dah ada pengalaman dulu. Tapi, itu dulu. Dah lama dah.

Macam mana ni? Mula-mula Adrian. Sekarang, Reyhan pula. Datang dah migrain aku. Alyssa memicit kepala nya. Rasa sakit. "Weh Lyssa...serious lah kau ok ni?" tanya Hairi risau. Alyssa angguk lemah. "Apa kata kau balik dulu....suruh abang kau ambil. Rehat kat rumah. Lagipun, sekolah dah nak tamat ni. Kau balik tau." cadang Hairi. Alyssa angguk setuju. Baik aku balik rumah dan rehat. Tenang sikit fikiran aku ni.

Alyssa menelefon abang Akim utuk mengambil nya di sekolah. Balik rumah boleh lah rehat sepuas hati nya. Hehehe. Ohhh...nak ponteng yeh. Alah....sekali sekala. Bukan selalu pun.

(Reyhan pun dah luahkan....wah daebak...lepas ni sapa pula? Adakah Alyssa pilih Adrian atau pilih Reyhan....Hmmm....nantikanlah readers yeh.) 

7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now