Tamat aktiviti hiking gunung Green Forest. Semua pelajar diberi rehat sebelum membuat aktiviti seterusnya. Ada yang masuk khemah untuk tidur, ada yang lepak kat tepi sungai, ada yang sedang makan.
"wehh...Lyssa kau ok tak?" Hanis memandang muka Alyssa yang dari tadi menahan marah.
"boleh tak kau jangan banyak tanya...." marah Alyssa. Dia memeluk tubuh nya.
Hanis terkejut dengan reaksi Alyssa. Tiba-tiba marah ni apahal? ABC ke apa pompuan ni.
Alyssa sedang memikir tentang kejadian di gunung Green Forest. Sangat menyakitkan hati bila teringat kan perkara tersebut. Nak je belasah mamat pervert tu sampai mati. geram!
30 minit yang lalu.
"Woi!!.....kau memang berani yeh meraba aku. Kau memang nak masuk hospital ke apa? Dasar mamat pervert." tengking Alyssa.
Masa tu diorang tengah berehat di satu kawasan yeng terdekat dengan air terjun. Sangat cantik dan nyaman gila.
Kai dan Alyssa berada jauh sedikit dari diorang yang sedang rehat kat tepi air terjun itu.
"apa maksud kau?" Kai buat tak faham maksud Alyssa. Dalam hati dia saja nak melihat Alyssa marah.
Alyssa mendengus geram.
"Kau jangan nak buat tak tahu yeh. Aku tahu kau sengaja meraba aku tadi masa panjat batu besar tu, sial." kan dah kena free sial tu.
Kai senyum sinis.
Wuisshh....asal dia senyum macam tu? Seram doh!
"Apa maksud kau, Lyssa? Aku....raba kau? Ada butik ke?" Kai melangkah dekat ke arah Alyssa.
Alyssa yang baru perasan Kai sedang mendekati dirinya terus ke belakang sikit.
"Yes....aku tak perlukan bukti lah. Sebab dah memang kau meraba aku. kau tahukan benda tu berdosa." marah Alyssa.
Kai semakin dekat, Alyssa semakin belakang.
Isshh....mamat ni tiba-tiba datang dekat dengan aku ni, apa hal.
"Oh really....perlu ke kau risau pasal tu sekarang? Kau tahu situasi kau sekarang ni semakin bahaya. Dan hanya kita berdua je kat sini."
Berkerut dahi Alyssa tak faham apa maksud Kai. Tiba-tiba kai menolak Alyssa sampai tersandar di pokok. Dia mengunci tangan Alyssa di pokok dengan kedua-dua belah tangan nya. Buntang mata Alyssa terkejut dengan kelakuan Kai yang secara tiba-tiba.
Baru Alyssa faham apa maksud Kai. Sekarang ni, hanya diorang berdua je. So...kai boleh buat apa-apa sahaja pada dirinya.
Alamak!!....bala dah datang. Abang......tolong Lyssa.
"Apa ni? Lepaskan lah.....kau ingat ni drama melayu nak kunci perempuan di dinding bagai. Benda tu dah lapuk lah, gila." Tengkin Alyssa.
Sebenarnya, dalam hati dah takut. Alyssa tak sangka yang dia akan berada situasi sama macam heroin dalam cite drama melayu. Seram doh!
Separuh roh aku dah tinggalkan aku. Kurang asam punya roh.
"Berbaloi apa....tengok kau dah tak boleh lari. So....aku boleh buat apa sahaja sekarang. Anyway, It just the two of us. There's nothing you can do, my love." kata Kai dengan nada menggoda.
Alyssa yang mendengar nya geli gemelai. Rasa nak muntah je. Abang aku pun tak pernah buat macam tu.
"Baik kau lepas kan aku. Kalau tidak...." belum Alyssa habis ayat nya, Kai memotong.
"Kalau tidak apa....jerit?. Jerit lah....aku tak hairan pun. Nanti cepat lah kita nikah, senang aku nak dapat kau. Right, my sweetheart." ugut Kai.
Alyssa ketap bibir geram. Mamat pervert ni memang tak makan saman yeh. Hanya ada satu cara je yang boleh buat mamat pervert ni tunduk.
Okay Alyssa....kau buat ni sebab kau tak nak buat benda yang mendatang kan maksiat. Redha je lah.
"Kau betul taknak lepaskan aku?" tanya Alyssa lagi.
Kai senyum manis lalu menggeleng kepala.
"Jangan cakap aku tak warning kau. Kau akan menyesal seumur hidup." kata Alyssa lalu senyum sinis.
Kai mendekati muka nya dengan muka Alyssa.
1
2
3
4
5
Panggg!!!!
"Ahhh!!!"jerit Kai lalu dia tertunduk sambil pegang di celah peha nya.
Alyssa tendang tepat pada lelaki punya tempat yang sensitif.
"Lys...ssa kau tendang alat...su..lit aku!." Kai menggerang kesakitan.
Dia terduduk menahan kesakitan yang amat.
"Aku dah warning kat kau tapi ada kau dengar? Tulah....buat lagi kan dah kena. Aku memang taknak buat tapi kau yang memaksa aku. Weh...aku bukan macam pompuan lain yang redha je apa laki lain nak buat kat dia. No...tu bukan aku. Next time kau cari nahas dengan aku...kau yang kena." Alyssa terus tinggalkan Kai keseorang.
Sepanjang masa dia menyumpah Kai dalam hati. Padan muka kau, Kai.
30 minit kemudian.
"Weh....asal tadi ada ambulance? Ada orang tercedera ke masa hiking tadi?" tanya Danish yang baru sampai tempat Alyssa dan Hanis lepak.
Reyhan, Helmi dan Farhan pun ada sekali.
Hanis hanya angkat bahu tanda tak tahu. Alyssa masih layan perasaan sendiri.
"Lyssa....kau ok tak?" tanya Reyhan risau. Dia duduk disebelah Alyssa.
"Aku ok...takyah kacau aku. Main jauh-jauh. Shushhu." halau Alyssa.
Ceh...kena halau. Ingat aku ni kucing ke apa.
Selepas rehat, semua pelajar sambung balik aktiviti diorang.
Kai pula tak dapat join sebab masuk hospital. Semua tak tahu apa punca nya.
Alyssa hanya buat dek je bila orang dok kecoh pasal Kai masuk hospital.
Lantak lah....kalau aku kena saman ke apa. Mamat pervert tu yang salah. Aku buat apa yang patut je untuk mempertahankan maruah aku. Readers mesti setuju kan.
Kesah apa aku kena masuk penjara ke apa. Biar pi lah.
(Hye readers...i'm back.....hope korang like this chapter. Padan muka Kai. tulah cari nahas dengan Alyssa kan dah kena. Hahaha....girls...beware of boys ok.)
YOU ARE READING
7 PRINCE CHARMING
Fiksi RemajaPUTRI ALYSSA-Adalah seorang gadis kacukan melayu-Amerika. Alyssa dan keluarga nya menetap di New Zealand. Pada suatu hari, Alyssa dipindah untuk bersekolah di negara Malaysia atas arahan Mommy dan Daddy nya. Dia mengginap di rumah Abang sulung nya y...