BAB 25

18K 900 47
                                    

Dah tiga hari Alyssa tak hadir ke sekolah kerana demam panas yang berpanjangan. Setelah sihat sepenuh nya, Alyssa kembali ke sekolah.

Hairi dah bagitahu kat aku yang Eric sama kelas dengan nya. Mula-mula tu, aku rasa takut dan memang taknak datang sekolah. Tapi, prince charming kata dia akan lindungi aku daripada Eric. Aku dapat rasa keikhlasan diorang terhadap aku. Aku pun rasa selamat dengan diorang.

Lagipun, sejak aku rapat dengan prince charming diorang tak pernah pun menyakitkan hati aku. Jadi, aku kumpulkan kan kekuatan aku untuk ke sekolah hari ni dan berdepan dengan mimpi ngeri aku. Kau boleh buat Lyssa. Hwaiting!

Alyssa berdiri di depan pintu kelas nya. Dia teragak-agak nak masuk kelas tersebut. Kaki seakan taknak bergerak langsung. Keras macam kayu.

"kau boleh buat, Lyssa."

Alyssa memusing badan nya ke belakang. Melihat Adrian, Hairi dan Danish tersenyum manis ke arah kitaorang.

"kitaorang ada....jangan risau yeh." Danish cuba beri semangat kepada Alyssa.

"Aku akan jaga kau, Lyssa" kata Hairi lalu senyum. Hensem.

"Jom..." ajak Adrian. Dia membuka pintu untuk Alyssa masuk.

Alyssa mengambil nafas sedalam nya lalu masuk. Mata tinjau sekeliling kelas tersebut. Fuh!....dia takde lagi. Selamat. Buat sementara waktu je.

"looking for me?"

Alyssa tersentap. Dia terkedu mendengar suara garau tersebut. Dengan perlahan, Alyssa memaling muka nya.

Gulp! Eric.

Alyssa terus menyorok belakang Hairi. Hairi pun hanya membiarkan je. Dia memang tak benarkan Eric dekat dengan Alyssa.

Eric senyum sinis lalu datang ke arah Hairi. Namun, dihalang oleh Adrian dan Danish.

"boleh tak korang jangan nak halang laluan aku? bela lah." kata Eric kasar.

"kau sapa nak arah aku? Buat apa kau nak datang dekat ngan Hairi?" Adrian senyum sinis.

"Suka hati aku lah. Aku just nak jumpa girlfriend aku." balas Eric.

"Sejak bila pula Alyssa girlfriend kau, huh? Dia pun takut nak dekat ngan kau. Kau tak payah nak ganggu hidup Alyssa lah. Barambus dari sini." Kata Danish dengan tegas.

Eric ketawa geli. Dia menggeleng kepala nya.

"So....korang lah knight Alyssa. I'm not surprised. But Lyssa my dear, kau ingat dengan diorang ada kat sini kau dapat lari dari aku? Jangan pandang rendah terhadap aku. Kau tetap akan jadi milik aku. Maybe not tomorow but someday. Remember my love."

Kata-kata Eric membuat Alyssa ketap gigir. Dia berasa sangat takut dengan kehadiran Eric. Rasa seperti kena disumpah oleh nya. Ya Allah....kau jauhkan lah aku dari kejahatan.

Eric berlalu pergi lalu duduk ke tempat nya. Danish dan Adrian tenung tajam ke arah Eric. Hairi menarik Alyssa lalu duduk ke tempat mereka.

Alyssa mengeluh berat. Badan rasa sejuk semacam.

"Lyssa....tarik nafas dan jangan fikir bukan-bukan tau. Kau hanya perlu tumpu pada pelajaran. Kitaorang ada dengan kau. Jangan risau." pesan Hairi. Dia berasa kesian terhadap Alyssa.

Alyssa angguk lemah.

Semua pelajar diam bila Sir Ryan masuk. Sir Ryan memulakan subjek nya. Semua tumpu pada Sir Ryan mengajar.

Alyssa pula tak duduk senang. Dia berasa ada seseorang sedang memerhati nya dari tadi. Ya Allah.....kenapa dia perhatikan aku? Dah lah aku tak boleh fokus sebab dia. Geram nya.

7 PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now