BAB 22

19.5K 854 26
                                        

Abang Aril dan Alyssa menuju ke Butik FairyLove. Setelah sampai, diorang masuk butik tersebut.

"Welcome to FairyLove Butik. May I'll help you." kata akak tersebut. Cantik doh akak ni.

"I make reservation for Aril." kata abang Aril.

Akak itu mentaip sesuatu di komputer.

"Baiklah Encik Aril. Kami dah sediakan semua dress, kot dan barang makeup yang Encik Aril mintak. Sila ikut saya." kata akak tersebut.

Alyssa dan abang Aril melangkah ikut akak itu pergi ke tingkat atas.

2 jam kemudian.

Abang Aril keluar dari bilik. Dia memakai kot putih. Sangat kacak abang Aril time tu. Abang Aril menuju ke bawah menunggu Alyssa.

Kemudian, Alyssa pun turun.  Abang Aril tersenyum melihat Alyssa berpakaian dress yang dibeli oleh nya. Sangat cantik.

Alyssa memakai dress kembang warna ping cair

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alyssa memakai dress kembang warna ping cair. Tundung Shawl putih. Sangat cantik. Alyssa menurun tangga dengan berhati-hati.

Abang Aril menghulurkan tangan nya. Alyssa pun menyambut huluran tangan abang Aril.

Alyssa tersenyum manis.

"macam mana? ok tak Lyssa pakai?" kata Alyssa. Dia memusingkan badan nya.

Abang Aril tengok Alyssa atas sampai bawah.

"baby pakai baju ni sangat cantik. Memang sesuai dress yang abang beli ni." puji abang Aril.

Alyssa dah tersipu malu.

"Jom...." ajak abang Aril.

Alyssa angguk. Diorang masuk kereta mercedes benz amg gt lalu memecut ke jalan raya.

Sebernanya, abang Aril minta aku teman dia pergi majlis Senior Year. Dianjur oleh kawan abang Aril. Tu yang aku dan abang Aril pakai dress dan kot bagai.

Abang Aril kerja sebagai doktor di Hospital Putrajaya. Sekarang, abang Aril cuti. Tu dia balik rumah Abang Aqil. Alasanya, nak manja dengan aku. Dua kali lima je perangai abang-abang aku ni. Macam mana lah aku nak kahwin nanti. Haih.

Majlis tu dibuat di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Majlis tu dibuat di Hotel Hilton Kuala Lumpur

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Terpegun Alyssa tengok hotel itu. Cantik.

Aku mana pernah gi hotel kat Kuala Lumpur ni. Sebelum ni kan, aku duduk di New Zealand. Tu yang tak pernah pergi tu.

Abang Aril memberhentikan kereta di depan pintu utama. Seorang lelaki pelayan membuka pintu seat depan Alyssa.

Alyssa pun keluar dari kereta. Alyssa memaut lengan abang Aril lalu masuk ke hotel menuju ke lobby.

Wow!.....dalam dia cantik doh. Mewah gila.

"Hye....Aril." sapa seorang lelaki. Kacak doh lelaki tu. Putih melepak.

"Hye Izz. Kau apa khabar?" kata abang Aril. Dia bersalam dengan Izz.

Izz merupakan kawan sekolej dengan abang Aril dulu.

"Alhamdullilah aku sihat. Weh....Ril ni sapa? Makwe kau ke?" kata Izz sambil pandang ke arah Alyssa.

Abang Aril ketawa sambil menggeleng kepala.

"Kalau makwe aku...takde makna nya nak berpegang-pegang kalau bukan muhrim. Ni adik aku lah."  kata abang Aril.

Alyssa setuju dengan kata abang Aril. 

Kalau bukan abang aku, jangan harap aku nak pegang lengan abang Aril.

"Lah.....serious lah ni adik kau. Cantik doh. Aku tackle dia boleh tak?"  usik Izz sambil mengangkat kening nya berkali-kali.

Isshhh...gatal jugak kawan abang Aril ni.

"Kau jangan nak mengada-ngada. Ni adik aku tau. Lagipun, Alia kau nak campak mana? Karang kalau Alia dengar ni......mampos kau." ugut abang Aril.

Alyssa dah menahan ketawa nya. Dah berpunya rupanya.

"hehehe....aku gurau jelah." kata Izz. Kalau Alia dengar ni memang aku masuk hospital lah jawab nya.

"Yo!.....Ril. Long time no see." sapa seorang lagi lelaki yang menuju ke arah abang Aril dan Alyssa.

Asal semua kawan abang Aril kacak doh.

"Wo...Fiq. Bila kau balik Malaysia?" kata abang Aril. Dia peluk dengan Fiq yang dah lama tak jumpa.

"Minggu lepas. Aku baru habis graduate." balas Fiq.

Fiq pandang Alyssa.

"Weh...Ril. Girlfriend kau ke? Cantik doh. Tinggi betul taste kau yeh." bisik Fiq.

"Ni sekor lagi. Asal orang dok cakap yang adik aku ni girlfriend aku. Kalau isteri aku terima lah jugak. Muka aku dengan adik aku tak sama ke?" luah abang Aril.

Alyssa terus cubit lengan abang Aril. Amboi....isteri kepala bana. Abang Aril sengih lalu minta maaf.

Alyssa jeling.

"Ni adik kau? serious lah. Cantik doh. Aku tak tahu pun kau ada adik. Cantik pulak tu." puji Fiq.

Muka Alyssa dah merah menahan malu. Asal lah ramai puji aku ni. Merah plus panas dah muka aku.

"Hye cik adik. Nama abang Fiq. Cik adik dah berpunya ke?" ngorat Fiq. Dia senyum menggoda.

Alyssa yang tengok pun dah meluat.

"Wowow....Fiq. Kalau nak ngorat tu kau ngorat lah orang lain. Ni adik aku pun kau nak ngorat. Ada jugak aku teranjang kau." abang Aril memberi amaran.

Fiq mengangkat kedua-dua belah tangan nya. Mengalah.

"ok...aku takkan ngorat adik kau. Tapi, kalau aku jumpa adik kau kat luar aku try lah yeh." gurau Fiq lalu larikan diri.

Abang Aril menggeleng kepala nya. Izz dah ketawa kuat.

Mereka pun menuju ke meja buffet untuk mengambil makanan. Selepas ambil makanan, mereka menuju ke meja makan yang dah ditetapkan. Nasib tak jauh dari meja buffet.

"Baby duduk sini dulu. Abang gi ambil air untuk kita berdua." kata abang Aril.

Alyssa angguk. Abang Aril pun pergi mengambil air.

Aikkk Lyssa....sejak bila kau jadi senyap je ni. Selalu nya, kau akan bising. Ni tetiba senyap je. Entah lah. Aku takde mood kut.

Sebab sekarang ni, ramai lelaki sedang perhatikan aku sampai aku tak selesa. Masa aku pergi majlis runion Daddy pun sama macam tu. Tapi, masa tu ok lagi sebab ada Danish.

Semasa Alyssa tengah leka, tiba-tiba seorang lelaki duduk disebelah Alyssa.

Alyssa mengangkat muka nya. Mata nya buntang melihat lelaki tersebut.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Hello Lyssa...remeber me?" kata lelaki sambil senyum sinis.

"E..E..Eri...Eric?" kata Alyssa dengan tergagap-gagap.

Badan nya mula menggigil. Tangan nya yang panas tadi mula sejuk. Hati Alyssa berdegup dengan pantas sekali.

Bersambung~~~~

Sapa Eric?

7 PRINCE CHARMINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang