Leon menghembus nafas kelegaan. Darah yang diperlukan bakal menjadi miliknya tidak lama lagi. Dan dengan adanya darah itu, dia dapat menguasai dunia Lyoxo tanpa ada halangan daripada sesiapa pun.
Devi, vampire kelas senior datang menghadap Leon. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia bakal menyampaikan satu berita buruk.
"Tuan Leon," panggil Devi, lemah. Tidak sanggup dan tidak berani dia hendak menyampaikan pesanan daripada Hanbin yang berada didunia manusia itu.
"Berita apa yang kau mahu sampaikan? Sampaikan sahaja! Jangan buat aku menunggu..Kau tahu kan menunggu tu sakit?" Arah Leon dengan wajah yang separuh bengis
"Hanbin dah berjaya dapatkah darah milik the one tapi..."
Devi bangun dan berdiri tegak.
"Dia terperangkap dengan manusia. Dia dikurung didalam sangkar dan tidak dapat melarikan diri. Kemungkinan darah tu akan sebati dengan dirinya adalah 99 peratus tuan." Sambung Devi.
Tiba-tiba ada satu angin yang kuat menerpa wajah Devi sehingga kulit mukanya hampir tercabut. Leon mengetap gigi dan menggenggam penumbuk.
"Kau suruh Jinhwan turun ke bumi dan dapatkan Hanbin!! Aku nak darah tu segera!!" Arah Leon, dengan suara yang kuat sehingga urat-urat didahinya timbul. Mata Leon sepenuhnya berubah hitam.
Devi terus berubah menjadi kelawar dan keluar dari istana yang dulunya pernah diduduki oleh mendiang Raja Woobin dan Permaisuri Hyeri. Dahulu, istana ini sangat meriah dengan adanya adik-beradik EXO. Namun semuanya berubah. Demi keluarganya, Devi sanggup berpaling tadah dan menjadi sekutu Leon.
×××
"Kenapa kelawar tu asyik gigit palang tu?? Dia nak keluar ke?" Tanya Seohyun selepas lama menahan sabarnya. Hampir dua minggu dia menahan diri dan bersabar kerana terpaksa mendengar bunyi yang sangat mengilukan itu.
Bawah matanya sudah lebam. Sekarang dia bukan lagi Seobaby, tapi dia Seopanda. Jungli yang memakai penutup telinga tidak membalas pertanyaan Seohyun.
"The hell, unnie buang jelah binatang ni. Bising tahu tak? Sementara kita diberi cuti oleh Esem ni, bagilah kami berehat." Pinta MinAh yang datang dengan berambut serabai seperti pontianak. Dia membuka penutup telinga Jungli dan memakainya dikepalanya sendiri.
"Haish! Nak buang ke mana binatang ni? Dia terlalu comel untuk dibuang." Kata Jungli yang sudah mulai menyayangi binatang buas itu.
"we dont care..unnie fikirlah pasal keselamatan kami..yes, i know Encik Bat tak pernah serang unnie but it's for our safety.. Mungkin dia baik dengan unnie tapi dengan kami, dia lain. Dia agresif. Hantar jelah dia ke zoo negara." Cadang Taeyeon pula. Dia menyandar pada dinding sambil merenung kelawar itu.
Ia masih berusaha menggigit palang dan sepertinya, belum ada tanda-tanda ia akan berhenti. Mereka sudah muak mendengar bunyi ngilu yang menyakitkan itu.
"Hm..I'll think about it later.."
"Tapi jangan lama-lama tahu? Kami perlukan ketenangan.." Balas Taeyeon dan beredar dari situ. Dalam dua minggu ini, dia sering melepak dibilik kerana tidak tahan dengan bunyi bising yang berpunca daripada Encik Bat.
Seohyun membuka TV dan memasang volume sehingga 50 keatas. Matanya tertangkap pada iklan filem vampire itu.
"Unnie! Cerita baru!!"
Tangan Hana ditarik. Dia mengarahkan Hana untuk memandang skrin. Mata Hana terbeliak melihat kelawar-kelawar yang berterbangan didalam TV itu.
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
VampireMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...