Sebaik sahaja tersedar dari pengsan, Sehun memandang sekelilingnya. Baru dia perasan yang dia pengsan sambil berdiri. Pelik nya.
Sehun yang terpijak lipas itu kini dalam keadaan blur. Pengsan sambil berdiri betul-betul buat dia pening. Mulutnya ternganga sedikit. Luhan yang turut tersedar dari pengsan perlahan-lahan menghulurkan tangannya untuk membantu Sehun naik keatas sofa.
Sementara itu, adik-beradik mereka yang lain juga sudah bangun dari pengsan. Macam kebetulan pulak.
"Hun-ah, duduk sini." Arah Luhan dan menepuk-nepuk tangan Sehun. Setelah Sehun duduk bercangkung diatas sofa, mereka semua memerhati lipas itu dengan lebih dekat.
"Siapa kata lipas tadi?" Tanya Kris tiba-tiba. Mata mereka semua mula memandang Baekhyun.
"Lipas dengan kelawar pun tak reti beza ke bodoh?"
Kepala Baekhyun mula diluku dengan kuat oleh Kris. Pening lelaki itu dibuatnya. Kris mula menarik ekor kelawar kecil itu dan menayangkannya dihadapan mereka. Darah kelawar itu masih lagi mengalir tak henti-henti.
"Banyaknya darah dia." Kata Chanyeol dan mencalit sedikit darah kelawar itu dengan jari telunjuknya. Kemudian, dia menghidu dan merasanya.
"Yucks!! Tawar!" Chanyeol meludah kembali darah itu. Kebodohan apakah yang melanda dirimu wahai sayangku Park Chanyeol?
"Jom tanam dia.. Biarlah dia bersemadi dengan aman.. Luhan Chanyeol, korang papah Sehun tu.. Kesian hyung tengok.. Trauma dah tu." Arah Kris lagi.
Mereka hanya menurut perintah sahaja. Satu persatu mula mengekori Kris yang sedang menuju ke biliknya.
Di ruang tamu itu, darah yang masih lagi belum dibersihkan itu perlahan-lahan meresap ke dalam lantai kayu dan perlahan-lahan menghilang.
×××
Di dunia vampire, Leon telah mendapat tahu tentang berita kematian Jinhwan yang sungguh tragik itu.
Raja kejam itu kembali berbaring diatas katilnya. Pening kepalanya apabila memikirkan hal darah the one.
"Oh tolonglah!! Aku cuma nak darah tu je kenapa susah sangat?!!" Teriak Leon dengan kuat dan mula membaling barang-barang disekelilingnya dengan kuasa telekinesisnya.
Devi dan pengawal istana mula berlindung. Bahaya betul bila si ketua marah. Baik mereka jangan masuk campur atau sekali dengan nyawa mereka akan mati.
"Bawakan aku manusia yang bunuh Jinhwan!!!!!! Secepat mungkin!!"
"DEVIIII!!!"
×××
"Kelawar ni perisik?" Hana tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Jinhwan. Biar benar?
Sudahlah kelawar ini binatang. Sejak bila binatang ada kerja ni? Dunia dah abad ke-30 ke??
"Iya. Semuanya tak mustahil kalau ianya ada kaitan dengan Vampire World. Dah lupa ke?" Balas Jimong dengan tenang.
Hanbin yang berada didalam sangkar itu mula menunduk. Dia bercangkung dan memeluk kaki kecilnya. Lagaknya seperti merajuk. Cis!
"Mr.Bat, betulke awak perisik?" Tanya Jungli dengan suara comel kepada Hanbin. Dia cuba menyentuh kepala Hanbin namun cepat-cepat Hanbin mengelak.
Benci pula Jimong melihatnya. Macam kekasih merajuk pula.
"Kyaaa Kim Hanbin! Mengaku sajalah! Dan balik jelah ke Vampire Light. Dah tak ada guna kau ada kat sini." Kata Jimong dan mula menyandar ke kerusi.
Jungli menampar paha Jimong dengan kuat. Ada ke patut cakap macam tu.
"Haih unnie buang sajalah kelawar ni. Biarlah dia bebas sikit. Kesian asyik kena cahaya. Mati dia siapa nak tanggungjawab?" Kata Eunqa pula.
Disebabkan kata-katanya yang tajam itu, mulutnya ditarik oleh Shinka. Bengkak habis bibirnya.
"ARGHHHH KENAPA TARIK MULUT AKU?!!" Teriak Eunqa
"Mulut celupar sangat siapa tak geram?!" Marah Shinka seraya mengetuk kepala Eunqa sehingga bengkak.
"Jimong.." Akhirnya, Hanbin bersuara juga.
Member YEOGI terkejut. Terdiam juga mereka akhirnya. Hanbin berdiri dan merenung Jimong.
"Jimong, benarkan aku tinggal kat sini? Aku tak mahu balik ke sana. Kalau aku balik ke sana, mesti aku akan mati ditangan Leon.. Baik aku mati kat sini daripada mati di tangan dia" rayu Hanbin dengan nada yang sedih.
Matanya membulat dan berkaca untuk meraih simpati daripada Jimong. Jimong sedaya upaya untuk mengelak daripada termakan pujuk rayu Hanbin namun dia gagal.
"Please pakcik. Kesian Encik Bat, nanti siapa yang nak main dengan saya kalau saya bosan?" Pujuk Jungli pula.
"Bolehlah Pakcik.. Sekali sekala buat amal kan? Lepaskanlah Hanbin tu." Kata Hana pula. Kesian dia tengok Jungli yang hampir meraung itu.
Jimong mengeluh perlahan. Dia kemudian mengangguk dan mula menarik Hanbin keluar dari sangkar.
"Kau nak jadi vampire balik ke tak?" Tanya Jimong. Hanbin memandang kearah Jungli. Serta-merta dia mengangguk.
Hanbin diletakkan diatas lantai. Mulutnya mula terkumat-kamit membaca sesuatu. Angin kecil mula menerpa wajah kesemua manusia yang berada disitu. Tiba-tiba ada satu cahaya yang terang menuju kearah mereka dan membuatkan mata mereka silau.
"Buka lah mata korang.." Arah Jimong. Dia berdiri disebelah Hanbin dengan rendah dirinya.
Member YEOGI membuka mata mereka perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka melihat perubahan keatas diri Hanbin sekarang.
"Kacaknya.."
-bersambung
Good luck siapa yang ambil SPM tu. Lusa dah trial💖 Jangan lupa solat hajat💖 Baca Quran💖 Insyaallah membantu. Allah sentiasa ada, itupun kalau kita yang cari💖 Doa banyak2. Jangan doakan kita seorang, doakan untuk kawan2 jugak. Tak baik pentingkan diri 😊 Lagi elok kalau search ayat2 pendek yg boleh dibaca sebelum jawab exam. Sementara tunggu pengawas edar kertas, kita boleh baca.
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
VampireMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...