Part 24

602 63 4
                                    

Ranting-ranting kayu yang bertaburan diatas tanah dipijak satu persatu. Mereka semua berjalan perlahan-lahan didalam barisan agar tidak berpisah.

Semakin lama, persekitaran mereka berubah menjadi gelap. Taeyeon terus memeluk lengan Baekhyun kerana takut. Kisah apa dia asalkan ada lelaki kat sebelah dia. Mana tahu tiba-tiba ada binatang datang serang, boleh dia tolak Baekhyun dulu. Kira Baekhyun dulu yang mati sebelum dia.

"Aku rasa kita dah sesat ni. Dari tadi kita berpusing tapi masih tak jumpa jalan keluar." Hana bersuara.

Mereka semua mula mengadap satu sama lain.

"Kita berpecah lah kalau macam tu. Kalau jumpa jalan keluar, bersiul okay? Teruskan bersiul sampai kitorang sampai. Kalau ada bahaya datang, bersiul sekali sekala.. Itu boleh jadi isyarat untuk kitorang tolong korang.." cadang Hana.

Selepas itu, masing-masing berpecah kearah jalan yang berlainan. Hana dan Chanyeol berjalan seiringan kearah jalan yang menuju ke timur. Mereka mula melihat arca-arca manusia.

Semuanya seperti sedang menahan sesuatu. Ada juga yang rupanya seperti terkejut. Haiwan-haiwan juga seperti itu. Makin pelik dibuatnya.

"Macam mana manusia boleh ada dekat sini?" Soal Hana, pelik.

"Bukan ke ni dunia vampire?" Tanya Chanyeol juga. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Air liur ditelan.

Seram.

Namun setiap persoalan itu tetap tidak dijawab. Mereka meneruskan sahaja perjalanan tanpa bercakap walau sepatah pun. Tiba-tiba seekor arnab putih berlari dengan laju kearah mereka. Huh! Ada perlumbaan dengan kura-kura ke apa?

Ianya berlari dan melompat tepat-tepat ke muka Hana. Gadis itu terjatuh disebabkan rempuhan yang kuat itu. Dia memegang badan arnab itu dengan kuat. Ia meronta-ronta untuk lari.

"Lari!!" Jerit arnab itu. Hampir melatah Hana dibuatnya. Haiwan bercakap? Masuk akal ke? Ok masuk akal sebab disini ada vampire.

"La-lari kenapa?" Tanya Hana lambat-lambat. Arnab itu keletihan. Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya. Telinga panjangnya mula mengesan musuh.

"Lari!! Medusa ada kat sini!!" Sambung arnab itu dan melepaskan pegangan Hana. Ia mula berlari dengan laju. Hana dan Chanyeol blur seketika.

"Medusa?"

Chanyeol terus menolong Hana untuk bangun. Tiba-tiba Chanyeol tersedar akan sesuatu. Dia terus menarik Hana lari kearah bertentangan.

"Wei kenapa ni?!" Tanya Hana, tercungap-cungap. Wajah Chanyeol yang cemas membuatkan dia turut cemas.

"Medusa lah ngok!! Kau nak jadi batu ke??" Balas Chanyeol. Mereka segera menyorok didalam semak yang berdekatan.

"Maksud..maksud kau yang rambut dia tu ular?? Kalau tengok mata dia..ahh!! Aku baru faham kata-kata Wendy.." ujar Hana, dengan suara yang kuat. Chanyeol segera menutup mulutnya dengan tapak tangannya yang besar.

Dari situ, mereka dapat melihat kasut Medusa dan ia sedang berjalan dihadapan mereka. Berjalan dalam bulatan. Seperti sudah dapat mengagak bahawa mereka berada disitu.

Chanyeol dan Hana melihat dengan berhati-hati. Jantung mereka mengepam darah dengan laju.

Zup! Medusa melambung semak itu jauh dari situ. Chanyeol dan Hana menutup mata mereka. Mereka tak mahu menjadi batu.

"Wah-wah.. Tengok apa yang kita ada dekat sini.. Ketua EXO dan anak Posseidon dan Athena.. Kebetulan apa ni?" Ujar Medusa dan mengelilingi mereka. Badan Chanyeol dan Hana ditegakkan.

Hana menggenggam erat tangan Chanyeol. Sedaya upaya mereka menutup mata mereka serapat mungkin.

Pipi Hana dicengkam kuat.

"Tak nak tengok wajah aku? Cantik tau. Sekali seumur hidup je boleh tengok." Hasut Medusa. Hana menggeleng takut.

"Tak nak ye?"

×××

Seohyun dan Sehun berpatah balik ke tempat tadi. Mereka mula mengikuti lorong yang akan membawa mereka kearah Chanyeol dan Hana.

"Awas!" Jerit Sehun perlahan dan menahan badan Seohyun daripada terus maju ke hadapan. Mereka mula menyorok disebalik semak-samun yang meninggi itu.

"Kenapa?" Tanya Seohyun dan cuba untuk menghendap. Matanya membulat sebaik sahaja melihat seorang wanita berkepala ular sedang menawan Chanyeol dan Hana.

Anak-anak ular yang menjadi rambutnya itu sungguh menggelikan. Ia bergeser dipipi wanita itu berkali-kali. Kulitnya yang lembap itu menambahkan lagi kegeliannya.

"Medusa..Bahaya ni.." kata Sehun. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu kehadiran mereka disedari oleh Medusa.

"Seo, pergi cari hyung-hyung aku dengan unnie-unnie kau. Aku tunggu sini.." arah Sehun. Seohyun mengangguk dan terus berlari kearah bertentangan.

Sebaik sahaja kelibat Seohyun hilang, Sehun menghendap sekali lagi. Matanya mulai bertukar merah. Angin sepoi-sepoi bahasa menerpa wajahnya.

Tangannya mula membentuk puting beliung mini dan menyasarkannya kearah Medusa.

"Siapa dekat sana?!" Jerit Medusa, dengan suara yang garau bak lelaki gagah.

-bersambung

*.* dipersilakan untuk baca ff  saya
.tajuknya Misi 1.0: Sunatkan EXO

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now