Kris dan Baekhyun menjenguk ke dalam rumah usang itu. Kata Chanyeol, inilah rumah Mia, si anak kecil comel itu.
Mereka berdua bertentang mata sesama sendiri. Siapa pula yang duduk dekat rumah yang hampir roboh ni? Hantu syaitan pun tak sanggup duduk kat situ apatah lagi manusia.
"Helloo.. Anybody home????" soal Kris, acah mat salleh.
Kuk! Kepalanya diketuk dengan tangan kecil milik Baekhyun. Mata sepet itu merenung tajam kearah Kris.
"Siapa nak jawab kalau tanya macam tu? Kau tahu kan orang Korea ni lemah kalau bab inggeris.. Ingat tak Jungkook jiran sebelah? Yang dapat 3% je markah dalam exam bi dia tu. Itupun 3% markah untuk nama, IC dan kelas."
Bebel Baekhyun tiba-tiba dan secara tak sengaja tersebut nama jiran mereka yang merupakan kacukan arnab.
"Ada kena mengena ke? Halah setakat anybody home takkan lah tak faham.. Takkan lah bengap sampai macam tu sekali.." Jawab Kris.
"Hoi, cari siapa? Enni dengan Hope? Mana ada orang bernama Enni dan Hope tinggal dekat sini.." Seorang remaja menegur mereka dengan kasarnya.
Dari ketinggian badannya, dia terlihat seperti berusia 16 tahun. Hurm, tumbesaran terbantut.
"Bukanlah.. Kitorang cari budak kecil bernama Mia.. Dia tinggal kat sini kan?" Jawab Baekhyun. Remaja itu mengerutkan dahinya.
"Mia? Mana ada budak nama Mia duduk sini.. Rumah tu dah 30 tahun tuan rumah tinggalkan..by the way rumah tu angker.. Jangan tenung lama-lama.." Kata remaja berambut oren itu lagi.
Dia terus meninggalkan Baekhyun dan Kris yang sedang tercengang. Kalau betul katanya itu, jadi, siapa Mia?
"Baek, jom balik.."
×××
"Mia berdiri..sebelah kelawar besar.." Terang Chanyeol perlahan-lahan. Luhan dan Sehun yang mendengar cerita Chanyeol itu mula ragu-ragu.
"Pasti ke Yeol? Atau itu cuma khayalan kau?" Kata Luhan.
"Betul! Sumpah demi sesumpah aku nampak Mia dengan kelawar besar.. Ermm, mungkin drakula macam dalam filem tu.. Mia ada taring!! Dia siap pakai baju macam puteri lagi.. Cuma, baju dia warna merah menyala.."
Chanyeol terdesak. Dia nak adik-beradik bukan kandungnya itu percaya akan kata-katanya. Dia seorang yang tak pandai menipu.
"Hyung, mungkin hyung masih sakit.. Tidurlah dulu" arah Sehun, seperti cuba mengalihkan perhatian Chanyeol. Luhan mengangguk setuju dengan arahan Sehun.
"Ha'ah, tidurlah Yeol.. Nanti kitorang datang bawakan makanan untuk kau.. Ehh? Mesti kau lapar.. Khaja Hun.."
Luhan bingkas bangun dan menuju ke pintu keluar. Sehun merenung Chanyeol yang sudah buat muka sedih.
"Hyung, Hun percaya hyung.. Janganlah sedih ya?" Sehun mengusap kepala Chanyeol dengan lembut. Dia kemudiannya mengekori Luhan perlahan-lahan.
Sepanjang perjalanan mereka ke kafe hospital, Sehun teringat akan kejadian yang aneh itu. Madam Lee dan serbuk magik unicorn... Sangka Sehun, itu serbuk magik yang asalnya milik unicorn, hoho no wonder fikirannya jauh sekali melencong sebab dia maknae😌
'Tapi kenapa, lepas kejadian tu, aku sering haus?? Minum air paip dalam tab pun masih lagi haus.. Pelik ni'
Gumam Sehun dalam hati. Dia sejujurnya takut dengan perubahan dirinya sekarang. Apatah lagi kalau dia nampak tempat gelap, hatinya selalu berdebar-debar.
Dan bau darah dari dalam hospital betul-betul menenangkan dan mencemaskan hatinya. Kalau boleh nak je dia curi darah dalam paket-paket tu dan minum sampai habis.
"Aishh..Aku ni dah nak mati ke?" Soal Sehun kepada dirinya. Yelah, orang nak mati ni selalunya perangai berubah.
Cepat-cepat Sehun menafikan hal itu. Dia masih muda untuk mati.Good Thing - Nct 127 🎧
"Hey Oh Sehun yang kau tenung nurse tu kenapa?" Soal Luhan dari jauh.
Sehun tersedar dan memandang nurse berambut pendek dihadapannya. Eunha. Jururawat kecil molek itu membuatkan dia tersentak.
"Mian.." Sehun terus beredar dari situ. Tak sangka dah 10 minit dia renung mata gadis kecil itu. Ish ish ish. Bawa padah kalau mengelamun dekat tengah jalan.
×××
"Jinjja? Baru nak rasa menyesal? Siapa suruh panjat jambatan tu sangat, kan dah kena.." Bebel Hana kepada Eunqa.
Kalau nak tahu, Eunqa telah terpengaruh dengan remaja-remaja yang memanjat jambatan yang tinggi dan berbahaya dari dalam youtube.. Hurh, mereka semua tu bolehlah panjat sebab tak gayat tapi si Eunqa ni gayat nak mampos.
Ada ke patut masa dah sampai kat puncak dia boleh pengsan? Nasib baik terhumban dalam lori sampah. Cuba bayangkan kalau terhumban dalam lori yang bawa bahan kumbahan, lagi hina tau.
"Yelahh.. Janganlah bebel macam mak aku.. Chill lah.." Rungut Eunqa yang sedang duduk diatas kerusi roda dan disorong oleh Taeyeon.
"Macam mana tak bebel kalau kau buat hal macam ni.. Ehh unnie bukan kau sorry sorry terlepas kekeke.." Sambung Taeyeon. Suka betul jadi nasi tambah.
Mereka terus keluar dari hospital kerajaan itu. Harapnya balik nanti tak adalah sampai masuk berita.. Habislah diorang kena bash sebab jadi roll model yang sial untuk remaja di Korea.
"Ehh.. Pakcik ponti tu ada kirim sesuatu kan?" MinAh mengingatkan mereka.
Terus sahaja mereka menepuk dahi serentak. Lupa pula akan pakcik ponti yang sedang menumpang dirumah. Menyusahkan!
"Ha'ahh!! Dia nak pau kukus.. Perisa ayam.." Sambung Taeyeon lagi. Terus sahaja mereka bergegas menuju kearah kereta.
"Palli-palli-palli!!" Arah Taeyeon kepada Hana, si pemandu. Sebaik sahaja kereta diundur, Hana terus memandu keluar dari perkarangan hospital. MinAh yang kebetulan memandang ke luar tingkap terpandang seorang perempuan yang berpakaian ala-ala orang Bugis merenung mereka.
Aneh.
-bersambung
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
VampirosMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...