Part 45

495 44 9
                                    


"Selamat tinggal."

"Not today!"

Saat kilat kecil itu dilempar, Mia melibasnya menggunakan mantel yang dipakainya. Taeyeon menyerang balas sekali lagi namun kilat-kilat itu hanya melekat sahaja di mantel gadis vampire itu. Mia menayangkan wajah mengejeknya.

Baru sahaja Mia hendak mencekik leher Taeyeon, badan Mia ditarik dan dihempas kuat ke lantai oleh seseorang. Jungli tersenyum puas saat melihat musuhnya itu tumpas. Dia juga agak kagum dengan kuasa teleportasi yang dia ada.

Jungli menteleportkan badannya ke hadapan Mia dan menyepak badan gadis kejam itu. Ditambah pula dengan tumbukan padu oleh Taeyeon. Kedua tangannya digari dengan gari buatan air menggunakan kuasa Hana. Mereka sangkakan mereka sudah mengalahkan Mia, jadi dibiarkan dahulu anak Leon itu.

Tanpa mereka sedar, Seohyun kini berada dalam bahaya. Sehun berjaya melepaskan diri daripada kurungan yang dibina oleh kekasihnya itu. Seohyun bergelut untuk melepaskan diri daripada Sehun. Badannya sampai terangkat keatas, menunjukkan bahawa kekuatan Sehun pada kala itu teramatlah kuat.

"Sehun-ah.. Ini saya.. Sedarlah.." rayu Seohyun. Dia mula bermain dengan emosi. Cara yang paling halus yang dia boleh buat sekarang.

"Aku tak kenal kau!" balas Sehun, tenang. Semakin kuat cekikan Sehun pada leher Seohyun.

"Saya teman wanita awak. Ingat tak? Awak cakap awak akan lindungi saya dari bahaya? Kenapa awak ingkar janji tu? Saya Seohyun. Ju Seohyun.."

Air mata mulai bergenang. Seohyun berharap sangat yang caranya ini bakal berkesan. Mereka bertentang mata.

Perlahan-lahan mata hitam Sehun berubah.

Badan Seohyun dilepaskan. Gadis itu terbatuk-batuk kerana sakit. Manakala Sehun, dia memegang kepalanya dek kerana sakit. Kuasa pukauan Mia akhirnya terlepas juga. Sehun bingung saat melihat Seohyun yang sedang duduk dihadpannya itu.

"Seohyun?" panggil Sehun, lembut. Dia cuba memegang Seohyun namun gadis itu mengesot menjauhinya kerana takut. Itu membuatkan Sehun agak terkilan. Dia memandang sekelilingnya yang huru-hara itu. Dia tak pasti apa yang berlaku tapi dia yakin ianya ada kaitan dengan Leo dan.. Mia!

"Awak..Saya minta maaf kalau saya cederakan awak tadi. Tapi saya janji akan balas balik apa yang saya buat tadi. Maafkan saya sekali lagi.." ucap Sehun. Dia mengelus rambut Seohyun dan segera bangun.

Mia dipandang.

Satu tornado dilepaskan kearah gadis itu. Mia tercampak lagi.

"Kepung dia!" arah Sehun.

Tanpa berlengah, Jungli, Taeyeon dan Hana mengepung Mia. Mereka mengeluarkan kuasa mereka melalui tangan masing-masing sehingga membentuk bulatan.

"Kau! Budak yang dah cederakan Chanyeol hyung kan?!" tempik Sehun. Mia tergelak.

"Kalau ya, kenapa?" soalnya, angkuh.

"Disebabkan kau, hyung hampir mati! Sial!"

"Tapi disebabkan kejadian tu, aku dapat kuasa aku balik. Jadi, terima kasih. Tapi maaf, aku tarik balik terima kasih tu sebab kau dah melampau! Kau gunakan aku untuk cederakan orang yang aku sayang! Kau memang jahanam!" sambung Sehun.

Mia memeluk badannya. Kuasanya tiba-tiba mengurang dek kerana kuasa-kuasa ahli YEOGI dan Sehun yang sedang mengalir disekitarnya.

"Kalau tak jahat buat apa aku wujud dalam cerita ni?! Tak guna! Leon tolong aku!" pinta Mia. Kulitnya perlahan-lahan terkopes.

Kuasa manusia separuh dewa itu lebih menakutkan daripada apa yang Mia bayangkan selama ini.

Leon yang sedang bertarung dengan Kris, Tao dan Xiumin menoleh seketika.

"Puih!" Leon meludah kearah lelaki-lelaki itu kerana menyampah. Dia cuba untuk mendekati Mia namun dihalang oleh ahli  EXO.

Meskipun sakit, Seolhyun tetap bangkit dan melempar ais kearah kaki Leon yang cedera tadi. Kini Leon tidak dapat bergerak.

Kris menarik badan Leon menggunakan kuasa naganya. Menahan Leon daripada menyelamatkan satu-satunya pewarisnya yang sah.

"Leon!!" panggil Mia, lemah. Dia hampir-hampir jatuh terduduk. Badannya terasa lemah sekali.

Sehun menguatkan lagi tornadonya. Cahaya di badan Mia menerang dan sampai satu tahap, ianya malap. Mia menjerit sekuat hati dek kerana sakit.

"Leon...Appa.." rintihnya, sayu. Badannya jatuh rebah tersungkur ke tanah. Tangannya menggapai ingin mendapatkan Leon, ayah kandungnya.

Leon, yang selama ini tidak peduli pun jika dirinya tidak dianggap sebagai seorang ayah oleh Mia menjadi emosianal. Bapa mana yang sanggup melihat anaknya tersakiti meskipun dia seorang villain?

"Appa.." ayat terakhir Mia sebelum badannya dihancurkan oleh Sehun.

"Miaaaa!!!" jerit Leon sehingga bergema satu dunia vampire.

Mereka menekup telinga kerana jeritan itu terlalu kuat. Kaca-kaca disekeliling istana pecah.

Leon melepaskan dirinya daripada ikatan yang dicipta oleh Kris. Dia mensasarkan Sehun pula sekarang.

"Berani kau.. Bunuh anak aku?!!" marah Leon. Dia bergerak kearah Sehun lantas mencekik tengkuknya.

"Kau bunuh mak ayah aku! Takkan kau lupa?!" balas Sehun.

"Woobin? Hyeri? Mereka memang layak mampos! Hamba tak layak untuk hidup!"

"Jangan hina mak ayah aku!!" Chanyeol bertempik keras. Dia menikam belakang badan Leon menggunakan besi.

Namun Leon kebal. Dia mengeluarkan besi tersebut dari belakangnya lalu dilempar kearah Chanyeol.

"Jangan campur urusan aku! Vampire lemah!" Baru sahaja Leon hendak menumbuk wajah Chanyeol, tangannya dihalang oleh tangan kecil milik Hana.

"Jangan berani kau sentuh dia! Langkah mayat aku dulu!" Hana memberi amaran.

"Piece of cake.." balas Leon lalu mula menyerang Hana. Mereka berbalas tumbukan seperti tiada hari esok.

Banyak kali juga dada Hana ditumbuk oleh Leon sehingga membuatkan dia sesak nafas. Leon memang sengaja menyasarkan jantungnya, kerana disitu terletaknya kuasa Hana. Kuasa yang bakal memberi kekebalan kepada Leon.

Tiba-tiba, mata Leon dibutakan oleh cahaya yang keluar melalui mata Minsya. Gadis itu sengaja mencairkan iris Leon agar vampire itu hilang deria penglihatannya.

"Sekarang!!" arah Minsya.

Seohyun dan Kyungsoo menghentam tanah lalu keluarlah penjara kecil yang memerangkap tubuh Leon. Jongdae dan Taeyeon pula menyediakan kilat-kilat kecil disekeliling badan Leon agar dia tidak dapat melepaskan diri daripada kurungan. Suho dan Hana membina satu saluran air yang didalamnya terisi air panas yang suhunya melebihi 100°C. Air itu bahkan lebih panas daripada air bawah tanah yang berdekatan dengan larva.

Ini akan membuatkan Leon terdehidrasi dan melemahkannya.

Chanyeol dan Kris menambah pula larva disekeliling Leon. Memanaskan lagi lelaki itu.

Kini, Leon dikurung sepenuhnya.

"Hari ni, adalah hari pembalasan sepenuhnya atas perbuatan kau!"

Bersambung

sori gaes kalau ayat macam mintak pelempang 😂 dah lama tak buat karangan tu yang jadi blur sikit.

Selamat Hari Raya💙

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now