Part 40

520 50 21
                                    


Pagi itu, mereka semua duduk semaja untuk menjamah sarapan. Nampaknya Seolhyun masih lagi belum ada mood. Wajahnya nampak suram. Mereka makan dalam diam.

"Makanlah Seol. Nanti perut sakit. Kita dah nak gerak kejap lagi.." pujuk Hana. Senyuman palsu kekal diwajahnya. Dia berlagak seolah-olah tiada apa-apa pun yang berlaku.

Seolhyun tidak menjawab. Matanya masih terpaku pada makanan dihadapannya. Dia tiada selera untuk makan.

"Kau nak sosej ke? Kalau nak biar aku potongkan?" Taeyeon pula yang cuba memujuk. Dia memegang bahu Seolhyun dan secara refleks Seolhyun melawan.

Tangan Taeyeon terhentak pada kerusi gangsa itu menyebabkan ianya bengkak. Baekhyun secara automatik bangun dari kerusinya dan menuju kearah Taeyeon. Terus dibelek tangan Taeyeon yang tercedera itu. Dia menahan amarahnya.

"Kau kenapa?! Emo sangat pagi-pagi macam ni! Ye kau sayang mak kau tapi ingat kau sorang je ke yang ada mak?! Habis perasaan kawan-kawan kau ni kau nak lempar mana?! Tu si Hana! Mak kandung dia ada betul-betul depan mata dia! Tu kau tak peduli?! Ingat dia pun tak sakit hati macam kau?!!" jerkah Baekhyun.

Seisi ruang makan menjadi senyap. Semua mata terpaku pada Baekhyun.

"Baek..Janganlah" Taeyeon tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Biar! Biar dia rasa! Tak menangis, tak meraung bukan bermaksud diorang tak rasa benda yang sama!! Cubalah kawal emosi kau nak faham perasaan diorang jugak! Jangan nak buat perangai degil gedik kau tu!" Sambung Baekhyun lagi.

Ahli YEOGI yang lain semuanya menunduk. Benar. Mereka pun terluka cuma tidak ditunjukkan sahaja.

"See?! Kau ada tanya diorang sedih ke tidak pasal hal ni? Ada?! Kau ego. Pentingkan diri sendiri. Kawan jenis apa kau ni---"

"SENYAPPPP!!!!!!"

Bang!

Seolhyun menghentak meja makan dengan kasar. Tak semena-mena, makanan dihadapannya berubah beku. Terdapat ais yang muncul diatas meja. Kris yang tadinya tidak melayan drama itu terhenti suapannya tatkala hujung ais yang tajam hampir mengena pada dagunya.

Tidak jadi untuk marah. Seolhyun sebaliknya terkejut.

"Apa yang..dah berlaku?" soal Seolhyun.

Kris hampir sahaja pengsan. Menggigil kakinya ketika itu.

Kesemua mereka merenung kearah Athena, menunggu jawapan untuk persoalan ini.

"Itulah salah satu kuasa yang kamu semua ada sebenarnya," jawab Athena. Seolhyun ternganga. Menggeletar dia memandang tangannya. Dia cuba untuk menyentuh meja sekali lagi dan nampaknya kuasa itu masih belum dapat dikuasainya dengan betul.

Sehun cepat-cepat menumbuk hujung ais pada dagu Kris dan menolaknya sedikit ke belakang agar tidak tercedera.

Athena segera bangun dan mencari sesuatu didalam meja berdekatan mereka.

"Pakai sarung tangan ni. Kamu mungkin boleh cederakan orang secara tak sengaja," arah Athena. Seolhyun menurut perintah sahaja.

"Kenapa boleh jadi macam tu?" soal Taeyeon.

"Sebenarnya, kamu semua pun boleh dapat kuasa ni kalau sesi meditasi kamu semalam tak diganggu," ujar Athena lalu merenung kearah ahli EXO. Agak terkesan dengan renungan tajam Athena, ahli EXO pura-pura merenung ke siling musium. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

"Tapi nampaknya, kamu kena cari sendiri dalam perjalanan ke istana Leon. Saya dah tak dapat membantu kamu. Setakat ini sahaja yang boleh saya tolong. Kamu pun dah kena bertolak. Saudara-saudara kamu tu sudah hampir tiba ke masa mereka sekarang." sambung Athena.

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now