Part 33

636 68 16
                                    


Chanyeol!!

Satu suara mengejutkan Chanyeol yang sedang tidur. Dia terbangun dan memandang sekelilingnya. Nampaknya mereka sudah tidur dengan nyenyak. Cabaran seterusnya? Mungkin esok.

Chanyeol meraup wajahnya kasar. Lama dia termenung. Matanya memandang lantai. Dia macam kenal dengan suara dalam mimpinya. Ianya bunyi seseorang yang sedang dalam kesakitan.

Macam sedang diseksa. Hujan diluar berserta kilat agak menakutkan dia. Tolonglah jangan sambar-menyambar lagi. Menyesal dia terbangun tadi.

"Chanyeol, tak boleh tidur ke?" Soal Hana yang sudah bangun dan sedang merenungnya. Chanyeol mengangguk. Hana senyum pendek.

"Here. Selimut lebih, mesti sejuk kan? Tidurlah balik." Arah Hana lalu melempar selimut tersebut kepada Chanyeol. Dia terus menyambung tidur selepas itu.

Chanyeol menyelimuti badannya dengan selimut yang agak tebal itu. Selesa. Sejuk-sejuk macam ni ditambah dengan selimut yang hangat memang sempurna.

"Siapa agaknya yang panggil aku tu?"

×××

Kris berjalan disebuah lorong yang agak gelap. Busuk! Dia menekup hidungnya dengan kuat. Bau bangkai pun tak adalah busuk macam ni. Agak teruk tempat ini.

Sudahlah berlendir. Berlecak. Penuh dengan tikus. Kris menuruni satu persatu anak tangga. Berpuluh kali dia berpusing semata-mata untuk sampai ke destinasi.

"Kenapa lama sangat ni?!" Keluh Kris. Dia cuba untuk bersabar. Tiba-tiba, telinganya menangkap beberapa suara yang sedang meraung kesakitan. Dia mempercepatkan lagi langkahnya.

"ARGHHHH!"

Kris terkejut dengan adegan yang dilihatnya. Dia kaku. Perut Kai sedang dihiris perlahan oleh seorang lelaki berjubah. Kris cuba mencapai lelaki itu namun tangannya menembusi lelaki itu.

"LEON! Lepaskan kami!" Rayu Xiumin. Kris dapat lihat lengan mereka bertujuh sudah biru. Mungkin sebab tiada darah yang mengalir ke situ.

"Wah boneka bercakap. Aku takut lah. Pergi tutup mulut dia." Ujar lelaki yang dipanggil Leon. Adakah ini Leon yang mereka perlu lawan?

Kris mengamati wajahnya. Memang raut wajah seorang yang menjengkelkan. Dapat dilihat mulut Chen yang menjadi mangsa kepada rayuan Xiumin tadi. Ia sedang dipanaskan dengan satu besi yang baru sahaja dipanaskan tadi.

Dia menutup mata dan telinganya. Tak sanggup untuk dengar bunyi jeritan yang dikeluarkan oleh adik-beradiknya. Air mata Kris menitis.

"Aku..akan selamatkan korang!.."

"Mian..hae.."

×××

"Chen!" Kris menjerit kecil. Mimpi aneh tadi sungguh ngeri. Jantungnya mengepam darah dengan laju.

"Apa betul mereka diseksa macam tu sekarang ni?" Soal Kris, perlahan. Dia kembali berbaring dan merenung siling. Dia tak boleh tidur selagi dia belum mendapat jawapannya.

Hampir menangis dia membayangkan seksaan tadi. Dalam hati dia bersyukur yang dia selamat disini. Dan dia bersyukur sekiranya adik-beradiknya yang lain turut selamat. Tolonglah kata itu cuma mainan tidur.

"Ace.. kalaulah kamu ada dekat sini." Kris menggigit ibu jarinya. Selalunya dia tidur dengan Ace dalam dakapannya kalau dia takut atau gementar.

Matanya berkedip-kedip memandang siling. Tiba-tiba satu benda putih melekat diwajahnya. Sungguh lembut.

"Peluk lah bantal peluk tu kalau kau tak boleh tidur." Kata MinAh yang berada disebelah Kris. Mata MinAh masih tertutup. Mungkin mengigau.

Kris cuba mencapai tangan MinAh namun dia terlambat. MinAh terlebih dahulu sampai di katilnya dihadapan Kris.

Badannya terus berlabuh diatas katil dan bunyi dengkuran dapat didengar. Dia cuba membayangkan yang bantal peluk itu adalah Ace.

"Omma..appa..ace..rindunya..harap-harap mereka selamat jugak.." kata Kris perlahan sebelum matanya bertakup semula.

×××

"Ini je yang kau mampu buat? Come on, kata berkuasa sangat." Bora mencabar Luhan. Bola api dilempar oleh Bora dengan kuat 

Luhan menggunakan kuasa telekinesisnya dan mengawal semula bola itu. Dia menghantar semula ia kepada tuannya.

"Ambik kau!" Balas Luhan. Badan Bora berasap. Dia tersenyum kemenangan.

"Bola api tak akan dapat mengalahkan aku. Ingat senang macam tu je dapat kalahkan aku?" Ujar Bora dan menyapu asap tadi bagaikan ia hanyalah habuk.

Luhan ternganga.

Kuat juga lawannya ini. Dia cuba mengangkat batu-batu besar dan melemparnya kepada Bora namun Bora sempat mengelak.

"Mengalah sajalah." Arah Bora dan ketawa mengejek. Tiba-tiba sekelilingnya berubah gelap. Warna hitam memenuhi ruang dan darah-darah timbul.

"Lemah..lemah..lemah..lemah.." ejek suara yang dia kenali. Mereka adalah adik-beradiknya sendiri. Yang lainlah, mereka semua bermata hitam. Keseluruhannya hitam.

Seram.

Kepala mereka tiba-tiba membesar mengecut seperti belon. Badan mereka hancur satu persatu. Ada yang tiba-tiba mencabut kepala sendiri. Ada yang memakan mata sendiri. Ada yang menyerang satu sama lain lalu memakan diri satu sama lain.

Mual. Itu yang Luhan rasakan. Mereka semakin mendekati Luhan.

"Hi si lemah." Satu suara menerpa dicuping telinga Luhan. Ia sungguh dekat. Satu tangan memegang bahu Luhan.

Kini, 11 orang itu sudah berada dihadapannya. Gigi mereka yang tajam menambahkan lagi keseraman baginya.

1..2..3..

"Selamat tinggal Luhan.."

"Warghhhhhh"

-bersambung

Hi :l Ehe.. Vote and komen ya ehe! bahenol bahenol bahenol saranghae jungkook saranghae cute girl saranghae---

please vote Potter Family😭 I need your help💔

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now