Jungli, Seolhyun, Hyoyeon, Shinka, Mijoo, Minsya dan Sulli berjalan tanpa mengetahui arah tuju mereka. Agaknya sudah hampir tiga jam mereka berada disana dan masih tidak bertemu dengan jalan keluar. Nak minta tolong, siapa sahaja yang ada disini?"Kita stop dulu boleh? Kesian Mijoo ni. Kaki dia dah melecet," pinta Minsya. Dia memapah Mijoo yang sedang kesakitan itu.
"Hm..Yelah. Korang rehat dulu. Biar aku cari air." arah Jungli sebagai ahli paling tua disitu.
Hyoyeon mengekori Jungli untuk menolongnya mencari anak sungai. Dalam perjalanan, mereka terdengar bunyi burung gagak yang agak kuat dari arah selatan. Kalau ada gagak, maknya ada makananlah disana. Mereka terus mengikut arah bunyi yang datang.
"Muzium apa ni?" soal Hyoyeon, kagum. Muzium itu teramatlah besar seperti sebuah istana. Kelihatan beribu-ribu ekor burung gagak dan juga kelawar berlegar-legar disana.
"Kita panggil diorang. Mungkin dekat dalam ada orang," arah Jungli. Hyoyeon mengangguk. Dia terus berpatah balik untuk memanggil membernya yang lain.
Sementara Jungli, dia duduk sahaja di hadapan muzium itu tanpa berganjak. Agak takut sebenarnya kerana keadaan disitu agak menyeramkan.
Tak lama kemudian, Hyoyeon dan yang lain-lain sampai. Mereka terus masuk ke dalam muzium tersebut.
"Hello? Ada orang tak?" jerit Jungli. Namun hanya ada suaranya sahaja yang bergema. Mereka mula bergerak ke salah satu bilik..Disana, terdapat begitu banyak potret tuhan greek yang terpapar.
"Unnie, ada bunyi datang dari bilik tu," ujar Hyoyeon kepada Jungli. Mereka sama-sama menuju kearah bilik tersebut. Pintu perlahan-lahan ditolak.
"Arghhhhh!!!!"
...
"Panasnyaa.." ujar Sehun, kerana terlalu selesa. Dia masuk ke dalam air dan berendam didalamnya.
Member yang lain turut mengikutinya dan menanggalkan pakaian. Ada yang terus terjun ke dalam air tanpa memberi amaran.
Kelima-lima mereka berehat sebentar didalam kolam air panas itu. Chanyeol pula menjadi babu mereka dan terpaksa membasuh baju adik-beradiknya yang lain. Kasihan dia apabila dibuli sebegitu.
Dalam 15 minit juga mereka berendam, bergaduh, lempar-lempar air--eh? Sedang mereka bersenang-senang, kedengaran suara gadis-gadis menjerit. Mereka berlima memandang satu sama lain dalam keadaan bingung.
"Kau dengar suara tadi?" soal Kris kepada Luhan. Luhan mengangguk.
Splash!
Chanyeol melempar baju yang berada ditangannya dan terus naik ke darat. Adik-beradiknya yang lain tidak dihiraukan. Dia terus berlari menuju ke tempat Hana berada.
"Yeol tunggu!!" Jerit Luhan dan mengekorinya dengan pantas begitu juga dengan yang lain.
Sampai sahaja dihadapan pintu dewan utama, mereka berhenti. Mereka merenung satu sama lain dan mengangguk. Terus ditolak pintu itu dengan segala kekuatan yang ada.
"Korang okey?!" soal Sehun sebaik sahaja pintu terbuka.
Keadaan sunyi. Kelihatan gadis-gadis sedang berpelukan antara satu sama lain. Ahli yeogi ternganga melihat pemandangan dihadapan mereka. Tidak berkelip mereka memandang kelima-lima ahli EXO itu.
"Kenapa korang--?" soal Baekhyun. Dia terus memandang seluruh badannya dan turut terpaku.
Mereka kini hanya memakai sehelai tuala untuk menutupi bahagian sulit. Manakala bahagian atas badan merrka terdedah, menunjukkan six pack masing-masing.
YOU ARE READING
(C)Vampire Love 2 : Our Kingdom
WampiryMereka turun ke Bumi demi menyelamatkan diri daripada musuh baharu iaitu Leon. Tak disangka mereka boleh berpecah dan hilang ingatan. Takdir menentukan pertemuan semula mereka dengan Yeoja Girls (Yeogi) Satu demi satu rahsia sebenar Yeogi terbongka...